Thursday, April 28, 2011

flawless

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
surah Fathir ayat 2

salam.alhamdulillah atas segalanya...masih diberi nikmat yg terlalu banyak untuk dihitung.syukur..petang tadi, waktu 1 melawat saudara, 1 terjumpa seorang yg sangat istimewa.seorang budak lelaki, berumur lingkungan 10 tahun yg mengalami sindrom down..1 gelarkan dia 'adik'. apa yg menarik hati 1, pertama kali 1 lihat adik, adik terus melemparkan senyuman yg sangat manis kat 1..very very sweet, sincere and innocent smile.his face nampak bercahaya, and tenang sangat..dekat rumah tu ada kucing, sangat comel, tp tengah tido.dah lama sikit, kucing tu bangun tido, jalan2 and then sambung pulak tido kat tengah2 ruang tamu (sooo cute kan?) .so, mungkin sebab adik nampak kucing tu mcm menghalang laluan, adik datang, sambil tertunduk, adik angkat kucing tu dan alihkan kat tepi..sebelum alihkan kucing tu, sempat lagi adik senyum dan tundukkan kepala tanda hormat dekat semua org yg ada. 1 rasa mungkin tu kucing adik, sebab adik nampak selesa peluk kucing tu..masyaALLAH, 1 betul2 nampak ketenangan di sebalik senyuman adik. tenang sangat.betul2 tenang dan hepi, mungkin kerana keikhlasan dalam senyuman adik...rahmat ALLAH datang dengan pelbagai cara.bukan semua orang mampu memiliki sebuah senyuman yang penuh ketenangan dan keikhlasan.harga sebuah ketenangan itu hanya mampu dibayar jika kita melihat, dan meneliti indahnya ciptaan ALLAH.
perfect smile from a beautiful heart!!
alhamdulillah.. 
 

Tuesday, April 26, 2011

activate yourself!

salam.alhamdulillah, atas segala nikmat yg telah diberikan ALLAH kepada kita.so, tajuk post ni, activate yourself! pernah rasa lemah, lesu, tak bermaya, letih, serabut n macam2 lagi? ahaa, ni ada satu cara yg sangat mujarab nak hilangkan semua tu. tak payah makan ubat, jamu, makjun o buat exercise payah2 sampai tergeliat urat saraf..ini kaedah paling mudah, paling simple, paling berkesan..dont wori, 1 bukan nak buat silap mata(memang tak reti nak buat pon), hehe, tapi nak ingatkan diri 1 dan sahabat2, as a muslim, kita ada satu kaedah yg sangat berkesan untuk hilangkan semua keluh kesah, tenangkan  jiwa yg gundah gulana, dan caranya?


Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). surah Al Naml (27:62)

Or, Who listens to the (soul) distressed when it calls on Him, and Who relieves its suffering, and makes you (mankind) inheritors of the earth? (Can there be another) god besides Allah. Little it is that ye heed!  
surah Al Naml (27:62)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, doa itu senjata orang mukmin (HR al Hakim)

jawapannya, dengan berdoa.satu bentuk pengharapan yg ikhlas semata-mata kerana Dia yg menciptakan kita sebagai manusia.pernah dengar kan lagu Maher Zain, InsyaALLAH.dalam lagu tu kat part tengah, ada lirik camni
Turn to ALLAH,
He is never far away,
Put your trust in Him, 
Raise your hand and pray.. 

 bila berdoa, secara tersiratnya, menunjukkan satu bentuk pengharapan kita kepada ALLAH, or dalam istilahnya, raja'. pengharapan  atau pergantungan kita sebagai hamba..berdoa, adakah hanya bila kita ada masalah je?hmm, selalunya begitulah. terkadang bila rasa gembira, kita selalu lupa nak berdoa kan? sebab tu lah dalam hidup ni ALLAH berikan kita ujian, supaya kita sentiasa sedar dan sentiasa berharap hanya kepadaNya. nikmat atau musibah, kedua-duanya ujian. ujian sabar dan bersyukur. kalau kita tengok balik lembaran sejarah, berdasarkan kisah-kisah terdahulu, banyak pengajarannya.contoh kisah yg agk famous, Si Tanggang yg lupa diri lepas dikurniakan kekayaan.sesuatu yg berlaku pada insan lain, bukan bertujuan dijadikan bahan kritikan atau kutukan, cukuplah sekadar kita mengambil pengajaran, kerana kita sebagai manusia takkan terlepas daripada membuat sebarang kesilapan, cuma mungkin kesalahan itu berbeza-beza.pepatah Melayu ada mengatakan, yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan, so, moral of the story, kedua-duanya, susah dan senang adalah ujian sebenarnya. begitu jugak dalam hidup kita ni..tak dinafikan, terkadang kita rasa sedih, kadang rasa hepi, tak kiralah apa sebabnya, semua tu ujian.sedih n hepi ada beza dan ada samanya, waktu sedih kita menangis, waktu hepi kita ketawa,that is the difference, tp persamaan, dalam kedua-dua situasi ni ialah kita perlu berdoa.kerana doa itulah senjata yg akan menguatkan kita agar tak hanyut, dengan kesedihan atau kesenangan. trylah baca majalah Solusi, isu no.22, banyak dihuraikan tentang hikmah berdoa.but of course, doa itu perlu disertakan dengan usaha.doa, usaha, doa.dari situ akan hadirnya sifat tawakal.bila berdoa, kita akan rasa tenang lepas usaha melakukan sesuatu.sebab apa2 pun, kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan.7 golongan di mana doa mereka amat mustajab,
  1. doa ibu bapa kepada anak-anak
  2. doa anak soleh yg mentaati kedua-dua ibu bapa
  3. doa orang teraniaya atau yg berada dalam kesusahan
  4. doa seorang sahabat yg mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tak tahu bahawa dia didoakan
  5. doa orang dalam keadaan musafir
  6. doa orang yg berpuasa
  7. doa pemimpin yg adil untuk org di bawahnya.
see, islam sebuah agama yg sangat indah dan apabila dipraktikkan, menjadi sesuatu yg sangat indah pula.selamat beramal sahabat2.(sebuah peringatan untuk saya dan semestinya untuk anda juga, kerana kita semua saudara!)

