Monday, December 10, 2012

btnnnn

Assalamualaikum

Ok, sepatutnya sekarang ni aku sibuk study analog sebab minggu depan dah nak test, tapi kejap lah. Take 10minutes  tulis blog haha. Bercakap pasal analog, aku rasa analog satu subjek yg menarik, serius. Sebab analog ni macam satu game. Kalau kita berjaya buat loop dan derive equation yg betul, maka excitement dia memang dapat diraih dengan jayanya. Tapi tu kalau dapat derive lah. Aku bab2 derive ni memang agak malas sikit nak kaji, tunggu mood rajin datang baru aku akan kaji betul2. Anyways, mohon doa agar test 2 ni dapatlah aku buat dengan baik.

orite, stop there pasal analog. Aku baru pegi kem btn. So aku nak mengarut sikit pasal benda ni kat blog usang lagi tak berpengunjung ni. Di pagi hari sabtu, aku naik bas ke pauh, perjalanan lebih kurang 45 minit lah. Sepanjang perjalanan tu aku tido sebab dari hari jumaat tak sihat. Kesan makan ubat membuatkan otak tak berapa nak centre hari tu. Waktu dengar ceramah, untuk memastikan aku tak tertido, aku catatkan segala apa yg penceramah tu cakap dengan harapan nanti kalau balik bolehlah aku baca dan fahami semula. Tapi iyalah, apabila berperang dengan kesan ubat, ada waktunya mata aku terbuka tapi aku sebenarnya tido haha, nasib baik tak ada sebarang sesi soal jawab atau kuiz. Macam2 yang dihidangkan melalui ceramah tu, maksud aku hidangan untuk minda dan aku rasa ini bagus. Soal persoalan yang membuak-buak dalam hati juga bangkangan dalam minda, aku abaikan dulu. Setiap orang ada pendirian dan pandangan masing2 dan seharusnya tiada paksaan dalam dunia pengkajian dan pemikiran. Seterusnya, dibahagikan mengikut kumpulan. Agak menarik, kumpulan aku banyak terdiri daripada abang2 dan kakak2 tahun akhir. Banyak juga ilmu yg fasi kongsikan dan aku hargai setiap daripadanya, tak kisahlah searus ataupun tidak dengan apa yang pegang. Waktu pulang, aku mohon untuk pinjam buku Perlembagaan Negara milik beliau, dan beliau benarkan. Alhamdulillah. (Antara perkara yang paling aku suka ialah apabila dipinjamkan buku oleh orang sebab bagi aku buku itu ilmu dan meminjamkan buku pada seseorang sama lah juga dengan menghadiahkan dia dengan ilmu)

Pulang hari pertama, sedihnya aku tak sempat pun nak kaji Perlembagaan tersebut. Cuma sempat membelek beberapa fasal. Aku akan cuba cari nanti untuk dibeli, in shaa Allah. Tapi malam tu aku ada discussion yg sangat panjang dengan sorang housemate sementara tunggu burger siap. Memang menyeronokkan. Dia kongsi apa yg dia dapat, aku banyak mendengar dengan penuh minat. Berbicara mengenai politik, ekon dan sosial adalah antara perkara yang  menyeronokkan bagi aku sebab waktu tu otak kita akan berfikir sepenuhnya untuk menghadam maklumat atau fakta baru. Maka dari itu semua masalah yg kecil akan hilang sementara otak tengah bertungkus lumus memproses maklumat baru. Dan macam biasa, aku lebih bertindak sebagai tukang tanya soalan untuk lebih memahami. Thanks to her!
J

Esoknya aku rasa semakin sihat dan barulah benar-benar bersedia menghadam fakta yg lain pula. Waktu nak present pasal soalan yg diberi, iaitu kitorang ditugaskan untuk membahagikan 1 billion kepada 3 buah keluarga, agak seronok juga. Disebabkan aku agak rajin malam ni, aku kongsikan apa yg kami decide. Sebenarnya pada pandangan kami berempat, keluarga tu adalah tool atau simulasi, sebenarnya tujuan tugasan ni ialah nak bagi feeling agar kita mampu berfikir bagaimana untuk mengagihkan amanah, macam juga menguruskan sebuah Negara. Berpegang kepada kata-kata “absolute power corrupts absolutely” maka kitorang bahagikan kepada 3 bahagian, ekonomi, politik, sosial. Untuk politik akan ada badan pemantau dan badan eksekutif akan diasingkan daripada badan legislatif. Ini disebabkan pada pandangan aku, apabila 2 badan ini bergabung atau bertindih cara pelaksanaannya, maka penyelewengan akan mudah berlaku. Untuk ekonomi akan ada pelaburan dan timbal balik hasil untung daripada pemodalan yang diberikan kepada setiap keluarga menggunakan konsep pelaburan Islam yang mana untung dan rugi tidak menjadi absolute atau definite responsible kepada pelabur tetapi juga kepada pihak yang melabur. Untuk sosial, lebih kepada penekanan pendidikan dan kerohanian. Waktu bentang di hadapan, aku andaikan macam aku tengah bentang di parlimen untuk satu cadangan rang undang-undang di tahap pertama iaitu pembacaan usul kepada semua ahli parlimen di bawah usul “Malaysia patut Mengasingkan Badan Eksekutif dan Legislatif Menurut Konsep Montesquie” Bab Montesquie aku pun tak kaji habis lagi pasal dia nih, tapi kebanyakan falsafah yg dia bagi aku agak setuju jugaklah. Btw, pembentangan grup lain pun best jugak. Banyak input dan idea yang aku dapat peroleh.

Waktu spontaneous speaking di depan, aku dapat tajuk Mahasiswa Malas dan dikehendaki bercakap untuk 2 min. Kebanyakan masanya aku merasakan aku tengah bercakap depan cermin HAHA. Btw, ada banyak tajuk yang berat tapi menarik macam  pluralisme agama, Islam liberal, MOSSAD dan CIA yang aku harapkan dikupas dengan mendalam oleh fasi tapi masa tak mencukupi. Disebabkan banyak bertanya dan fasi pun menjawab soalan-soalan yang aku berikan menyebabkan sesi Refleksi telah bertukar menjadi sesi soal jawab soalan. Ada pun selepas mendapat jawapan, soalan2 dalam otak aku ni menjadi semakin banyak dan seperti biasa aku masih terkial-kial dalam usaha untuk mengkaji. How I wish someone could explain all this to me =.=

OK bye. Nak study analog pulak *poyo je kan haha*

akhir kata, semoga setiap hari kita semakin dekat dengan Allah.

p/s: kalau korang ada stori pasal btn, sudi2lah share dengan aku. Sharing is caring kan? ;)

Thursday, December 6, 2012

temporary

masa semakin kurang untuk main chess, game need for speed, tulis puisi dan kaji buku
ini menandakan waktu untuk final sudah semakin hampir..

doakan aku!

Tuesday, November 27, 2012

ikhtilat siri 1


Ape yang aku faham pasal ikhtilat??

orite, soalan ni memerlukan jawapan yg agak panjang jugak. Mulanya terasa sangat jahil diri ini untuk berbicara mengenai perkara ini, kerana aku juga bukanlah seorang yang sempurna seratus peratus, tapi kalau kita nak menyampaikan ilmu tak semestinya kena tunggu diri sempurna dulu kan? Maka aku gagahkan juga berkongsi apa yg aku tahu di blog ni. Aku pun tak tahu ade ke tak orang baca, haha, tapi harap2 yang baca tu, kalau ada kesalahan bolehlah betulkan. Ini berdasarkan pemahaman aku dan ilmu yang masih seciput, mungkin ada salah di mana-mana maka gunalah ruang komen tu untuk tolong aku perbetulkan diri.

Ikhtilat bermaksud pergaulan antara lelaki dan perempuan. Seperti yang kita tahu, di dunia ini ada 2 jantina yang nyata, iaitu lelaki dan perempuan. Maka adalah mustahil jika kita inginkan kedua-dua jantina ini tidak berkomunikasi langsung atau tidak berhubung langsung, tetapi ada cara pengimplementasiannya. Komunikasi tu termasuklah komunikasi IRL atau di alam maya yakni menggunakan medium chatting, ym dan sebagainya. Sama sahaja, berdepan atau di alam maya, berhubung tetap berhubung kan? Pada pandangan aku, setiap apa yang Tuhan gariskan pada kita sebagai manusia, itulah yang terbaik untuk kita sebagai manusia sebab Dia yang menciptakan kita, setiap panduan yang diberi itu pasti ada hikmahnya. Islam itu adalah cara hidup, maksudnya bukan sekadar teori tapi harus diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan. Tak guna kalau kita ambik separuh, tinggalkan separuh kan??

Bab ikhtilat, ada beberapa yang harus kita ambil perhatian. Antaranya lelaki dan perempuan berhubungan hanya apabila ada urusan dan keperluan. Apabila perkara itu memang ada tujuan dan bukan suka-suka, saja-saja dan sewaktu dengannya. Senang cerita macam ni lah, kalau nak berhubungan tu, cuba tanya pada diri, boleh ke aku jawab depan Allah nanti, aku berhubungan dengan dia sebab urusan itu dan ini. Boleh ke kita jawab dengan yakin nanti?? Bukan suka-suka, bukan saja-saja.

Kalau sudah yakin ada keperluan, bagus, tapi bukan berhenti di situ. Harus juga dilihat cara pelaksanaannya, matlamat tak pernah menghalalkan cara. Waktu, tempat, masa: semuanya harus diambil kira. Sebolehnya elakkan jalan yang boleh menimbulkan fitnah. Tuhan cakap jangan hampiri zina, perhatikan perkataan hampiri, maksudnya benda2 yang boleh lead ke arah penzinaan haruslah kita elakkan. Lihat, Islam itu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pilihlah jalan paling selamat.

