Tuesday, February 12, 2013

Selamat Tinggal Sahabat


Aku ingat lagi malam waktu aku dan sorang lagi kawan baik hantar dia,

kami bersembang macam cuti bertahun-tahun takkan jumpa dah padahal sebulan je cuti

sampai nak kat depan pintu bas pun susah untuk kami ucapkan selamat tinggal

sampai pak cik tu cakap "ha, dah dah la sembang, pakcik nak jalan dah ni, tunggu kamu je"

dan waktu ucapkan selamat tinggal, aku rasa sangat berat hati. Dalam hati tiba2 aku dapat satu instinct "kami mungkin tak jumpa lagi"


I'm not good in saying goodbye, seriously, dan aku sedar kelemahan ni sejak aku form 5, waktu tu kawan baik aku, seorang gadis yang kuat dan tabah tiba2 menghilangkan diri dari sekolah dan perkara tu memberi kesan yang mendalam pada aku.

Maybe because she is a good friend of mine, so it affects me a lot.

Padahal manusia akan meninggalkan manusia lain, padahal tiap2 hari ada orang meninggal dunia. Padahal aku tahu kematian itu pasti dan perpisahan adalah satu lumrah dalam kehidupan.

Untuk kali ini, aku janji, aku akan lebih kuat menghadapi perpisahan ini.

Semoga dia bahagia meneruskan pengajian di sana.

Akhirnya, perkara ini sedarkan aku satu perkara, hargai setiap pertemuan yg kita ada kerana mungkin itulah pertemuan terakhir...