p/s: jangan lupa daku dalam doamu!=D


Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)? surah Fathir ayat 3

O men! Call to mind the grace of Allah unto you! is there a creator, other than Allah, to give you sustenance from heaven or earth? There is no god but He: how then are ye deluded away from the Truth? 
surah Fathir ayat 3

 

Friday, April 22, 2011

=D

'whoever kills another one without justifiable cause, surely he is killing all of humanity.
And whoever saves the life of another one, surely he saves the lives of all humanity'--surah Al-Maidah:32

Wednesday, April 20, 2011

thanks cik tak n cik ti;p


salam.alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman dan islam, kesihatan yg baik, abah, mak, kakak, adik, sahabat2, serta pelbagai lagi nikmat yg dikurniakan ALLAH, takkan mampu disenaraikan semuanya.ALLAH MAHA KAYA, MAHA BERKUASA.syukur padaNya kerana kita masih lagi mampu melalui hari yang baru, dan 1 doakan moga hari ni lebih baik daripada semalam dan hari-hari sebelumnya, insyaALLAH.berapa kali anda senyum harini?sekali?2 kali?atau berkali-kali?jika ya. kenapa pula anda senyum? semoga senyuman kita hari ni, hari semalam dan hari esok, semuanya kerana kesyukuran dengan nikmat yang telah diberikan=D.menulis mengenai nikmat, 1 preview balik tajuk halaqah, mengenai mensyukuri nikmat.seorang sahabat mengajak kita menelusuri nikmat yang diberikan dengan cara kita menyentuh mata, hidung. telinga, tangan dan kaki.ada tak any perubahan pada bentuk dan fungsi?alhamdulillah, mata masih mampu melihat, mulut masih mampu berbicara...begitu juga dengan anggota yg lain, masih berfungsi seperti biasa..alhamdulillah..bila belajar biologi( subjek kegemaran 1), lagi bertambah kagum dengan keajaiban ciptaan-Nya, semuanya sangat teratur, tersusun, daripada sekecil-kecil cell dlm badan, semuanya ada fungsi yg tersendiri
'Maha Suci ALLAH yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih.Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?' surah Al Mulk, ayat 1-3
terlalu banyak yg kita dapat pelajari daripada keindahan dan kesempurnaan ciptaan ALLAH.waktu kat pasum, 1 paling suka skali waktu lab bio, banyak eksperimen yg dibuat, buat 1 semakin kagum dengan keajaiban ciptaanNya.ada skali, eksperimen dengan katak.belajar pasal voluntary and involuntary response.Maha Suci ALLAH, yg telah menciptakan sesuatu dengan fungsinya yg tersendiri.katak yg 1 dgn partner 1, mia dapat memang baik.tak melompat sangat..bila letak dlm air pun tak melompat sgt..sebab dia baik sgt, kitorang letak nama yg lembut utk katak yg sopan santun ni, nama dia, myamin(hehe gabungan nama 1 n mia).dlm exp tu, kena test response katak tu dengan acid.belum pun acid tu kena kaki katak tu, dia dah mengelak.ALLAHUAKBAR, Dia yg menggerakkan hati katak tu supaya mengelak drpd bahaya yg akan datang.1 rekflek balik, dalam hidup kita ni, Dia juga selalu tolong kita dalam mengelakkan diri daripada bahaya2 yg mungkin datang.contoh?tentulah nikmat akal yg Dia kurniakan pada kita sebagai manusia, membolehkan kita berfikir, yang mana baik, yg mana buruk..alhamdulillah.waktu test untuk involuntary response, walaupun katak tu dah lemah, tp still masih jugak boleh memberikan tindakbalas, walaupun tak sepantas voluntary response.waktu ni buat 1 sedar, walau selemah mana pun kita, walau sekuat mana pun dugaan yg datang, Dia selalu ada untuk tolong kita, ALLAH always be there!waktu nak buangkan katak tu, 1 fikir, hmm, katak ni, walaupun mungkin sekejap je pertemuan dengan manusia macam 1, tp banyak sekali yg 1 belajar drpd die.hingga waktu die nak mati pun, masih lg beri pengajaran pd 1, betapa singkatnya hidup.setiap orang akan meninggal dunia, mungkin waktu tu org akan menangis, tp yg lebih utama, sumbangan kita dalam menegakkan agama ALLAH sepanjang hidup kita kat dunia ni.sahabat 1 selalu pesan, yg terpenting dlm hidup ni, bukan natijah, tp usaha kita ke arah mencapai natijah tu.
