Saat Cik Monalisa sibuk mencanangkan kisah cinta yang masih samar-samar lukisannya- cerita bakal putera idaman, mencari pemilik tulang rusuk dan segala yang berkaitan dengan jodoh memenuhi pemikiran hingga lembik lesu jadinya
Encik Ali sibuk mendedahkan bukti konspirasi Freemason dan
Illuminati yang ditemuinya- itu Freemason, ini Illuminati, semuanya salah
konspirasi ini. [hingga anak gadisnya yang gemar keluar malam dan anak lelaki
kecilnya yang menonton kartun dikatakan juga tersampuk agenda Freemason dan Illuminati]
Abang Din pula baru sahaja selesai menonton cerita penderaan
suami terhadap isteri di kaca televisyen. Cerita keganasan terlampau, hingga
yang menonton jadi trauma seketika untuk
berbicara tentang alam rumahtangga.
Manakan tidak, ceritanya bengis persis
askar Zionis [kenapa tidak saja ditunjukkan dokumentari keganasan Zionis, boleh
juga disalurkan doa sepotong dua]. Esoknya
pula cerita hantu/bomoh/seram terlampau, hingga emosi Abang Din kacau jadinya. Lusanya mata
di’cuci’ rancangan hiburan penyumbang
gejala hedonisme, lagi dan lagi.
Benar, obses Abang Din terhadap Si Empat Segi ( televisyen) sudah mencapai tahap kritikal.
Saat itu juga :
jahiliyyah sedang meluaskan teritorinya.
Saat itu juga :
jahiliyyah sedang meluaskan teritorinya.
Lalu Puan Zaloria membuka bicara:
# Cik Mona yang cantik jelita, cukuplah melembikkan pemikiran dengan angan-angan sebegitu. Mulakan agenda mendidik diri, lebihkan usaha menjadi daripada mencari. Persiapkan diri, mental, emosi dan paling penting rohani. Banyak benda penting lagi perkasa harus dikaji daripada menumpukan kepada kasus cinta semata-mata.
#Encik Ali yang segak bergaya, jahiliyyah itu bukan semata-mata Freemason dan Illuminati, bahkan lebih luas konsepnya dari itu. Mengkaji biar ada pengajaran dihayati. Membuka jangan sampai jadi paranoid minda jadinya
# Abang Din pemuda zaman globalisasi, si Empat Segi itu hanya sebuah alat. Jangan beri ia sebegitu banyak kuasa hingga kita yang punya tanggungjawab besar dimayatkannya.
-Cik Mona, Encik Ali, Abang Din, Puan Zaloria hanyalah nama rekaan, tidaklah merujuk kepada mana-mana individu secara spesifik. Hanya terfikirkan ini apabila membaca baris di bawah:
Mengetahui
perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang
betul.# Cik Mona yang cantik jelita, cukuplah melembikkan pemikiran dengan angan-angan sebegitu. Mulakan agenda mendidik diri, lebihkan usaha menjadi daripada mencari. Persiapkan diri, mental, emosi dan paling penting rohani. Banyak benda penting lagi perkasa harus dikaji daripada menumpukan kepada kasus cinta semata-mata.
#Encik Ali yang segak bergaya, jahiliyyah itu bukan semata-mata Freemason dan Illuminati, bahkan lebih luas konsepnya dari itu. Mengkaji biar ada pengajaran dihayati. Membuka jangan sampai jadi paranoid minda jadinya
# Abang Din pemuda zaman globalisasi, si Empat Segi itu hanya sebuah alat. Jangan beri ia sebegitu banyak kuasa hingga kita yang punya tanggungjawab besar dimayatkannya.
-Cik Mona, Encik Ali, Abang Din, Puan Zaloria hanyalah nama rekaan, tidaklah merujuk kepada mana-mana individu secara spesifik. Hanya terfikirkan ini apabila membaca baris di bawah:
No comments:
Post a Comment