Wednesday, September 25, 2013

Fikirkan Kuat Rupanya Tidak

aku fikirkan dalam banyak-banyak hari yang aku sudah lalui, hari yang paling aku takuti adalah hari di mana adik dalam icu, ibu berkemungkinan dibedah dan nenek meninggal dunia pada hari yang sama.


tapi rupanya tidak.


kerana hari yang paling aku takuti ialah apabila aku mula terfikir untuk tidur, buat selama-lamanya....


Moga hari itu tak kembali lagi.
Tuhan ampunkanlah aku.....

Sunday, September 22, 2013

Tafsiran

"pandangan aku mungkin berbeza tetapi itu bukanlah petanda aku membenci perjuanganmu apatah lagi dirimu"

dua malam ini aku berdiskusi dengan sahabat2 tentang pandangan mereka tentang jemaah. lalu aku teringatkan suatu ketika dulu, aku pernah disalahanggap kerana cara pemikiranku tentang jemaah yang mungkin agak...entahla. sampai hari ini aku rasa bersalah, bukan kerana menyatakan pandangan sedemikian, aku rasa bersalah kerana mungkin cara penyampaianku masih belum cukup berhikmah hingga difikirkan aku meremehkan perjuangan mereka.  Allah...

yang aku nyatakan, seharusnya apa2 jua yang kita gerakkan, biarlah menjadi perangsang untuk manusia-manusia sekeliling kita untuk berani berfikir, merancakkan perkongsian pendapat dan pandangan tentang sesuatu yang berat dan oleh itu bahan yang kita jadikan silibus juga haruslah dikaji semula.

Maksudku, penafsiran terhadap Islam yang harus diubah, bukan Islam itu sendiri kerana kadang-kadang manusia begitu mudah kerangkakan sesuatu itu atas nama Islam dan akhirnya itu hanya menempek fitnah pada jalan yang syumul ini. 

Jika kita memasukkan seseorang ke dalam kotak dan menutup kotak tersebut, maka dari mana udara segar dapat kita hirup ? dan lebih menyedihkan jika kamu memaksa orang lain untuk ikut masuk ke dalam kotak itu. 

tanya aku: kenapa perlu pilih A atau B? kenapa tidak kita berada di tengah dan cuba memahami kelebihan A dan kelebihan B?

jawab mereka: dalam hidup ni kamu takboleh di tengah-tengah, ibarat syurga dan neraka, bolehkah kamu pilih kamu di tengah-tengahnya?

aku mungkin salah, tafsiran-tafsiran aku tentang Islam mungkin masih tumpul tapi yang aku pasti, ketaasuban harus segera nyah dari pemikiran saudara-saudaraku!





p/s: walaupun seminggu ini aku sudah semacam zombi kerana hanya tidur 2 jam sehari, mujurlah ada diskusi sebegini yang mampu menaikkan semangat untuk terus mengkaji....


Monday, September 16, 2013

Catatan Hujung Ahmad Lutfi

Ahmad Lutfi Othman adalah seorang penulis. Dalam koleksi aku ada 3 buku tulisannya, Detik Utopia, Catatan Hujung 1, Catatan Hujung 2.

Kupasannya menarik, bahasanya berani, cubalah baca dan kaji.


Semangat Yang Hilang

assalamualaikum, sekarang di kampung wai, pukul 2 pagi lebih, dan mata masih tidak menunjukkan tanda2 untuk berehat sejak pulang ke perlis.

ada dua kesukaran yang aku hadapi sampailah saat ini, tidur dan makan.

hendak tidur aku terfikirkan bagaimana adik yang tidurnya asyik terganggu sejak kejadian itu. hendak makan aku terfikirkan keadaan adik yang sudah 3 minggu tidak menjamah nasi, hanya minum air.

saat ini semangat melayang entah ke mana
mujurlah, entah apa yang masih membuatkan aku bertahan di depan kawan-kawan

tolonglah Tuhan,
menangkanlah aku dalam peperangan ini....

Friday, September 13, 2013

Tarbiyah Allah

assalamualaikum.

beberapa minggu di hospital sebagai penjaga memberikan pelbagai pengalaman dan pengajaran buat aku. hospital: satu tempat yang penuh dengan suka dan duka.

untuk setiap kesulitan, Allah sertakan dengan kemudahan, alhamdulillah. saat-saat sukar itu takkan mampu aku lalui tanpa Dia.

sambil menunggu di depan dewan bedah, beberapa orang bayi yang baru dilahirkan dibawa keluar oleh jururawat untuk ditunjukkan kepada kepada bapa si bayi dan ahli keluarga yang lain. Perasaan takut dan risau yang menggunung dalam hati aku ditenangkan seketika apabila melihat riak wajah si bapa dan ahli keluarga yang lain apabila melihat bayi-bayi itu. semuanya gembira dan teruja.

dan bilik solat juga mengajar aku beberapa perkara.ada yang menangis dalam solatnya, ada yang berwajah muram tetapi masih mampu tersenyum apabila aku senyum padanya. beberapa kerat dialog yang aku dengar cukup menginsafkan jiwa

"anak perempuan saya nak kena operate malam ni, doktor cakap kena potong kaki. dia baru 14 tahun."
"sabar ye kak, anak lelaki saya pun kena potong kaki. umur dah 30 dia tu, tapi tak kawen lagi"
"entahla, suami saya dah kritikal. semua organ penting tak berfungsi..."


dalam wad juga tak kurang hebat tarbiyahnya. ahli keluarga pesakit yang lain yang aku temui sangat baik dan peramah. banyak yang aku belajar dari mereka. alhamdulillah

moga adik cepat sembuh, pinjaman Allah pada aku ini seorang yang kuat semangat dan tabah! Moga Allah terus membantunya. fighting bro!!!!!

dan dari semua ini, haruslah diingat, semua milik Allah dan manusia tidak boleh berputus asa kerana pertolonganNya sentiasa ada.




p/s: ahad ni baru balik u. moga ujian ini membuatkan aku lebih matang untuk meneruskan perjuangan insyaAllah.