Tuesday, June 4, 2013

Semoga Kau dan Aku menjadi Alat Pembebasan


Assalamualaikum.

“Waduh waduh waduh, pening kepala gue…banyak giler tak cover lagi…”

saat ini aku sangat sangat mengantuk tapi terpaksa menahan rasa itu kerana....erm, takpelah tak payahlah nak share kat sini..

Maka aku capai laptop dan sedang menaip sekarang. Bukan nak luahkan perasaan, aku nak sampaikan pesanan..(ini juga adalah nasihat untuk diri aku).. Begini bunyinya:

dalam kita sibuk menghafal fakta atau mengulangkaji pelajaran,


jangan kita lupakan Tuhan
jangan lewatkan solat,
jangan tinggal ibadat2 sunat,
jangan tinggalkan Quran,
jangan gadaikan prinsip dan pegangan,
jangan lupa tanya khabar mak abah
jangan berhenti jadi seorang radikalis
jangan berhenti jadi seorang yang berjiwa seni
jangan matikan hati
jangan abaikan kesihatan diri
jangan rasa rendah diri
jangan hilang harapan
jangan rasa down
jangan fikir negatif
jangan fikir bukan-bukan
jangan putus asa
jangan lupa doa


kerana kita belajar ini
adalah agar bila kita sudah grad nanti,
kita akan jadi alat pembebasan untuk umat manusia
kita akan jadi pejuang kebenaran untuk mereka yang ditindas penguasa durjana
kita akan melawan kuat alat-alat penindasan yang lain
ya, kita akan menentang habis-habisan semua penipuan

ya, kita, kita, kita

maka untuk itu
kau dan aku tidak boleh jatuh sekarang
dan kita juga tidak boleh jatuh bila-bila pun

dan kalau pun kita jatuh
kita takkan jatuh lama
kerana kita ada matlamat, tanggungjawab dan tujuan
kita ada Tuhan


kita usaha dan usaha
sampai kita berjaya, ya?







*ini adalah percobaan menyeru kembali segala roh dan semangat kesusasteraan dalam jiwa aku untuk mengatasi gelombang ganas subjek kejuruteraan. Allah Allah Allah, mudahkanlah segalanya.....*