Sebagai contoh, adapun percubaan meminta nombor telefon atas alasan saja-saja, bagi aku satu perbuatan yang sangat bertentangan dengan konsep ikhtilat dalam Islam. Kelak jika kedua-duanya terhanyut melakukan zina, nauzubillah, mahukah kamu dituduh sebagai seorang yang membuka jalan zina itu???? Sanggupkah kamu?????

Kalau nak diikutkan hati dan nafsu, memang kita akan terdorong untuk berbuat sesuatu sesuka hati. Kerana itu pentingnya keimanan dalam hati. Kawal gerak geri dengan ketakwaan dan rasa takut pada Tuhan. Aku tak nyatakan aku adalah manusia yang kuat imannya, aku juga masih lemah, insan hina yang masih belajar, masih terlalu banyak ruang yang harus aku baiki, hati ini masih berlumur dosa dan kesalahan pada Tuhan. Ini sebenarnya pesanan khusus untuk aku juga.

Siapalah aku untuk mengatakan orang itu salah, orang ini salah, apa yang aku boleh lakukan ialah berpegang pada prinsip dan ketegasan diri berkenaan ikhtilat juga berusaha membaiki diri. Ya, aku memang agak tegas dan aku akui ada kalanya aku juga menyakitkan hati orang disebabkan ketegasan aku ini. Tapi jika ketegasan adalah satu-satunya jalan yang aku boleh gunakan untuk menjaga batas pergaulan, maka itu lah yang akan aku gunakan sampai bila-bila.

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Maka aku selalu sematkan dalam hati, kalau aku tak mahu punyai pasangan yang tak menjaga batas pergaulan, aku juga haruslah menjaga batas pergaulan itu. Jika aku mahukan lelaki yang benar-benar menghormati maruah seorang wanita, aku juga harus menegakkan maruah diri dengan prinsip dan ketegasan.

Jangan salah faham, bukan aku nak cakap aku ni cantik ke ape, seriously tak! Jujur cakap, beribu wanita lebih cantik daripada aku, aku hanyalah sekecil debu di atas batu hitam di tengah malam, tak siapa pun yang melihat, ambil peduli apatah lagi ingin mengagumi. Tapi, debu kecil ini hanya ingin mempertahankan prinsipnya, tak kisahlah ada yang melihat atau tidak kerana yang penting Tuhan sentiasa melihat aku. Perjuangan ini untuk Dia. Sekurang—kurangnya Dia tahu aku melakukan ini semua untuk DIA semata-mata.

Semoga jalan aku dan jalan kita semua dipermudahkan Tuhan. Tuhan tak pernah memungkiri janji, kita yang sering mengalah sebelum berusaha sepenuh hati.

Mari menjaga ikhtilat.

Cintailah Dia.
Perhambakan diri padaNYA.
Bersatulah dengan keagungan dan rahmatNYA.


In sha Allah, Tuhan sudah cukup untuk menjaga kita.
(utk siri 2 aku cuba kongsi cara2 atau panduan menjaga ikhtilat, in sha Allah. untuk siri ni aku cuma ingin berikan sedikit gambaran berkenaan perkara ini. apa pun,  kalau sudi, mohon stay tune!)



Sunday, November 11, 2012

tegas

Assalamualaikum

Malam ni aku terbaca lagi mengenai kisah saudara2 di Syria dan Palestine, Allahuakbar sedih rasa hati bila baca mengenai perjuangan mereka. Juga setiap kali membaca mengenai mereka, aku teringat pesanan ini “selain mendoakan mereka, kita juga punya tugas yang besar di sini, untuk menegakkan Islam dalam diri dan masyarakat keseluruhannya.” Sekali lagi aku akan rasa sangat sedih sebab terfikirkan apa sangatlah usaha yang aku dah lakukan untuk tujuan itu? Allahu robbi, moga Allah ampunkan kealpaan aku dalam menjalankan tugas aku dihidupkan di muka bumi ini. Juga moga para pejuang kemanusiaan di seluruh dunia diberi kemenangan dalam perjuangan mereka, insyaAllah.

Ini hanya random post, aku taip apa yang aku ingin kongsi. Alhamdulillah, sekarang dah masuk 14 bulan aku bergelar seorang pelajar kejuruteraan. Ya, kejuruteraan, Satu bidang yang aku tak pernah terfikir aku akan berada dalamnya, sebagai seorang pelajar. Jujur aku cakap, agak sukar jugak nak ikhlaskan hati dan menerima ini adalah jalannya untuk aku. Apabila kita terlalu mengharapkan sesuatu dan kita tak mampu mendapatkannya atas sebab-sebab tertentu, kita akan mudah mengalah dengan benda yang baru, padahal yang menentukan kejayaan bukanlah minat semata-mata, tapi kesungguhan dan usaha. Dan lama-lama, aku rasa bidang kejuruteraan adalah satu bidang yang agak menarik juga sebenarnya. Banyak juga penggunaan logik akal diimplementasikan dalam subjek yang aku pelajari. Adapun sekarang ni dah masuk tahun 2, jadi aku selalu ingatkan diri, aku hanya ada beberapa tahun sahaja lagi untuk habiskan degree, maka aku haruslah buat yang terbaik, tiada pilihan lain. Maka untuk itu elemen ketegasan harus digandakan, maksud aku tegas pada diri sendiri. Masih teringat lagi, dulu waktu sekolah, cikgu sains aku, dia sangat garang. Kalau tak bawak buku atau tak siapkan kerja, alamatnya semasa waktu pembelajaran, berdiri di luar kelaslah korang! Dahlah kelas aku dulu kelas paling tepi sekali sebelum ke dewan dan pejabat, maka memang jadi tumpuan ramai lah. Aku pernah didenda berdiri di luar kelas, sekali waktu darjah 5. Dan aku rasa itu pengalaman yang aku takkan lupakan sampai bila2. Sejak kena denda tu, aku jadi rajin nak study sains, semua kerja sains aku cuba siapkan dulu, biasalah budak2 pun tahu rasa malu dan ego haha. Aku berjanji pada diri sendiri, aku takkan benarkan cikgu tu suruh aku berdiri di luar kelas lagi. Maka aku buat segala kerja beliau dengan sebaik mungkin. Maka sejak itu mungkin elemen ketegasan tu sudah disebatikan dalam diri. Mungkin bermula sejak kecil, sejak aku mula mengenali perkataan kesusahan apabila melihat mak abah aku berusaha mencari rezeki, sejak melihat bagaimana sikap manusia dalam dunia perniagaan, juga sikap manusia dalam menjalin perhubungan persahabatan. entahlah aku pun tak tahu. Masa sekolah menengah, dalam pasukan debat, kami ada game yang selalu dimainkan bila masing2 dah tepu dan tak ada idea untuk dilontarkan, iaitu game SATU PERKATAAN. Game tu macam ni, setiap seorang kena gambarkan orang lain dengan hanya menggunakan satu perkataan, macam “baik”, “bijak”, “misteri” dan sebagainya. Dan perkataan yang aku selalu dapat, kira memang undian majority lah, ialah perkataan “TEGAS”. Sampai sekarang pun, aku pernah test kawan aku, dan surprisingly, itu jugak jawapan dia. Aku pernah tanya adik aku, yang baru habis pmr

“Yeh, macam mana exam, study tak bila min tak ada?”
“ Hehe study la, tapi taklah study kuat macam bila min ajar”
“Oh, min ajar macam mana?”
“Kalau min ajar rasa macam dalam kem askar, memang fokus”
“Haha, kalau min tak ada kat rumah nak ajar yeh, macam mana?”
“Macam kem motivasi, rilek je hahaha”

kadang-kadang disebabkan dah terbiasa  tegas dengan diri sendiri, aku ter-tegas dengan orang lain, dan mungkin perkara ini ada menyakitkan hati sesiapa sahaja yang pernah aku berpolitik(berhubung) dengannya. Maka aku mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada yang pernah terkecil hati dengan ketegasan aku, jika pun itu boleh dianggap satu bentuk ketegasan, ketahuilah ianya hanya berniat ke arah kebaikan semata-mata. Dan biasalah, sebagai manusia yang terlalu banyak khilafnya, aku tak mampu jadi sempurna, maka maafkan lah. Kritiklah jika punya kesempatan, insyaAllah aku cuba baiki yang mana yang boleh. Next post, aku akan cuba huraikan mengenai perkataan ‘penindasan’, oh yeah, aku tak sabar nak hurai sebab baru baca satu buku yang sangat best, insyaAllah nantikan jelah post seterusnya (kalau pun ada orang yang baca blog ni lah haha)

Apa pun yang kita lakukan, jadikanlah redha Allah matlamat utama, jadikan keberkatanNYA sebagai tujuan dan misi dalam setiap pelaksanaan. Semoga kita semua dikurniakan syurga Allah kelak, amin. Aku tamatkan post ini dengan kata-kata di bawah:

“besi yang paling kuat juga akan cair bila dileburkan”

:)

Saturday, November 10, 2012

DO IT!


Apabila anda memilih untuk berkata 'tidak' apabila di hati sudah terdetik untuk melakukan sesuatu kebaikan,

anda sebenarnya menolak penghargaan daripada Tuhan.


