Saturday, March 31, 2012

dah degil nak buat macam mana?

hari ini aku nak ceritakan pasal Manusia Kelabu dan kedegilannya. pengajaran kisah ni, aku pun tak tahu, mungkin pengajarannya, jangan takut mengatakan kebenaran. kalau korang yg tengah baca nak tambah apa2, komen jelah, tak payah bayar pun hehe.


Hari itu Manusia Kelabu ada photoshoot. Kenapa? terkejut? Manusia Kelabu pun pelajar jugak, sekolah ke, institusi awam ke, institusi swasta ke, perlu dirahsiakan buat sementara( aku saja nak timbulkan unsur saspens di sini)

Susunannya, semua lelaki di barisan hadapan, perempuan dua barisan di belakang. tiba-tiba

"saya nak ada 3 orang perempuan di hadapan jugak, baru saya dapat titik pertengahan" kata jurugambar yang berwajah keras itu.
"saya nak 2 yang tidak bertudung, seorang bertudung, sekarang!" 
arahannya membuatkan Manusia Kelabu berasa agak gusar, dia tidak mahu ke hadapan, tetapi rakan-rakan semuanya memanggil Manusia Kelabu agar ke hadapan. Maka dengan hati yang rela-terpaksa, Manusia Kelabu ke hadapan, diapit dua orang perempuan di sebelah kiri dan kanan.dan tiba-tiba juga
"saya nak 2 orang yang tidak bertudung itu ke belakang, biarkan seorang perempuan bertudung dan semua lelaki di hadapan"
apakah?????? ini harus dibahaskan! Manusia Kelabu pun lantas bangun dan memulakan provokasi. maka ini perbahasan Manusia Kelabu dan jurugambar itu.
MK: Kenapa pulak saya je kena duduk dekat depan, saya seorang je perempuan macam tu.

Jurugambar: Dah nak cari titik tengah, kenapa pulak tak boleh?

MK:  Saya tak nak duduk rapat diapit 2 lelaki (entah dari mana kekuatan itu datang, di hadapan semua rakan kelas, MK menunjukkan kedegilannya)
Jurugambar: Kamu nak buat macam tu boleh, tak ada perempuan boleh, tapi tak cantikla gambar tu, nanti...
.
MK: Biarlah tak cantik pun, kenapanya?

Jurugambar: Tak boleh, tak ada titik tengah dan beberapa frasa yang tidak diberi perhatian oleh Manusia Kelabu kerana dia terus beredar ke barisan belakang sekali.

Manusia Kelabu: Teruskan je lah, kenapanya kalau lelaki semua kat depan? (diulang 2 kali)

Jurugambar: Kak long, tak boleh, kami ni jurugambar, kalau tak ada perempuan, kami tak boleh cari titik tengah...dan banyak lagi hujahnya sehinggalah seorang rakan kelas Manusia Kelabu pergi ke hadapan.

dalam hati, Manusia Kelabu menangis dengan kuat(ini dalam hati, bukan depan ramai orang, kalau tak dah drama jadinya haha), dia bukan mahu menyusahkan orang, bukan, bukan itu yang dia mahu, dia bukan mahu menunjukkan sikap degil atau kebudak-budakan, dia bukan mahu menunjukkan dia seorang yang sangat mementingkan diri, tapi dia hanya mempertahankan sesuatu yang dia yakin dan percaya.

harga sebuah rasa malu.
hanya itu yang dipertahankan dan untuk itu dia dimarahi di hadapan ramai orang, tak mengapalah, air mata bukanlah begitu mahal, prinsip lebih utama.

*kalau aku kawan Manusia Kelabu ni, apa yang aku akan cakap, menangis tu bagus, kalau asyik ketawa je hidup ni jadi tak interesting, kan?*

Saturday, March 24, 2012

cinta itu apa sebenarnya?

tajuk ni memang agak klise, semua orang ada tafsiran sendiri tentang cinta. maka untuk post ini aku cuba definisikan makna cinta pada pandangan aku.

kita semua tahu tingkatan cinta itu, yg pertama pada Allah, kedua pada Rasulullah dan ketiga pada ibu, bapa, sahabat dan seterusnya. maka sejauh mana kita dah implemetasikan usaha kita untuk membuktikan kita benar2 cinta? hanya keimanan mampu menjawabnya.

hakikat manusia memerlukan seseorang sebagai pelengkap hidup, dan ini juga tergolong dalam jenis cinta juga, cinta yang halal kata orang ialah cinta selepas akad nikah. adakah ini maknanya tak ada cinta sebelum nikah? oh tidak! hakikatnya pada aku, ada cinta sebelum nikah ini, tapi bukan cinta yang melalaikan pastinya kerana apa2 bentuk kelalaian pada aku tak patut disandarkan pada perkataan cinta yang suci. Cinta sebelum nikah lebih kepada persediaan diri, usaha bersungguh-sungguh untuk masa depan, istiqamah dalam berdoa kepada Allah, berusaha juga membaiki diri menjadi soleh/solehah bagi pasangan masing2.

