Sunday, April 20, 2014

Satu Petang Yang Terlalu Indah

Assalamualaikum
Wohoo lama aku tak menulis kat blog ni. Blog yang takda orang baca pun haha tapi tak kesahlah. Aku tulis bukan untuk orang baca, tapi sebab aku minat menulis. Beberapa minggu ni aku rasa hidup aku tunggang terbalik. Tapi ada lah part2 yang buat aku rasa sangat gembira dan bersyukur sangat, iaitu bila mak, abah, adik dengan kakak aku buat kejutan datang melawat aku kat sini. Beberapa hari dalam minggu ni mimpi-mimpi buruk tu makin kerap datang. Kalau biasanya aku mimpi kemalangan, kali ini aku siap nampak kepala orang terputus kot. Tu tak termasuk waktu aku tengah sedar. Dalam kelas pun  aku boleh terbayang-bayang semuanya. Dalam kelas kalau aku bosan(especially engineering society) aku akan lukis balik kejadian tu kat atas kertas, lepas tu ketawa tengok lukisan aku buruk benar haha, kereta tak serupa kereta kot. Kalau budak darjah 1 lukis lagi cantik dari aku rasanya hahaha. At least boleh lah hilangkan tekanan sikit. Bila lalu tempat kejadian tu lagi lah kan. Allah swt sahaja yang tahu bagaimana aku nak menempuhi benda ni. Takboleh ke kalau kampus tetap pindah buat kat tempat lain, so that aku takpayah la pegi pauh setiap hari huhu. Tapi tak apalah, sabar. Dulu masa kecik2 mak pernah pesan, kalau Tuhan sayang kita, Tuhan akan uji kita banyak-banyak. InsyaAllah moga Tuhan sayang aku banyak-banyak J
Berbalik pada kejutan, aku saja cakap dekat adik malam tu, waktu tu sangat stress sebab test takboleh jawab haha, aku cakap, “dik, maila sini, min teringin nak makan mak masak ayam kicap. Lama min tak makan”. Pastu tiba-tiba esok tu mak aku kol cakap free tak hujung minggu, mak abah adik dgn kakak nak datang. Perasaan dia, macam negeri yang bertahun-tahun kemarau lepas tu hujan lebat. Allah bersyukur dan hepinya aku rasa. Petang tu aku rasa sangat hepi tengok diorang semua hepi. Mak masak dan kami makan ramai-ramai. Walaupun sekejap je jumpa, serius aku rasa sangat bahagia. Aku tahan je rasa nak nangis dalam hati bila tengok muka semua orang. Lepas makan, nak balik abah singgah pegi masjid terapung solat asar. Mak first time tengok pemandangan kat masjid terapung, mak cakap cantik sangat. Aku cakap kat mak nanti kalau ada masa mak datang la lagi, kita makan kat sini pulak. Pastu mak senyum je kat aku. Tahu tak, senyuman mak tu satu keajaiban. Aku rasa tenang sangat bila tengok mak senyum. Kalau kat rumah memang tabiat aku suka tengok muka mak time mak tertidur. :) Kat masjid aku ajak kakak tengok tudung pastu beli baju kat situ, aku cakap nanti pakai ingatlah kat aku haha. Masa balik , aku peluk mak kuat-kuat. Aku tahan air mata. Sungguh aku berperang dengan diri sendiri. Aku mintak mak doakan aku kat sini. Mak angguk lepastu suruh aku jaga makan, jangan makan tak tentu masa. Lepas tu mereka pulang. Aku iringi pemergian mereka dengan satu harapan,


“Tuhan, kalau aku mati nanti, jangan lah buat mereka sedih terlalu lama. Jagakan mereka sebaiknya dan berikan lah mereka syurgaMu. Aku bukan manusia yang baik, tapi Tuhan terlalu baik pada aku dengan meminjamkan mereka pada aku. Moga Allah swt memelihara mereka sentiasa, dan sentiasa buat mereka gembira, walaupun aku dah takda nanti.”

Satu petang yang terlalu indah itupun berlalu pergi. dan segalanya kembali seperti biasa. segalanya yang menyakitkan.




Wednesday, April 9, 2014

Murder The Government- NOFX

I wanna see the constitution burn
Wanna watch the white house overturn
Wanna witness some blue blood bleed (fucking) red

I wanna tar and lynch the KKK
I wanna pull and shoot the NRA
(I wanna pay the lobbyists to kill themselves)
(I wanna dose the DEA)
(I wanna join the CIA (not really))

(It just seems so fucking easy to make this)
(Country a better place to live.)
(Illegalize guns and lobbying)
((Jail murderers and extortionists)...)
(Legalize drugs and prostitution)
((Free salesmen and saleswomen)...)

Murder the government, Murder the government
Murder the government, And then do it again yeah
Murder the government, Murder the government
Murder the government, and then
Murder the government

p/s: wanna join me? *evil laugh*

Monday, April 7, 2014

Sketsa Gila

okay, aku bagi kau 10 permintaan, aku akan cuba tunaikan.

aku cuma ada satu permintaan

minta lah 10. jangan sia-siakan kuota yang ada.

takperlu lah 10. 1 sudah cukup.

kau pelik.

suka hati lah!

okay, jangan marah. apa satu itu? 

keluarkan lah aku dari dunia ini. boleh kah?