Thursday, October 4, 2012

pasal muzik

assalamualaikum 
baiklah tajuk yang aku pilih untuk mengarut kali ini ialah "muzik". 

haha sebenarnya aku tak berbakat sangat dalam bidang muzik ni. hanya menjadi pendengar sahaja.

jadi apa itu muzik??


muzik itu tenaga. melalui muzik kita dapat salurkan semua perasaan, tak kisahlah sedih, gembira, cinta, riang, duka atau pun mungkin rasa ingin memberontak pada sang penguasa dunia, ya, anda boleh guna muzik.



muzik bagi aku juga bahasa. manusia boleh bertutur menggunakan muzik. pemikiran boleh dijana melalui muzik.



baiklah, maka di sini aku akan kongsikan serba sedikit jenis muzik yang aku minat. sebenarnya tak ada spesifik jenis2 muzik tertentu yang aku suka, kalau sesuatu tu ada mesej dan boleh membawa perubahan atau pengisian kepada pemikiran, sejak dulu aku latih diri untuk terima. sebab perkara ini universal. apabila seorang pemikir boleh menyalurkan pandangan atau kritiknya melalui muzik, maka itu satu pencapaian yang hebat. aku cuba kupaskan pelbagai jenis genre melalui post ini.



genre nasyid memang satu genre yang menarik dan selalunya menenangkan telinga yang mendengar. banyak kumpulan nasyid yang best yang ada di Malaysia ni, macam in-team, hijjaz, unic, devotees dan sebagainya. yang aku paling minat, hijjaz. sebab lagu-lagunya best dan ada mesej. cuba dengar lagu 'berkorban demi cinta', 'dia kekasih Allah', 'sumayyah', memang meresap dalam jiwa. kadang2 kalau down, dengar lagu2 macam ni boleh meningkatkan motivasi diri. tidak dilupakan penyanyi nasyid internasional macam maher zain, native deen. banyak jugak lagu2 yang best daripada mereka, cubalah kaji.



lagu melayu 90-an. ok, kalau sebut sahaja lagu lama, orang akan signifikasikan sebagai lagu 'jiwang karat', sampaikan orang yang dengar pun akan dicop jiwang karat. aku juga tak terlepas daripada dicop sedemikian haha. tapi, tak aku nafikan, memang lagu2 ni banyak berbaur cinta, tapi jangan lupa, ada banyak juga yang berunsur ketuhanan. Antara kumpulan yang aku minat, ukays, slam, iklim,  samudera, damasutra, may, spring. lagu2 ni selalunya aku akan dengar waktu nak siapkan assignment yang ada pengiraan, macam maths atau fizik. lagu yang paling best mungkin lagu 'Bila Diri Disayangi'=Ukays. Lagu ni dengar banyak2 kali pun takkan jemu. Ukays merupakan salah satu band yang banyak mempromosikan mesej ketuhanan dalam lagu-lagunya. yelah, cinta tu bukan pada manusia je kan? dakwah tu luas, jadi janganlah sewenang-wenangnya nak copkan lagu2 lama ni sebagai lagu jiwang karat semata-mata, hayati dulu mesej yang terkandung dalamnya. Adapun kalau lagu yang betul2 berunsurkan cinta pada manusia, kalau dibandingkan lagu cinta sekarang dengan lagu cinta 90-an, aku pilih 90-an. lagu lama lebih ada jiwa dan penghayatan. ni sekadar pandangan aku yang takda pengalaman bercinta, mungkin lain orang, lain pandangan, terpulanglah.



genre punk dan hard metal. haaaaaa, kalau sebut genre ni, memang ramai akan pandang serong.

" Hang ni black metal ka nak dengar lagu macam ni? "
"uii orang dengar lagu2 punk, hard metal ni kebanyakannya ajaran sesat!"


 releks dulu. sabar, tenang. jangan mudah nak labelkan orang sesat, cuba kaji dulu. Agak kasar dan keras kalau nak generalisekan semua orang macam tu. Sebenarnya kalau kita lihat, kebanyakan band2 yang bergenre ini, kebanyakan karya mereka sarat dengan pelbagai pengajaran yang boleh kita fikirkan. lagu mereka naskhah pemikiran yang genius.bukan senang nak kritik politik, ekonomi, sosial dalam sebuah lagu. bukan senang nak hasilkan lagu yang boleh buat orang berfikir lepas dengar. bukan senang nak buat lagu yang boleh sedarkan orang yang dengar. maka cadangan aku, cuba kaji lirik lagu2 macam ni, pasti anda akan terkejut dengan mesej di dalamnya. band yang aku minat kalau tempatan, dum dum tak, laila's lounge, efek rumah kaca, carburetor dung. kalau antarabangsa, radiohead, john lennon dan serj tankian. satu lagi, aku harap satu hari nanti, lagu2 yang bermesejkan politik, ekonomi dan sosial macam ni diketengahkan di media. barulah pemikiran masyarakat akan lebih seimbang, tidak bias/condong kepada satu pihak sahaja. dan kadang2 dengar lagu ni boleh juga bagi semangat untuk melawan dan berjuang. jangan lupa, muzik tu senjata. kalau tengok filem pendek, 10 tahun sebelum merdeka, banyak juga lagu2 yang best dijadikan latar belakang. Penggunaan muzik begini membuatkan penonton lebih menjiwai perjuangan itu sendiri. 


ok, dah 3 genre. nanti kalau aku rajin, aku kupaskan lagi. sebagai hadiah kepada anda yang baca sampai habis post ni, aku selitkan 3 lirik lagu yang aku paling minat, mewakili genre2 yang aku nyatakan di atas. 


Berkorban Demi Cinta-Hijjaz

Bermula gemilang cahaya 
Petunjuk pimpinan yang Esa 
Menempuh jalan hidup di dunia 
Cabaran yang silih berganti 
Dugaan mematangkan diri 
Mengajar erti hidup ini 

Berjuang berkorban demi cinta 
Suka dan duka suratanNya 
Mengenal makna jalan bahagia 
Masa yang silih berlalu 
Semakin hampir saat itu 
Ya Tuhan tunjukkan 
Moga selamat bersamaMu 

Biarpun bersama kekurangan 
Namun bersyukur kurniaan Tuhan 
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri 
DenganMu ku punyai segala 
Tak kan beruntung seisi dunia 
Limpah kurniakan petunjuk bantuan 
Tempuh hari yang mendatang 

Semoga
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi 
Setiap detik masa dalam amalan jua 
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan 

Semoga dengan ini jambatan menemui 
Cinta yang sejati 
Itu yang abadi 

Berjuang mencari iman taqwa 
Perisai menempuh pancaroba 
Penentu tempat rahmat bahagia 
Seiring teman dan saudara 
Pimpinan tauladan baginda 
Ya Tuhan bantulah 
Moga selamat selamanya 

Ukays-Bila Diri Disayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Carburetor Dung- Don’t Know

War rages on Red Sea
 Famine in Africa
 Now you’ve got to tell me
 What’s wrong with our world, oh ma!

Don’t know, don’t know, don’t know

Lives raped in Bosnia
 Race riots USA
 Fascist Europa
 Don’t you care for our world right now?

Your world is burning,
 Your world is dying
 You keep your eyes shut
 Your minds full of shit
 You let your world bleed
 You know you suck!

Rain dropping acid
 Beggars are lining the streets
 Daddy’s beating his sons
Long hair is even being banned

akhir kata, aku memetik kata-kata thom yorke,
 "It is difficult to make political art work. "

Friday, September 21, 2012

menuju jalan itu

assalamualaikum, menulis dengan perasaan yang bercampur-campur.

dalam beberapa hari atau minggu ini mungkin, aku asyik teringatkan kematian. ok, bukanlah selama ni aku tak pernah fikirkan kematian, tapi lately it always comes to my mind.

aku selalu fikirkan:

macam mana kalau aku tak sempat minta maaf pada orang yang aku pernah buat kesalahan?
macam mana kalau amal aku tak cukup lagi?
keadaan kubur nanti macam mana?
apa akan jadi pada aku lepas langkah ketujuh orang terakhir pergi tinggalkan aku sorang2 dalam kubur nanti?
cukupkah amal aku untuk bermalam di barzakh nanti?
adakah ada insan yang akan mendoakan aku agar tenang di sana kelak?

kematian itu pasti. ya, aku pasti akan mati, cuma waktunya saja belum diketahui. Satu hari nanti, wan anis yasmin hanya akan tinggal sebaris nama. itu kenyataannya. tapi kenyataan ini kadang2 aku sebagai manusia mudah lupa. entah bagaimana, ada hari2 dalam hidup aku, aku terlupa hakikat ini. kadang2 bila hati rasa sesak dengan urusan dunia, aku mula sedar yang pada saat itu, aku sebenarnya lupa bahawa aku akan mati, ini semua hanya sementara. aku tahu itu peringatan dari Tuhan untuk aku yang mudah lupa. alhamdulillah.

kepada sesiapa sahaja yang membaca, mohon doakanlah aku diberikan kesudahan yang baik bila tiba waktunya.

aku merindukan pertemuan abadi dengan Tuhanku. Moga dipermudahkan jalan menempuhinya.

