Assalamualaikum w.b.t
apa khabar semua? harap sihat dan semakin bertambah iman serta amal, insyaAllah
tadi aku terjumpa artikel bertajuk Gerakan Feminisme di
Malaysia yang boleh dibaca di sini:
http://pembina.com.my/gerakan-feminisme-di-malaysia/
dari ayat pertama hingga ayat terakhir, hujah pengarang
banyak memfokuskan pada 'dasar' atau 'akar pemikiran' yang mencetuskan gerakan
feminisme ini dan mengapa kita seharusnya tidak menyetujui fahaman atau gerakan
ini disebabkan pendiriannya yang inginkan hak kebersamaan atau equality bagi
wanita dan lelaki. aku petik sedikit:
Gerakan feminisme lahir lewat
abad ke 18 di Barat. Memperjuangkan isu-isu seperti hak reproduktif, keganasan
rumah tangga, cuti bersalin, gaji yang sama rata, hak mengundi wanita, gangguan
seksual, dan seksual keganasan, semua yang jatuh di bawah label feminisme.
Gerakan feminisme ini juga dikenali sebagai Women’s Movement, Women’s
Liberation, atau Women’s Lib.
Kalian boleh baca sendiri untuk mendapatkan gambaran kasar
dan juga fahaman awal berkenaan feminisme, yang mana pengarang membingkaikan
penghujahan yang jelas bagaimana apa yang diperjuangkan SIS ini bertentangan
dengan syariat Islam.
"Sister in Islam (SIS),
satu nama yang tidak asing lagi bagi kita. Sebuah gerakan yang memperjuangkan
hak-hak wanita di Malaysia. Parahnya apabila hak kesamarataan yang mereka
teriakkan itu terang-terang melanggar syariat Illahi"
Sekadar maklumat tambahan, feminisme ini dapatlah
dibahagikan kepada beberapa jenis, dan tiga jenis utamanya ialah sosialis,
radikal dan reformis. Di kesempatan ni aku kongsikan apa itu maksud feminis
reformis (merujuk kepada artikel Feminism 101)
“Reformist feminists believe that gender inequality can be eliminated through
legislative or electoral reforms without the need to alter the capitalist
system itself. Groups such as the National Organization for Women and
NARAL/Pro-Choice America typify reformist feminism. Because they limit their
efforts to what can be achieved within the current system, they orient primarily
to more privileged white, middleclass women many of whose needs can be at least
partially or temporarily ameliorated by reforms. Their approach is single-issue
and aimed at swaying politicians and donors.”
adapun yang aku ingin highlightkan dalam post ini bukanlah mengenai feminism,
sebab jika ingin berhujah panjang mengenai apa itu feminisme, aku rasa lebih
baik kita merujuk terus kepada bahan bacaan yang sebenar berkenaan teori dan
konsepnya.
Cuma aku ingin fokuskan pada komen di bawah artikel di laman
web Pembina itu. Ya, soalan ini:
Satu sisi pandang yang menarik mengenai gerakan
feminisme di Malaysia. Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa
persatuan/NGO yang membela nasib wanita seperti SIS lebih kehadapan dan lebih
dominan suaranya dalam memperjuangkan nasib wanita meski ideologi dan konsep
mereka mengenai wanita di dalam al-Quran adalah tidak benar sama sekali.
persoalannnya, bagaimana
gerakan Islam pd hari ini khususnya Sayap Wanita memainkan peranan dalam
membela nasib wanita apatah lg setiap hari semakin banyak kes dera (domestic
violence), pengabaian nafkah, gantung tidak bertali dsb (cuma menyebut beberapa
contoh)
soalan ini mengatakan walaupun
SIS memang membawa konsep songsang dalam isu kebebasan dan hak wanita,
bertentangan tentang apa yang telah Islam utarakan, tetapi dalam soalan ini
dikatakan bahawa mereka ini lebih terkedepan dalam mempertahankan isu-isu dan
masalah penindasan kaum wanita. Jadi, di mana peranan dan keberkesanan bagi
gerakan yang benar2 memperjuangkan konsep kebebasan seperti yang disyariatkan?
Penanya soalan ini menggunakan falasi jenis
Burden of Proof, yakni beliau meletakkan beban bukti kepada pihak gerakan
Islam, yakni dalam konteks ini kepada Pembina untuk membuktikan keberkesanan
gerakan yang tidak menyokong gagasan feminism ini. Agak tidak adil di situ
kerana yg diserang adalah ‘manifestasi pembawa subjek’ bukan ‘subjek
absolutely’. sekadar perkongsian, kalau dalam debate, jika pihak lawan tidak mampu menjawab burden of proof, maka hujah pihak lawan boleh dipertikaikan dan selalunya kelemahan ini akan digunakan habis-habisan dalam sesi penggulungan.
Berbalik kepada persoalan, apabila hanya manifestasi subjek diserang, maka ianya akan
menyempitkan ruang perbincangan kepada apakah usaha gerakan Islam, dan apakah
usaha ini sudah cukup sedangkan topic perbincangan asal adalah apakah kelemahan
dalam aspek keberkesanan feminism hingga ianya ditolak oleh Islam? [sebab
tu tajuk post ini ialah “Gerakan” bukanlah Feminisme dan Islam semata-mata.] dan satu persoalan untuk kita fikirkan, apakah SIS itu benar2 menggunakan sepenuhnya konsep feminisme atau sudah ada pembaharuan atau pengubahsuaian dalam pelaksanaannya ? tapi memandangkan penulis artikel ini menjadikan SIS sebagai subjek utama, aku anggap mungkin SIS sememangnya bayangan paling dekat apabila kita berbicara berkenaan gerakan feminisme di Malaysia.
Walau pun falasi, aku kira persoalan
ini menarik dan harus diberi pencerahan dengan penuh hikmah. InsyaAllah aku
cuba buat kajian lebih mendalam dulu. Nanti bila sudah cukup, kita jumpa lagi
di siri 2. Sementara tu, kalau ada cadangan atau mungkin ada yg sudah ada
jawapan, mohon kongsi ye.
p/s: bagi aku yg menonjolkan sifat feminin wanita itu bukanlah alat make-up, pakaian, wangian atau cara percakapan yang manja (baca: mengada-ngada) tetapi keyakinan dan keberanian menyatakan kebenaran. just my opinion---