Sunday, January 29, 2012

define

riak2 air di tasik itu mengumpulkan 10 itik putih dan 1 itik hitam.

Manusia Kelabu, itu namanya. Dia suka menyendiri, mungkin kisah itik hitam yang hodoh layak dipadankan dengan kisah Manusia Kelabu. Manusia Kelabu suka melihat sesuatu dari aspek dirinya sendiri, kerana mungkin padanya dunia tidak lagi memahami dirinya. Dan dia memilih untuk berdiam diri walau manusia lain cuba menarik itik hodoh itu menerima apa yg mereka katakan. Itu salah. Itu salah. Itu salah.

Dan dia terus memerhati wajah dunia. Ada yang berjanji hari ini dan menindas esok hari. Ada yang mengatakan ini untuk semua, sedangkan dalam hati untuk diri semata-mata. Ada yang meluahkan cinta tapi kemelaratan yang dibalas kemudiannya.dan seperti biasa, dia ketawa dalam keliru, apa sebenarnya yang mereka tuju?

dan apabila sang putih sudah saling membenci
dan apabila sang putih sudah saling menikam
dan apabila sang putih sudah saling menjatuhkan
dan apabila sang putih sudah saling berbunuhan(itulah kini)

saat itu, si itik hitam rela menjadi pendamainya
kerana seperti biasa dia rela andai itu satu-satunya tugasnya
bukan kawan
bukan sahabat
bukan teman
hanya itu, pendamai saat huru hara
dia memang bersedia
walau nyawanya yang dijadikan pertaruhan

kerana satu cinta dalam hati itik hitam
mampu menyelamatkan satu terusan itu
dan membiarkan riak air itu tenang
dengan cerita 11 saudara

Saturday, January 14, 2012

tewas

fikirnya kamu:
-pendebat itu semuanya sama tak mahu mengalah, maunya menang saja
-pendebat itu kalau diajak bicara pasti akan suka menyalahkan semata
-pendebat itu jika tak dimenangkan hujahnya pasti resah tercalar egonya
-pendebat itu isinya semata untuk menunjukkan kehebatan berbicara
 dan sebenarnya aku:
-bukan kemenangan yg didamba dalam belitan hujah dan kata
-bukan ingin melihat kau tewas di medan prosa yang berjela
-bukan ingin hujahku diiakan dirimu semata
-bukan ingin membuktikan siapa yg hebat antara kita


kerana jika kau tahu
aku hanya insan lemah
yang ingin kita sama-sama melihat
kebenaran itu apa dan bagaimana







pentas

jangan begitu mudah merendahkan  seseorang hanya kerana perkara atau pekerjaan yg dilakukan. Setiap orang ada cara perjuangan yg tersendiri. Tak bermakna cara perjuangan itu tak sama, maka perjuangan dia salah, sia-sia atau tak berharga, menulis itu perjuangan, bercakap, berbahas  itu perjuangan, memainkan muzik di jalanan  juga perjuangan, menyapu sampah di khalayak ramai juga perjuangan, mengutip sampah dari rumah ke rumah juga perjuangan, membersihkan tandas  juga perjuangan, mereka melihat dunia dari kaca yg berbeza, itu habuan paling bernilai yg tidak ada pada  mereka yg hanya mampu sinis ketawa.penulis mampu mengetuk minda, pembahas mampu membakar semangat ke arah kebenaran, pemuzik mampu melahirkan pemikir , penyapu sampah mampu menyedarkan erti ketabahan, pengutip sampah mampu mengajar erti kesyukuran, pembersih tandas mampu mengajar erti keikhlasan dalam kepayahan. Mereka wira! Lebih baik berjuang dengan cara tersendiri daripada hanya melihat, memerhati dan kononnya mengadili! Belajar daripada wira sekeliling kita, jangan merendahkan pekerjaan, perbuatan, mahupun pemikiran sesiapa, kerana dengan kesusahan mereka, mereka sebenarnya berfikir jauh lebih matang daripada kita, saya yakin begitu jauh hingga mampu melahirkan sebuah tamadun di hari muka.(terasa kurang enak di hati bila ada yg cuba memperlekehkan pekerjaan org lain, asalkan halal dan dilakukan dengan cara yg halal mengikut landasan yg ditentukan Allah, itu sudah teramat baik dan mulia )
salam keamanan~