Monday, September 17, 2012

harakiri

"Harakiri"

We're the day birds
Deciding to fly against the sky
Within our dreams, we all wake up
To kiss the ones who are born to die

We're the greying herds
Hurting each other with our lies
Within our dreams, we all wake up
To kiss the ones who are born...
Born to die
Born to die

The drum fish
They beached themselves in Harakiri
The blackbirds
They fell in thousands from the sky
Their red wings
Streaming down from the higher seas
Deflected by the ground
They crowned the sun

They crowned the sun (They crowned the sun)
They crowned the sun (They crowned the sun)
But I believe that they are free
When their time was done (Their time was done)
They were drowned by the only one (They crowned the sun)
But I believe that they are free
Washed by the sun

Our statues
The soaring edifice of our times
Detracted from the ways of the wise
The future will view all history as a crime
So father, tell us when is the time to rise

They crowned the sun (They crowned the sun)
They crowned the sun (They crowned the sun)
But I believe that they are free
When their time was done (Their time was done)
They were drowned by the only one (They crowned the sun)
But I believe that they are free

We're the day birds
Deciding to fly against the sky
Within our dreams, we all wake up
To kiss the ones who are born to die

We're the greying herds
Hurting each other with our lies
Within our dreams, we all wake up
To kiss the ones who are born...
Born to die

They crowned the sun (They crowned the sun)
They crowned the sun (They crowned the sun)
But I believe that they are free
When their time was done (Their time was done)
They were drowned by the only one (They crowned the sun)
But I believe that they are free
They crowned the sun (They crowned the sun)
They crowned the sun (They crowned the sun)
But I believe that they are free
And we believe that they are free
Cause I believe that they are me
Washed by the sun
------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini lirik lagu Harakiri, Serj Tankian. memang terbaik. lagu kegemaran saya ftb.

Friday, September 14, 2012

aku dan keadaannya sekarang


Sesuatu yang pelik
apabila aku mula takut
untuk bertanyakan soalan;

bimbang soalan itu terlalu bahaya untuk ditanya
dan bimbang tak mampu menerima apabila diberi jawapannya.

jujur aku alami perkara ini
dan ini menganggu pemikiran aku

dan selalunya aku harus menelan kembali soalan itu
dari tekak yang tak mampu diluah
masuk semula ke dalam perut
sakit.

prosesnya beginikah?
mengkaji ilmu itu harus diuji beginikah?

jika ya,
perit bagaimana pun aku sanggup

setidaknya
otak dan akal aku
berusaha sepenuh daya

soalan sudah penuh,
aku degil, lalu aku penuhkan lagi
penuhkan lagi
oh, rupanya masih ada ruang boleh diisi.

kawan,
menuntut ilmu itu memang begini
akan ada waktu penat mahu mengkaji

tapi jujur,
aku menikmati setiap detiknya
saat aku memikirkan
tentang keajaiban dunia, keajaiban Tuhan.






Sunday, August 26, 2012

entah




Saat Cik Monalisa sibuk mencanangkan kisah cinta yang masih samar-samar lukisannya- cerita bakal putera idaman, mencari pemilik tulang rusuk  dan segala yang berkaitan dengan jodoh  memenuhi  pemikiran  hingga lembik  lesu  jadinya

Encik Ali sibuk mendedahkan bukti konspirasi Freemason dan Illuminati yang ditemuinya- itu Freemason, ini Illuminati, semuanya salah konspirasi ini. [hingga anak gadisnya yang gemar keluar malam dan anak lelaki kecilnya yang  menonton kartun  dikatakan juga tersampuk agenda  Freemason dan Illuminati]

Abang Din pula baru sahaja selesai menonton cerita penderaan suami terhadap isteri di kaca televisyen. Cerita keganasan terlampau, hingga yang menonton jadi trauma seketika  untuk  berbicara tentang alam rumahtangga. Manakan tidak, ceritanya  bengis persis askar Zionis [kenapa tidak saja ditunjukkan dokumentari keganasan Zionis, boleh juga disalurkan doa sepotong dua].  Esoknya pula cerita hantu/bomoh/seram terlampau, hingga emosi  Abang Din kacau jadinya. Lusanya mata di’cuci’ rancangan hiburan penyumbang  gejala hedonisme, lagi dan lagi.  Benar, obses Abang Din terhadap Si Empat Segi ( televisyen)  sudah mencapai tahap kritikal.

Saat itu juga :
 jahiliyyah sedang meluaskan teritorinya.

Lalu Puan Zaloria membuka bicara:

# Cik Mona yang cantik jelita,  cukuplah melembikkan pemikiran dengan angan-angan sebegitu. Mulakan agenda mendidik diri, lebihkan usaha  menjadi daripada mencari. Persiapkan diri, mental, emosi dan paling penting rohani. Banyak benda penting lagi perkasa harus dikaji daripada  menumpukan kepada kasus cinta semata-mata.

#Encik Ali yang segak bergaya, jahiliyyah itu bukan semata-mata Freemason dan Illuminati, bahkan lebih luas konsepnya dari itu. Mengkaji biar ada pengajaran dihayati. Membuka jangan sampai jadi paranoid minda jadinya

# Abang Din pemuda zaman globalisasi, si Empat Segi itu hanya sebuah alat. Jangan beri  ia sebegitu banyak kuasa hingga kita yang punya tanggungjawab besar dimayatkannya.

-Cik Mona, Encik Ali, Abang Din, Puan Zaloria hanyalah nama rekaan, tidaklah merujuk kepada mana-mana individu secara spesifik. Hanya terfikirkan ini apabila membaca baris di bawah:
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Tuesday, June 19, 2012

muhasabah

Assalamuaikum.
It is Wednesday, just went a week after my break, had some nice time after Subuh today, making some muhasabah about myself. Though I had planned a lot for this holiday, somehow I had lost the enthusiasm to make all of them. According to schedule, I have one week with family, then next week and the other week will participate in two debate competitions. Then, after that, have to finish taking my license, got some plan to work, some preparations for Ramadhan, planning to be a part-time tutor... And the list goes on..

Big question rises, what makes me feel that I'm going to live until that day? In my life, I admit that I am a planner, I prefer doing things according to plans. I have planned my life until the age of 50. What I want to do, what I wanna be, specifically at what age. Short-term plan, long-term plan, all of them, are in my planning. But then, somehow this past few days, I kept on asking myself, what makes you think you will be living until the age of 40 or 50? And when thinking to fulfill all these plans, I turned out being a very serious person. Sometimes I takes life seriously, perhaps everytime. I'm not saying it is bad to make all those planning, you should make a life-planning, as a Muslim we should have a clear target  of what we want to achieve in our life, the 3 roles(da'ie, slave of Allah and a khalifah) must be fullfill. But then, too serious in life would not be good. My brother had once said to me, "Jangan serius sangatlah, hidup kena pandai buat lawak, kita tak tau sampai bila kita hidup" and yet my friend had told me" hari ni mungkin kita lihat kawan kita berdiri, esok dah terbaring"-dang----it wakes me up. Yes, what they said are absolutely true. They make me think, have I make use of this life, to the fullest of it, cause this maybe the last, who knows? The word life there referring to TODAY, not tomorrow or ten years from today. Now I realised I rarely jokes with people. Seriously, yeah, rarely. Only at sometimes, with some persons. I don't have--what people called-sense of humor, yes I don't have it, and it is so sad, huh? Pity those friends of mine, for having such a boring friend like me.

So, from now on, I will try to be a more cool person, maybe try to learn how to crack jokes from my brother, and learn to smile and laugh more. At least try to bring more happiness to the people around me, cause now then I realised, our life will be more meaningful when we can bring joy and happiness to others. But still, the serious side of me can't be vanish, I'm not planning to turn out into someone else, just trying to improve who I am, to a better one. and for that, pray hard to Allah to help me to endure this.

 :)

Thursday, June 14, 2012

metafora perubahan dan perancangan masa cuti

memandangkan hari ini hartal sudah tamat, hartal yang aku maksudkan ialah hartal daripada menulis di laman maya sepanjang minggu exam, maka dengan hati yang senang dan bersyukur kerana segalanya sudah selesai, tajuk post aku hari ini agak santai, ini sebenarnya perbualan aku dan kawan aku beberapa minggu sebelum exam. sesuatu yang aku pun tak dapat jawapannya. Mungkin ya, mungkin tidak. soalannya, benarkah anak kedua tidak sukakan perubahan?

Kawan aku cakap dia perasan aku kalau dah pilih sesuatu, akan terus pilih perkara itu, contohnya kalau makan malam, sepanjang setahun aku di unimap, setiap malam, menu makan malam aku(jika aku makan nasik) maka menunya mesti nasi goreng biasa telur mata atau nasi goreng pataya. Tak pernah berubah. Dan ini aku akui. Bukan aku tak pernah nak tukar makan nasi yang lain macam nasi goreng ayam ke, nasi goreng kunyit ke, tapi rasa macam pelik pulak. Jadi aku akan terus pilih menu yang aku sebutkan tadi. Sampai rumet aku kalau tanya aku makan malam apa, dia sendiri dengan pantas akan jawab sebab menunya tak pernah berubah. Kawan aku cakap anak sedara dia yang kecik, anak kedua pun macam tu jugak. Kawan satu u aku sekarang, yang juga satu sekolah aku dulu pernah tegur aku jugak" wan ni asyik masuk debat ja sejak sekolah, cubalah tukar masuk kayak ke, main hoki ke, dah u pun debat lagi, setia betul dengan debat dia"

hakikatnya, ada banyak perubahan yang aku sudah buat dalam hidup aku. perubahan yang aku sendiri pilih, perubahan yang aku terpaksa anggap aku pilih. mungkin pada sesetengah perkara aku tak sukakan ianya berubah, tapi ini tidak bermakna aku membenci perubahan. jika ke arah yang benar, insyaAllah aku akan cuba usahakan perubahan itu.

apa pun,
aku memang seorang yang sukar untuk diyakinkan,
tetapi apabila aku sudah yakin,
aku sukar pula untuk dihentikan.

cukup untuk itu, sekarang berbicara mengenai perancangan masa cuti. cuti 3 bulan kalau tak dimanfaatkan akan menjadi sia-sia. Maka ini perancangan aku waktu cuti

1)menambahkan purata bilangan buku yang dibaca setahun (tahun ni macam meningkat sikit berbanding tahun lepas, insyaAllah aku akan cuba berusaha mencapai target yang ditetapkan)

2)belajar memasak (aku rasa skil memasak aku dah makin kurang, yelah kat unimap ni mana ada memasak, semua beli siap, jadi harus dipertajamkan)

3)mungkin cari kerja, boleh dibuat bekalan masa hadapan

4)meluangkan masa banyak2 dengan mak abah adik kakak

5)join beberapa pertandingan debat (setakat ni debat alam sekitar, um, insyaAllah)

6)mungkin habiskan ambil lesen kereta yang tertangguh setahun lamanya

7)paling penting, menyiapkan diri untuk menyambut Ramadhan. mungkin ini Ramadhan terakhir aku, maka aku harap ini akan jadi yang terbaik. :)


#bahagianya-dah-habis-exam# :))

Monday, May 28, 2012

selesaikan

kalau ada masalah, anggap masalah tu kecil
dan cuba fikirkan masalah yang lebih besar, macam masalah dunia ke..

secara perlahan, fikiran akan menjadi lebih matang
dan kita akan menyedari masalah kita tu kecik je sebenarnya

kalau nak dibandingkan masalah ekonomi, politik, sosial dunia

boleh bilang ini escapism, ya, memang betul pun

tapi ini escapism untuk mengumpul kekuatan
dan aku rasa itu tidak salah

tidak salah bagi aku.