thanks myamin, banyak 1 belajar drpd awk!alhamdulillah.ada sekali, waktu sem 1, kena bedah tikus.interesting.kalau nak bedah, tikus ni ada lapisan2 kulit, so bukan main belah je dengan pisau, kena buang satu satu lapisan kulit tikus tu, macam tu jugak dalam kehidupan kita ni, semuanya ada proses, step by step.even 1 pun masih dlm proses, untuk membaiki diri yg masih byk kekurangan ke arah lebih baik, insyaALLAH, begitu juga dengan anda. pernah dengar kan, usaha tangga kejayaan.kalau dah nama pun tangga, mestila ada anak tangga kan?satu persatu.apa jadi kalau tiba2 kita stop kat anak tangga yg ke20(contohla), mesti proses ke puncak tu terhenti.so, golden rulenya, jangan berhenti terus, perlahan-lahan berjalan ke atas.tp 1 xnafikan adakalanya, kita kena jugak pandang belakang, untuk tengok balik, kutip pengajaran.terkadang pemandangan kat belakang tu sedih sangat, sampai kita tak sanggup nak tengok, so akibatnya, kita akan terlepas pengajaran yg dapat dikutip.terkadang jugak pemandangan kat belakang indah sangat, terlalu seronok, lalu kita terleka dan terhenti di anak tangga.so, perjalanan tak dapat diteruskan.mcm tula proses mujahadah dlm hidup ni.moga kita sama2 kuat k...mengenai proses dalam hidup, waktu form 5, 1 penah join kem btn, ada night walk.waktu tu dah pukul 1 pagi, n group 1 group perempuan terakhir yg kena berjalan one by one(tak dibenarkan berdua ke bertiga ke) dalam hutan sampai balik ke kem, n di sepanjang perjalanan tu adala banyak gangguan yg dibuat oleh fasilitator(cekgu2) yg ditugaskan.waktu tunggu kat dalam hutan selama 6 jam, memang dengar pelbagai jeritan sahabat2 yg dilepaskan terlebih dahulu. rule dalam aktiviti ni, jangan berhenti, jalan ja.bila tiba giliran 1, lepas selawat banyak2 kali n baca apa2 yg patut, 1 cuba kuatkan hati.kitorang semua wajib pegang tali yg diikat di pokok2 sepanjang perjalanan tu, so alhamdulillah, 1 pegang erat2 tali tu.tapi bila dah jauh sikit, tiba2 dah xda tali, n kat depan ada 2 jalan.kiri n kanan.dan kat pokok yg besar, ada macam lampu warna merah,nak berhenti, tak boleh(memang psycho betul), sebab tu la rulenya.so 1 ijtihad je, ambik jalan kanan.dalam hati memang hanya tawakkal pada ALLAH, kat mana pun jalan ni akan bawa 1, 1 redha.sebab time tu memang takda sapa2 pun yg nak mintak tolong.Alhamdulillah, akhirnya, 1 sampai jugak kat kem, tu pun lepas terserempak dengan sahabat grup 1 kat pertengahan jalan.alhamdulillah, ALLAH tak gerakkan hati 1 untuk berhenti kat persimpangan tadi.kalau 1 berhenti, alamatnya, takla sampai ke kem balik, macam tula proses tarbiyah ALLAH dalam kehidupan kita ni, setiap yg terjadi walau sekecil mana pun tetap ada hikmahnya..konklusinya, 1 banyak belajar drpd dua makhluk ALLAH yg walaupun saiznya kecik, tp pengajaran yg dibawak, amatlah besar, iaitu cik ti n cik tak.semua yg tertulis dlm post ni, jika ada baiknya, maka itu kurniaan ALLAH, dan jika ada buruknya, itu ketentuan drpd ALLAH jua, berdasarkan kelemahan dan kekurangan 1.sejujurnya, ini lebih kepada peringatan untuk diri 1.maaf dipinta andai tersalah.moga bertemu di post yg lain.no matter what u do, strive for mardhatillah.=D.