kerana itu aku belum pernah bercinta, (walaupun hakikatnya bila kawan2 aku ada masalah cinta maka aku akan dijadikan tempat rujukan). mungkin kerana aku belum pernah bercinta maka hujah2 aku lebih kepada penggunaan logik akal. Pengalaman aku melihat ada antara mereka yang bercinta kadang2 agak emosi dalam membuat keputusan. Maka dari situ aku amat bersyukur kerana masih belum mempunyai pengalaman kerana aku mahu mempunyai pengalaman pertama itu apabila aku benar2 sudah matang agar aku tak akan melukakan hati sesiapa dengan sikap kebudak-budakan aku, mungkin aku akan menjadi fitnah atau asbab yang akan melalaikan seorang pejuang agama, nauzubillah. Maka aku mahu benar2 bersedia agar itu akan menjadi pengalaman pertama dan terakhir aku insyaAllah. Lantaran itu, aku tak pernah berkecil hati atau merasa rendah diri jika rakan2 aku kebanyakannya dah berpunya. Dan untuk itu juga aku amat bersyukur kerana aku bukanlah dikategorikan sebagai perempuan yang cantik rupa parasnya, aku tahu Allah ingin menjaga aku, maka untuk itu aku juga amat bersyukur. Hanya yang aku ada dan cuba usahakan agar istiqamah, usaha ke arah membaiki kelemahan dan kekurangan diri, agar aku bersedia untuk mencintai seseorang, dengan erti cinta sebenarnya, mencintai seseorang yang akan menjadi imam aku satu hari nanti, bila diri ini benar2 ditarbiyah oleh Allah, insyaAllah.

maka konklusinya, menjawab soalan tajuk post ini,

cinta itu adalah hidup, kerana tanpa cinta tiadalah hidup
cinta yang aku maksudkan ini ialah cinta pada Allah pastinya
biarlah cinta manusia mungkin tak mampu dimiliki,
jangan digadaikan cinta pada Allah dan Rasul

:)

Monday, March 19, 2012

benda yang kita selalu buat lama-lama jadi hobi

ramai orang maka banyaklah hobi

jujurnya, aku memang dah lama tak update, tapi memandangkan aku dan kawan2 aku yang lain kena buat blog titas, maka tiba-tiba aku rasa rindu pulak kat blog ni.

berbalik pada topik, hobi itu bagi aku bukan sesuatu yang tetap, maksudnya, ia boleh berubah-ubah mengikut masa dan keadaan, dan semuanya bergantung kepada minat. Orang cakap, hobi itu menentukan personaliti seseorang, tapi pada aku, itu satu pengkhususan yang sangat awam. Ya, setiap orang ada hobi walaupun dia cakap dia tak ada hobi, sebab hobi tu benda yang kita minat dan kita buat berulang kali(bila ada masa dan keupayaan), maka tujuan aku menaip pasal benda ni, adalah untuk mengingatkan, kalau ada hobi, biarlah hobi itu sesuatu yang menjadikan kita hamba, khalifah dan daie yang semakin baik di muka bumi Allah. maknanya melalui hobi itu kita mampu mengubah kekurangan diri dan menjadikan kita lebih baik.

hobi aku sejak dulu sampai sekarang, adalah debat. kenapa? sebab aku suka bertanya dan debat adalah platform aku meluahkan pertanyaan2 itu. tapi sekarang disebabkan kekangan waktu dan hal peribadi, aku terpaksa memperlahankan aktiviti debat aku.Kalau ditanya debat bm atau bi, jujur aku akan jawab debat bm, sebab ya, salah satunya debat bi ni memerlukan kelancaran berbahasa Inggeris yang sangat tinggi, aku belum mencapai tahap itu lagi, jadi keupayaan untuk memberi hujah kadang2 tersekat disebabkan kelemahan itu, tetapi aku akan cuba atasi, insyaAllah.

akhir kalam, sekali lagi aku ingatkan, walau apa jua hobi yang korang ada, pasakkanlah niat, lakukan itu untuk membaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Friday, March 16, 2012

sahabat tajuknya

dialog1:"aku tak layak kawan ngan kau, kau pandai kau cantik kau kaya, kau bla2"
dialog2:"ish, kau tak layak kawan dengan aku, aku kaya, cantik pandai bla2"

dialog1 dan dialog2 menunjukkan salahfaham makna sahabat. maka di sini aku cuba definisikan persahabatan pada pandangan aku, mungkin pandangan kita sama.

Persahabatan itu tidak memerlukan sebarang segregasi, contohnya perbezaan kekayaan, par...as rupa, kepandaian, mahupun paksaan untuk mengikuti cara atau style masing-masing. Beri penegasan kepada perkataan 'paksaan'. Anda hanya boleh mengajak, bukan memaksa dan ini sama konsepnya dengan berdakwah. Perasaan terlalu merendah diri juga bukan elemen yang sihat.

Persahabatan juga tidak memerlukan seorang ditaktor dan seorang penurut semata-mata, kerana dari situ makna perkataan persahabatan itu sendiri akan dicemari oleh ketidakpuasan hati yang dipendam dan menjadi bara api yang mungkin bertukar menjadi dendam mahupun umpatan di sebelah pihak.

Kerana lumrah manusia ingin pendapatnya dimenangi sekali sekala, maka raikanlah pandangan masing2 selagi tidak tersasar dari landasan syarak.

-Yang diperlukan, seorang pengkritik jujur dan telus (pengkritik bukan pematah semangat)
-Yang diperlukan seorang yang sentiasa mengatakan "kau boleh" untuk perkara2 kebaikan yang mendekatkan diri pada Allah
-Yang diperlukan seorang yang sanggup menerima kekurangan (walaupun bukan satu kekurangan yang perlu diterima) dan sanggup pula dengan penuh sabar mengubah kekurangan itu agar sahabatnya dan dirinya juga menjadi lebih baik di sisi Allah
-Yang diperlukan seorang yang sentiasa tahu harga diri seseorang itu paling utama, maka jangan sekali direndahkan kemampuan dan keupayaan
-Dan ini pada aku elemen paling penting, yang diperlukan sahabat yang sentiasa mendoakan sahabatnya, jalinan doa itu yang akan menguatkan persahabatan, insyaAllah

Maka jika belum ditemui, cubalah jadi sepertinya
dirimu tidak akan menyesal kerana telahpun sekurang-kurangnya mencuba

#aku yang belum mencapai piawaian sahabat yang baik masih mahu dan sedang mencuba, insyaAllah..