Tuesday, May 22, 2012

amin dan pak sako siri 1

Amin melihat kasut sekolahnya. Sudah kelabu, dicampur warna merah tanah. Hari ini baru hari Selasa, baru kelmarin dulu dia menggosok kasutnya itu, dan baru kelmarin dia lihat kasutnya putih bersih kerana dilumuri kapur putih kepunyaan kakaknya. Tapi, hari ini semuanya berbeza. Hari ini hari hujan, maka sepanjang perjalanan pulang tadi, Amin mengayuh basikal dengan perasaan malas dan penat. Bukan kerana malas dan penat mendengar radio yang memaparkan kisah ahli politik M di kedai Rama sebentar tadi (Amin singgah sebentar mengambil bakul dan duit kuih penjualan ibunya, Mak Senah, sambil itu sempat dia berpolitik dengan Pak Cik Rama), tetapi dia penat dan malas kerana semalam dia kurang tidur. Sibuk menelek buku sejarah yang dipelajari kakaknya. Amin baru darjah 6, tahun ini dia bakal mengambil peperiksaan UPSR. semalam, sambil2 membaca dia ketawa. Mak Senah terkejut melihat Amin, terlentang di depan televisyen, menghadap tekun buku sejarah di tangan, dan tersengih sendirian. membaca buku mengenai politik, ekonomi, sosial, sejarah dan fakta-fakta menarik mengenai kehidupan adalah hobi amin.

"Engko kenapa Amin ? Baca buku Histori tu, orang mengantuk, engko boleh pulak gelak"
"Mak, Amin teringat abah penah bilang, sejarah itu semuanya boleh direka, hanya pejuang sebeno yang tahu sejarah itu bagaimana, Amin lihat buku ini ada pertikaiannya"
"Kamu tu baru umo 12 tahun Amin oi, bercakap macam orang umo 40 tahun dah, ni esok bilang Pak Cik Rama, mak tambahkan kuih ni 20 ketul, ingat min.."

 sebagai anak yang taat, dan dengan wajah suci bersih polos tidak dicemari dosa noda itu, Amin pun mengangguk dan membenarkan kata-kata ibunya. Arwah abahnya seorang askar maka Amin memang jarang berjumpa abahnya, tetapi apabila abahnya ada di rumah, dialah yang paling manja dengan abahnya, memandangkan hanya dia seorang anak lelaki di rumah itu. Abahnya walaupun kelihatan pendiam, tapi seorang yang sangat petah berkata-kata. Banyak sudah strategi perang, kisah kehidupan yang Amin dengar daripada ayahnya. dan selalunya Amin akan menceritakan kisah-kisah yang dia dengari itu kepada Mat, kawan baiknya, Mat ini orangnya suka tersengih, dan sangat pendiam. Setiap pagi, Mat setia menadah telinga mendengar kisah-kisah yang dibahaskan Amin kepadanya. Selalunya, Mat akan diam dan menyampuk sekali-sekala. Menyampuk kerana sudah penat mendengar lalu menyuruh Amin membelanjakannya minum air teh tarik segelas di kedai Pak Cik Rama lewat petang nanti, Amin yang berbahas, dia pula yang dahaga. Amin seperti biasa, budaknya lurus dan baik hati, tapi apabila kekeringan hatinya sampai ke tahap minta diuji, dia juga akan menyuruh Mat membelanjakannnya makan nasik kandar sepinggan + ABC di kedai mamak di hujung kota. Bukanlah selalu, setakat ini baru sekali. Tapi, tak mengapalah, apakah erti persahabatan andai itu pun hendak dikira masuk buku 3 lima? Mereka ini pelajar biasa, tapi agak akrab kerana saling memahami kesusahan masing-masing. Mat anak yatim, dibesarkan ibunya di samping 6 adik beradik yang lain. Kadang2, Mat datang tidur di rumah Amin, belajar bersama, berbual bersama, solat berjemaah, bertazkirah bersama dan seperti biasa, Amin akan menceritakan apa-apa ilmu baru yang dikutip oleh abahnya atau melalui pembacaannya. Amin menjadikan hobi membaca sebagai passionnya kerana kata-kata abahnya, sekerat ini

" Kalau kamu mahu jadi orang yang kaya, yang gagah, yang kuat, yang maju, yang takkan ditipu, maka kamu harus MEMBACA"

****tamat siri 1*****

-cerita pendek di atas tak ada kaitan dengan manusia yang hidup apatah lagi yang dah meninggal dunia. hanya ditulis apa yang terlintas di minda, akan disambung bila idea datang lagi-


Saturday, May 12, 2012

laungkan saja arahan kamu pada gunung

Assalamualaikum

aku pernah dengar ayat ni, aku tak pasti di mana dan dari siapa, tapi inilah ayatnya

"seorang pemimpin sebuah persatuan, jika mahu anak buahnya menjalankan apa yang direncanakan dalam misi, bukan hanya harus terus memberi arahan, tetapi wajar juga memikirkan bagaimana keadaan mereka, cukupkah wang mereka, sihatkah tubuh badan mereka dan berbagai lagi sosok peribadi mereka yang mungkin menghalang mereka dari menjalankan tugas yang kamu pecahkan"

aku kira ayat ini ditujukan untuk segala bentuk persatuan atau organisasi di muka bumi ini. Kalau hari ini kamu dilantik jadi pemimpin, maka menjadi tanggungjawab kamu untuk memahami kesusahan dan keperitan orang-orang di bawah kamu. bukan terus mendesak dan mendesak memberi arahan kerana itu persis diktator yang laparkan ketamakan harta setinggi gunung Himalaya, yang mana ketamakan itu akan memakan tuannya satu hari nanti. Akan majukah sebuah organisasi jika sifat keterpaksaan itu terus menjadi doktrin perlaksanaannya? Aku yakin tidak.

kerana pada aku jika kamu mahu berurusan dengan orang, cuba guna hati dan akhlak,
dan jika kamu mahu berurusan dengan diri kamu, cuba guna akal dan ketegasan.
dan cuba lihat perbezaannya. kalau tak nampak perbezaannya, aku kira selepas itu aku akan katakan " laungkan saja arahan2 kamu itu pada gunung" dan terus diam selepas itu. ini bukan rebel, ini pembetulan sebuah kediktatoran terpimpin. cuba-cubalah kurangkan rasa ingin berkuasa, dan cuba-cubalah tingkatkan kesedaran minda- semua manusia itu layak dilayan seperti manusia. mungkin aku juga pernah bersifat seperti itu, ya aku tidaklah sempurna, dan dengan mengetengahkan apa yang aku tulis ini bukanlah bermakna aku sudah sempurna, tidak, jangan nilai begitu. Hanya aku ingin lihat, sistem kasta, kediktatoran, semangat berpuakan tahap melampau sama sekali tidak wujud dalam mana-mana organisasi. dulu waktu kecil, waktu memecahkan tugas sewaktu mahu bermain polis-entry atau main masak-masak, pernahkah kamu bahagikan tugas mengikut segala perbezaan yang kamu semua ada? tidak bukan? kerana kanak-kanak pemikirannya tidak sekompleks manusia dewasa yang mana sudah terdedah kepada sistem pemutarbelitan yang dilakonkan oleh pemain-pemain yang handal.dan aku juga kira pemutarbelitan ini samalah juga dengan pemesongan sistem kapitalis yang Adam Smith asaskan. sama juga seperti pemesongan agama Jaina, sama juga seperti pemesongan agama Feursbach yang mana berpunca dari sikap manusia itu sendiri yang kononnya mahu memodenkan diri dengan menukar apa yang ada pada awalnya. masalahnya, yang kamu tukar itu salah, dan kamu tetap berdegil mahu berkata itu benar. seperti politikus yang berjanji mahu melakukan itu ini, selepas dilantik, ya, dia melakukan itu ini, tapi itu ini bukanlah yang sama seperti sebelum pilihanraya, tapi tetap juga mengatakan, "lihat ini para rakyat jelata, aku sudah lakukan ini dan itu". hakikatnya dalam semua benda dalam dunia ini ada prosesnya. Aku tidak mengharapkan perubahan drastik berlaku dalam sekelip mata, seperti juga dalam era pemerintahan Indonesia, terdapat 3 era yang penting iaitu Zaman Orla, Zaman Orba dan Reformasi. dalam ketiga-tiga zaman ini ada banyak kelebihan dan kita lihat ada penguasaan komunis, diktator dan kemelaratan rakyat. maka dari perkembangan ini, aku lihat, sebarang perubahan memberi kesan dan kesan ini sebenarnya yang akan mengubah lanskap pemikiran manusia. begitu juga aku umpamakan dalam kehidupan, kita ada proses yang kita lalui, maka laluilah proses kematangan diri itu dengan berhemah, dengan akhlak yang mendasari setiap perbuatan kita. bak kata hasmi hashim "orang menganggap politik itu kotor kerana pelaku di dalamnya yang mengotori gelanggang". aku kira ramai pihak menganggap politik itu kotor kerana kurangnya penghujahan yang bersifat membina akal dan akhlak yang mana sistem itu kamu bertanggungjawab tahu dan memahaminya. lupakan dulu soal kebusukkan arena politik jika itu yang kamu fikirkan, cuba kamu sisi positif politik itu sendiri. Tariq bin Ziyad waktu menjadi pemimpin berjaya membakar semangat tenteranya waktu mahu pergi berjuang. Soekarno pula pernah mendefinisikan politik itu seperti panglima. cuba kaji pula kekalahan tentera Amerika kepada tentera Vietnam yang mana ini meningkatkan maruah bangsa Vietnam yang berani menentang penjajahan. Dari kamu sibuk mengatakan politik itu kotor, cuba bersihkan minda dengan menghayati sosok positif politik yang telah tertera, dan jadikan itu pembakar untuk kamu pula lukis satu politik yang kamu inginkan, pada masa hadapan. (masa hadapan itu sudah tidak lama lagi ye kawan-kawan)

maka waktu kamu menjadi pemimpin kelak, aku yakin tidak ada akan melaungkan pada kamu "laungkan arahan kamu pada gunung" jika kamu benar-benar memahami akar budi pemikiran dan kemahuan rakyat/ orang yang kamu pimpin.

Friday, May 11, 2012

face the judgemental

Assalamualaikum, it is Friday again, alhamdulillah. Allah still giving us the chance to live in this temporary world. For this post, I'm gonna talk something about judgemental, and how it affects you, but yeah, merely I will be talking about how it affects me for sure since I'm the one who is writing now right? lol ;p

k, first of all, I do see positive effects of facing judgemental people. Oh wait, I think it would be splendid if we take just a few seconds to revise on what judgemental really means, so that what am I gonna said won't be far from the actual meaning-Inclined to make judgments, especially moral or personal ones.  so now u guys know what is judgemental right? throughout my life, I have seen some examples of this kinda normal thing that everyone had already face, at least once in their lifetime. since I was kid, my mom had taught me how to deal with wayyy much older people than me, since I was the one who accompanied her to sell nasi lemak and some kuih muih near the road. when dealing with customers, they are people who really annoying( sorry to say), while some are very kind and can be really patient. I had witnessed how patient my mom are when we have to sell those food when the weather are bad, when her friends cheated on her and so on. But you know what? Those annoying people that I had met when I was kid, makes me grew even stronger, and they had taught me not be so sensitive of what people might say about you, about what you do, as long as you do the right thing. And from that, I had learned that words had no effects if you did not let them affecting you. I did not go to kindergarten when I was 6, since at that age my family moved to Kuala Lumpur. But, lucky me, my mom bought me some english and malay books, for me to read with my sister. My abah also like to encourage me to read more and more to increase my knowledge. So, when I was in Standard 1, people might think I maybe wayyy far from my classmates in terms of my studies since most of them went to pre-school for at least 1 year, and if see nowadays, kids from age of 4 already go to pre-school, which I did not really agree. why? gotta to explain in the next post. so back to story, those days, when I was kid, those judgemental did not affected me at all, seriously. I just go to school, learned as much as I can and I did not even care if most of my friends went to pre-school and I didn't, coz for me, learning process has no boundaries. when I was in Standard 2, my teacher asked us to make some presentation in class, so since I love to write poems, I think I wanna read one of my poems in front of class, but at that time, I'm a bit afraid of crowd, afraid of those judgemental, afraid they might say I am bad, and those faking words that keeps on playing in my subsconcious mind. and here comes my hero, my abah and mom asked me to practise in front of them the night before the presentation, my abah said " just do it, what are you afraid for?"a good challenge there, and I accepted it. when I was in standard 5, there were some conflicts in my school, a conflict to choose who is the representative of our school to participate in the story-telling competition since the one who always enter the competition can't make it that time. I saw my bm teacher with a bundle of story-books and I asked her is it that hard to talk in front of crowd? then she challenged me, " you read this book, and perform in front of your classmate tomorrow." so, just went through it, and you know what, alhamdulillah, I am selected. How am I doing that? Practising in front my brother and just have the confidence to challenge myself. Though, some people said " you can't do it, it is tough and bla bla bla", finally I managed to conquer my own mind : by proving to them, hey you are wrong! By participating in many debate competition, those memorable experiences had taught me a lot to be a positive people, to nurture those positive thinking in my mind. Coz in debate, I had learned not to give in to any provocations, or any harsh words that opponents might throw to you, you just gotta take it and smile. when I was in my matriculation life, I am kinda a passive person: not talk too much, just have very few friends, but I would say, those friends are the people that had changed me, to be more positive in life. You know what, the quantity of your friends represent nothing, their qualities are! and again, one story from pasum, there were an English week, where we had to choose one representative to participate in the public speaking competition, it is an inter-college activities. one of of my friends nominated me and I still remembered those dialogue:

friend: eh masukla public speaking ni, tak de wakil kot kumpulan s
me: tapi, ni dalam english, dan banyak la kena hafal
friend: kau pernah masuk tak sebelum ni?
me: pernahla, tapi semua bm, mana pernah bi
friend: good then! ni la masanya nak try. you never know your potential kan?
me: urmm
another friend: wah, ko nak masuk public speaking doe? susah kot, sorang2 kat depan, kau kalau blur sape nak tolong?
friend: ala masukjelah, belum cuba belum tahu
friend of friend: kau kalau taknak public speaking, ambik public phone haha masuk jelah nak pk apa lagi..

and I'm in. and the result really suprising me. really different from what I had been expected, alhamdulillah. so, you guys out there, what am I trying to say, from a very long entry, telling you guys about some of my childhood stories is that, I wanna you guys to be brave, to make a difference in your life, no matter how people might screw you, talking bad about you, just go on. You never know the result if you quit now, and as I said, life is a learning process, so don't inhibit it with all those negative words. Go there, and show to the world your potential. and let Allah do the rest.

words are powerful only when you give them the power. remember that ok?

btw, thanks to all who had visited my blog, reading those posts. Writing is my hobby, expressing what I think is my natural passion. so, if you do find any flaws in my writings, just lemme know, we can discuss in a harmony way. thank you for spending your precious time. just keep on praying that I would be a good writer who will produce a good book for mind in the future, will you? :D

and whenever people said something that makes you feels down, just(see below)

and smile :)

Tuesday, May 8, 2012

baca dan nilai

media: televisyen, radio, suratkhabar, tabloid dan seangkatan dengannya adalah senjata politisi hari ini. Politisi yang aku maksudkan politik secara luas dan juga politik ke-parti-an. Banyak berita-berita yang ironi dengan kenyataan disumbat ke mata-mata yang membaca. Aku cuma harap sumbatan ini juga dibalas dengan pencerahan oleh pihak yang mengetahui kebenaran.

Realitinya, antara golongan yang menipu dan ditipu, yang lebih parah, adalah golongan yang tidak mahu ambil tahu, tidak mahu ambil peduli, tidak kisah apa yang terjadi atau dalam bahasa paling mudah "lantaklah apa nak jadi"

Mengambil tahu itu perlu. Menilai apa yang kamu tahu lebih perlu. Aku sekarang dalam proses mengkaji apakah peranan media terutamanya dalam mempengaruhi sistem politik dunia dan bagaimana kesan ini kepada peradaban dunia. dan sepanjang kajian aku yang masih seciput, aku dapati media amat berperanan dalam menentukan berita yang sampai kepada pembaca. Jika pembaca memilih sumber yang bersih, maka kebenaran itu tidak akan kabur, tetapi jika pembaca tersilap pilih, maka akan berlakulah proses pemutarbelitan fakta yang mana ini amat berperanan besar menentukan haluan manusia itu dalam memilih doktrin politisi yang diyakini.

setiap berita yang diluluskan sememangnya ada unsur politik, jika kita definisikan politik itu hubungan sesama manusia. Maka manusia yang berpolitik itu harus bijak menentukan kesahihannya

pesanan akhir aku, apa-apa yang kamu sampaikan, sama ada kamu sampaikan yang benar atau kamu putarbelitkan 360 darjah, itu semua akan dipersoal di akhirat kelak. (kamu itu juga termasuklah yang menaip ni)





Thursday, May 3, 2012

KERTAS YANG DICARIK SERIBU


aku masih ingat
hari itu kau datang  dan kita bersahabat
kau tanyakan aku soal hidup
aku bahaskan soal mati
kau tanyakan aku soal rasa kecewa
aku bahaskan tentang keikhlasan hati
kau bahaskan tentang dia yang tak sempurna
dia yang selalu menyakiti kau dan egois kau
aku balas dengan kesempurnaan alam
dan aku hujahkan tentang nikmat akal
agar kau mengerti
dia tak sempurna, seperti kau juga

di lain hari, hujan guruh melanda lagi
kau katakan
dia telah mencarik-carikkan kau seperti kertas
lalu jadilah seribu cebisan


dan kau lantas dicampak
ke tong sampah yang gelap gelita

kau menangis  tapi maaf, aku ketawa

kerana aku kira kau beruntung

dia tidak membuang kau sebenarnya,

dia membuang diri dia dari hidup kau,

untuk kau mulakan hidup kau yang baru

maka bukankah itu tidak seagoni realiti?



jangan kau sedihkan diri kau lagi,

dan sengaja mengaburkan mata hati

dari melihat aturan alam yang magis



Tuhan itu Maha Adil

kau harus faham itu, yakin itu, pegang itu, percaya itu

maka aku kira selepasnya,

rasa-rasa kau yang berpecahan itu

akan disatukan dengan indah

menggunakan gam yang berjenama

kekuatan IMAN.

*aku dan kau bukanlah merujuk kepada 2 orang yang berbeza [boleh juga ditafsir begitu jika mahu], tapi bagi penulis, ini adalah monolog dalaman, kerana aku dan kau itu adalah orang yang sama*

Friday, April 27, 2012

Ini cerita Hang Titas.: AGONI DAN KITA YANG TERSILAU

Ini cerita Hang Titas.: AGONI DAN KITA YANG TERSILAU: Assalamualaikum Bangsa apakah yang paling degil di dunia? Jika ditanya akan persoalan ini, apakah jawapan anda? Jawapan anda sebenarnya a...

beruntunglah jika kamu orang yang asing

Dalam kepekatan malam, Nia merenung langit. Hamparan indah ciptaan Tuhan kelihatan kelam pada pandangannya. Mungkin kerana sisa demam yang masih belum mahu kebah membuatkan Nia berasa amat pening sekali. Ubat yang dimakan seolah tidak memberikan kesan kepadanya, sudah beberapa hari tapi keadaannya seolah tiada perkembangan, tapi ini bukanlah sesuatu yang pelik, mungkin Allah masih mahu mengujinya lagi. Lantas dalam suasana suram malam, (jam menunjukkan pukul 1.32 pagi) Nia masih termenung lagi. Termenung melihat malam yang bakal berganti siang dalam beberapa jam lagi. Dia teringat perbualannya dengan rakannya lewat malam tadi, rakan kelasnya yang datang melawat Nia kerana tidak ke kelas hari ini.

" Kita ini alien Nia, kamu harus kuat, buatlah keputusan dengan bijak"

itu kata-kata kawan Nia, selepas dia meluahkan dilemanya untuk meneruskan perjuangan dalam sebuah persatuan ataupun tidak. Jika ditanya soal minat, ya, dia memang minat tapi prinsip diri sukar untuk digoyahkan. Permasalahan apabila melibatkan prinsip diri dan minat harus diatasi dengan menggunakan akal yang sihat, setelah mengambil kira awlawiyat dan situasi, dia faham itu. Cuma kini dia masih menimbangkan rasional keputusannya kelak. Lupakan soal itu, mengapa dikatakan dia alien? Kerana dia bertudung labuh. Kerana itu. Dan Nia tidak mengambil kisah akan persoalan itu. Bahkan beberapa hari sebelumnya dia diketawakan kerana memakai sarung tangan ke kelas yang memerlukan lelaki dan perempuan bekerja sebagai satu kumpulan, kerja melibatkan pendawaian.

"Haha, kamu baru selesai merompak bank kah Nia?"

Itu mungkin satu gurauan, tak mengapa, seharusnya tidak berbekas pun di hati dia, tapi iya, mungkin kerana keadaan kesihatan yang tidak baik membuat Nia terasa agak sedih. Seharusnya tidak begitu. Bukankah selama ini dia kuat? Bukankah jiwa pendebat seharusnya sudah lali dengan segala bentuk provokasi ? Sebelum mahu berubah lagi, telah dipesan "Kamu tahu berubah sedemikian memerlukan kekuatan hati, tolong kuatkan hati andai ada yang merendahkan kamu, mengatakan kamu ketinggalan zaman dan sebagainya. Ingat apa niat kamu" Ya, Nia masih ingat pesan naqibahnya. Dan itu yang dia sematkan kuat-kuat dalam hati. Dahulu sebelum berubah juga dia banyak kawan-kawan yang bertudung labuh. Dia yang suka begitu, dikelilingi mereka yang sangat lembut dan indah pada pandangan mata Nia. Lantas dia pernah bertanya kepada mereka, secara berdepan saat mereka berkumpul dalam satu sesi usrah

"Maaf kalau saya tanya, tapi kenapa korang pakai tudung labuh eh?"

"Tak mengapa, persoalan itu bagus. Kenapa? Kerana tudung labuh ini cara paling praktikal. Kerana jika hari yang angin kuat, tidak akan mudah terselak. Bukankah wanita itu disuruh melabuhkan tudungnya hingga ke paras dada?Sebenarnya banyak lagi hikmahnya. Kamu akan rasa lebih terjaga"

"Tapi, ada banyak pihak yang mengatakan perempuan bertudung labuh bukan semuanya baik. Ada yang merosakkan imej agama. Korang tak takut dengan tuduhan sedemikian?"

"Itu bergantung kepada hati masing-masing. Saya tidak mengatakan saya sempurna dan baik jika bertudung labuh, tapi bertudung labuh ini membuatkan saya berfikir berkali-kali ganda jika mahu melakukan sesuatu dosa. Kerana saya tahu masyarakat akan menghukum wanita bertudung labuh berkali-kali ganda jika kami melakukan kesalahan. Dan akhirnya, saya berdoa agar Allah sentiasa istiqamahkan niat saya hanya untukNYA"

Dan jawapan itu membuatkan Nia terasa ingin berubah, juga disebabkan beberapa peristiwa yang pernah berlaku dalam hidupnya. Dan untuk itu dia kuat diuji. Mungkin kerana Allah ingin melihat bukti keikhlasan Nia. Maka dari saat itu Nia katakan pada diri,"Baiklah aku tidak akan goyah dengan kata-kata manusia". Maka selepas itu, apapun yag dikatakan dia hanya senyum. Pernah sewaktu mewakili universiti dalam pertandingan bahas bahasa Inggeris, seorang peserta bertanya berulang kali sama ada benarkah dia pendebat Bahasa Inggeris. dan dia hanya mampu tersenyum lagi.

"kamu akan lebih terjaga"

 dan Nia sudah lihat banyak bukti kata-kata ini. Waktu dalam pertandingan bahas yang sama, sudah semacam kebiasaan, setiap pendebat dari kedua-dua kumpulan akan bersalaman antara satu sama lain. Pada pertandingan itu, Nia merupakan salah seorang pendebat yang bertanding. Seusai pertandingan selesai, hatinya gusar kerana dia tidak tahu begitu adat pertandingan ini. Namun dia teguh dengan pendirian, tidak akan bersalam walau apa pun terjadi. Dan Alhamdulillah, lelaki dari kumpulan lain yang menyuakan tangan kepada peserta wanita lain hanya menundukkan kepala saat melihat Nia. Nia juga menundukkan kepala tanda hormat. Syukur :)

Apapun, kehidupan ini satu ujian, maka perlu diingat objektif pada awalnya. Kerana saat sebelum bermula sudah  dipasakkan dalam diri, dia sudah sedia menerima segala implikasinya, Menjadi orang yang asing pada pandangan orang lain, Nia terima itu. Kerana dia juga pernah melihat mereka dengan pertanyaan dalam diri. Jika dulu dia menganggap tudung labuh itu hanya untuk mereka yang bersekolah agama, kini dia merasakan tudung labuh itu hak setiap wanita. Kerana kawan baiknya yang bukan dari sekolah agama juga telah berubah walaupun bukan pada masa yang sama. Dan rakannya ini juga banyak menguatkan dia.' Biarlah jika kamu mahu mengatakan aku asing, aku terima itu.' itu yang dibisikkan dalam hati saat diuji.

Dan kepekatan malam terus berlalu. Saat ditarbiyah dengan kesakitan, Nia rindukan teman-teman yang dahulunya tak pernah jemu mengajaknya mengikuti program2 kerohanian, membantunya menjawab segala permasalahan. Kerana sifatnya yang suka memendam segala ketidakpuasan, kadang-kadang dia merasakan sakit yang amat sangat dalam hati. Sakit kerana diuji, lebih sakit kerana takut tak tahan diuji. Hakikatnya, Nia hanya mampu berdoa agar Allah tidak menarik nikmat hidayahNYA hingga saat dia meninggal dunia nanti.Dia mahu saat dia dijemput Tuhan kelak, saat tangannya berdakap kaku, dia dijemput dalam keadaan iman yang utuh pada Maha Pencipta. Kehidupan ini hanya sementara, Nia akur itu. Dia juga akur yang dia masih belum banyak amal untuk dibawa. Oleh itu dia harus kuat, kuat untuk bersabar dan terus berjuang.

Tiba-tiba Nia melihat ada kerlipan bintang di langit, cantik sekali. Lantas Nia mula memahami, hari ini, dan hari semalam, saat kesakitan menerpa, dia tahu Allah ingin dia memahami peringatan tentang kematian. Kerana kesakitan itu peringatan terbaik kematian, manusia bila sihat jarang mahu mengingati mati, sibuk dengan urusan dunia yang bertimbun.

Lalu Nia menangis kesyukuran. Dia masih lagi ditarbiyah, bukti Allah masih sayang kepadanya.



Saturday, April 21, 2012

hidup sementara

Assalamualaikum
baru tengok video lagu patah seribu- saja malam2 layan lagu jiwang
dan aku terkejut!

oh rupanya lelaki tu meninggal dunia, ingatkan dia curang ke apa nak patah seribu hati tu, apa pun aku kurang bersetuju dengan beberapa adegan dalam video ni, hanya part dia suapkan mak lelaki tu, yg aku suka kerana bagi aku, berbakti pada ibu tu satu kebahagiaan.

teringat kisah dulu2 waktu aku menetap di sungai buloh, waktu tu jaman ekonomi meleset, mak aku menjual kuih. tugas aku dan kakak aku pula menghantar kuih dengan menaiki basikal. waktu tu keadaan di sungai buloh taklah semaju sekarang. ada pun satu ja pasar raya hong keong kot namanya, aku dah lupa, tapi kenangan naik basikal dengan kakak aku tak mungkin aku lupakan. bila balik ke kedah pun mak aku masih menjual kuih dan selalu lepas subuh, pagi2 yg gelap tu, aku dan mak aku akan pegi bukak gerai kat tepi jalan. ni cerita berbelas tahun dulu. meniaga tepi jalan ni biasala, ramai orang ramai pulak perangainya. maka dari situ aku belajar daripada mak aku, -----> nak jadi peniaga ni bukan senang. yang bestnya, bila kuih siap, aku dan kakak akulah yg akan rasmikan dulu. memang best tiap2 hari makan kuih cara, cok keria, cok badak, lepat pisang, nasik lemak. nikmat kot sarapan macam tu. rindu zaman itu.......~~~

tamat perenggan pendahuluan, sebenarnya malam ini aku nak bercerita mengenai kehidupan dan kematian.

kehidupan ini sebenarnya hanya persinggahan kita, persinggahan kita untuk destinasi seterusnya.
di sini kita diuji,
di sini kita menemui suka,
di sini kita jumpa duka,
di sini kita jumpa juta-juta manusia,
yang mampu memberi kita  segala bentuk rasa
dengan izin Dia


setiap manusia itu akan mengalami kematian, itu satu kenyataan bahkan telah dibuktikan. namun mengapa kita jarang mengambil perhatian? hari-hari yang kita lalui, sejauh mana kita letakkan ia sebagai peluang kita untuk mengumpul sebanyak-banyak bekalan untuk dibawa ke alam barzakh nanti? setiap yg bermula ada pengakhirannya, begitu juga kehidupan ini. setiap nafas kita itu sebenarnya peluang untuk membaiki diri menjadi insan yang lebih baik, maka cuba penuhkan minda dan hati dengan cinta kepada Allah dan Rasul, penuhkan, penuhkan, penuhkan.

sebab dari situ, kita akan menikmati erti cinta sebenarnya.
sebab dari situ kita akan belajar menghargai diri dan orang2 di sekeliling

percayalah, setiap insan yang hadir dalam hidup ini sebenarnya anugerah daripada Allah untuk kita hargai. hargailah seseorang sebelum terlambat. cara terbaik untuk menghargai? dengan doa semestinya. semoga dijaga.

manifestasinya, ingatlah kematian itu semakin hampir. takkan cepat sesaat, takkan lambat sesaat. maka seandainya ini post terakhir aku di dunia ini, aku amat berharap kepergian aku tidak akan meruntuhkan semangat sesiapa kerana salah satu kunci kebahagiaan itu adalah dengan percaya kepada qada' dan qadar. terimalah seadanya segala ketentuan Ilahi.

sekadar mengingatkan jiwa yang mudah lupa, termasuklah jiwa ini, kematian itu semakin hampir, maka teruskan melakukan kebaikan dan mengumpul amalan, insyaAllah.


akhirnya,
siapkanlah dirimu wahai bakal2 pengantin sekalian,
pengantin yang bakal bernikah dengan kematian
http://www.youtube.com/watch?v=LrJ82d0Ph2A






Tuesday, April 17, 2012

occupy

Assalamualaikum
pernah dengar apa itu occupy?
tak payah pegi jauh2, kita tengok di Malaysia sendiri[lupakan dulu Occupy Wall Street], kita ada Occupy Dataran

http://en.wikipedia.org/wiki/Occupy_Dataran, kaji ini dulu.

seriusly, aku teringin nak join, boleh tambah ilmu, boleh tanya banyak benda. tapi keadaan aku yg jauh di utara tidak memungkinkan hasrat ini. hasrat untuk bersama para aktivis dalam Occupy Dataran maksud aku.

jika kita ingin memaknakan occupy tu rasanya di setiap inci, setiap sudut di dunia ni kita boleh lakukan jika mahu.

post ni pendek je, aku cuma nak memperkenalkan apa itu occupy.
---------------------------------------------------------------

aku kadang2 terfikir jugak kenapa tak ada pendedahan meluas kepada generasi muda pasal kebangkitan mahasiswa masa tahun 60 an dulu. setahu aku, pada waktu tu, kesedaran anak2 muda memang bagus, contoh, diorang tahu siapa Che Guevara, dan perjuangannya.btw,  haritu masa jalan2 pegi kedai buku, nak habiskan baucer yg diberi, aku terjumpak buku biografi Che Guevara. kulitnya warna hitam-merah, smart! tapi, aku tak beli pun sebab malas nak beratur, ramai sangat orang waktu, dan sekarang aku menyesal sebab tak beli. dah cuba cari di kedai2 buku lain, tak berjaya. memang boleh je kita search di internet kan, tapi rasanya ada buku lagi best.

apa pun, mengetahui sejarah perjuangan komunis tak bermakna kita menyokong seratus peratus komunis, jangan silap. tak semestinya kita sokong mazhab A, kita tak boleh mengetahui apa mazhab B, C, D. Penilaian itu bagus, supaya kita tak secara membuta tuli menyokong mana2 perjuangan. Aku nyatakan benda ni sebab ada yang beranggapan kalau aku tanya, "komunis tu sebenarnya buat apakah?" kadang2 dijawab " dah kenapa? nak jadi komunis pulak?" tak semestinya kan?

macam kata naqibah aku, tak salah orang Islam kaji Bible.

post ni agak bercampur baur, aku cuma nak sampaikan satu mesej:
jika kebenaran itu ada,
kenapa takut hendak mendedahkan rupanya??

fikir-fikirkanlah-

Saturday, March 31, 2012

dah degil nak buat macam mana?

hari ini aku nak ceritakan pasal Manusia Kelabu dan kedegilannya. pengajaran kisah ni, aku pun tak tahu, mungkin pengajarannya, jangan takut mengatakan kebenaran. kalau korang yg tengah baca nak tambah apa2, komen jelah, tak payah bayar pun hehe.


Hari itu Manusia Kelabu ada photoshoot. Kenapa? terkejut? Manusia Kelabu pun pelajar jugak, sekolah ke, institusi awam ke, institusi swasta ke, perlu dirahsiakan buat sementara( aku saja nak timbulkan unsur saspens di sini)

Susunannya, semua lelaki di barisan hadapan, perempuan dua barisan di belakang. tiba-tiba

"saya nak ada 3 orang perempuan di hadapan jugak, baru saya dapat titik pertengahan" kata jurugambar yang berwajah keras itu.
"saya nak 2 yang tidak bertudung, seorang bertudung, sekarang!" 
arahannya membuatkan Manusia Kelabu berasa agak gusar, dia tidak mahu ke hadapan, tetapi rakan-rakan semuanya memanggil Manusia Kelabu agar ke hadapan. Maka dengan hati yang rela-terpaksa, Manusia Kelabu ke hadapan, diapit dua orang perempuan di sebelah kiri dan kanan.dan tiba-tiba juga
"saya nak 2 orang yang tidak bertudung itu ke belakang, biarkan seorang perempuan bertudung dan semua lelaki di hadapan"
apakah?????? ini harus dibahaskan! Manusia Kelabu pun lantas bangun dan memulakan provokasi. maka ini perbahasan Manusia Kelabu dan jurugambar itu.
MK: Kenapa pulak saya je kena duduk dekat depan, saya seorang je perempuan macam tu.

Jurugambar: Dah nak cari titik tengah, kenapa pulak tak boleh?

MK:  Saya tak nak duduk rapat diapit 2 lelaki (entah dari mana kekuatan itu datang, di hadapan semua rakan kelas, MK menunjukkan kedegilannya)
Jurugambar: Kamu nak buat macam tu boleh, tak ada perempuan boleh, tapi tak cantikla gambar tu, nanti...
.
MK: Biarlah tak cantik pun, kenapanya?

Jurugambar: Tak boleh, tak ada titik tengah dan beberapa frasa yang tidak diberi perhatian oleh Manusia Kelabu kerana dia terus beredar ke barisan belakang sekali.

Manusia Kelabu: Teruskan je lah, kenapanya kalau lelaki semua kat depan? (diulang 2 kali)

Jurugambar: Kak long, tak boleh, kami ni jurugambar, kalau tak ada perempuan, kami tak boleh cari titik tengah...dan banyak lagi hujahnya sehinggalah seorang rakan kelas Manusia Kelabu pergi ke hadapan.

dalam hati, Manusia Kelabu menangis dengan kuat(ini dalam hati, bukan depan ramai orang, kalau tak dah drama jadinya haha), dia bukan mahu menyusahkan orang, bukan, bukan itu yang dia mahu, dia bukan mahu menunjukkan sikap degil atau kebudak-budakan, dia bukan mahu menunjukkan dia seorang yang sangat mementingkan diri, tapi dia hanya mempertahankan sesuatu yang dia yakin dan percaya.

harga sebuah rasa malu.
hanya itu yang dipertahankan dan untuk itu dia dimarahi di hadapan ramai orang, tak mengapalah, air mata bukanlah begitu mahal, prinsip lebih utama.

*kalau aku kawan Manusia Kelabu ni, apa yang aku akan cakap, menangis tu bagus, kalau asyik ketawa je hidup ni jadi tak interesting, kan?*