Friday, May 31, 2013

Aku Mintak Maaf

Assalamualaikum

minggu lepas adalah minggu yang benar-benar mencatat sejarah. Mungkin kalian yang baca ni akan rasa aku pelik atau apa sahajalah,  terpulanglah.  Salahkan sifat ingin tahu aku yang mendesak aku untuk membuat perkara ini

sebenarnya benda ni aku dah fikir lama, dah lama aku ada persoalan ini. Ada ahli keluarga aku yang terdekat juga memakainya membuatkan aku terfikir, “apa perasaannya kalau pakai?”, tapi aku tak berani nak tanya orang, macam biasa apa2 yang aku tak berani nak tanya, aku pendam dan kaji dulu. Masuk universiti, kawan baik aku juga pakai benda ni. Aku selalu berbual dengan dia tapi tentang persoalan ini aku tak berani nak tanyakan pada dia, takut menyinggung perasaan.

Lalu aku buat kajian sendiri, melalui internet, melalui buku2 juga melalui sesi terjah menerjah(walaupun sesi terjah menerjah tapi ianya masih dalam keadaan terkawal dan dilakukan dengan penuh sopan hahaha) dengan mereka yang lain yang memakainya. Sifat ingin tahu tentang kenapa mereka memakainya ialah kerana timbulnya perasaan tenang melihat mereka. Dulu aku fikirkan ianya hanya untuk perempuan cantik, dan aku rasa aku tak cantik pun, so aku tak pernah lah ambik berat sangat tentang pemakaian ini, tapi bila aku baca satu artikel yang mengatakan tujuan lain memakainya, aku jadi tertarik. Antaranya ialah untuk mendekatkan diri pada Allah dan juga melindungi wanita itu sendiri.

 Boleh dikatakan 100% yang aku tanya jawab, mereka memperoleh ketenangan di sebalik secebis kain itu dan keajaibannya apabila ianya memotivasikan mereka lagi untuk lebih mendekatkan diri pada Allah. Lagilah aku meronta-ronta nak cuba.Setiap kali lihat mereka yang pakai, aku sering terfikir, bilalah turn aku pulak, bila?? Sering juga aku menyalahkan diri kerana sampai saat itu masih belum berjaya kumpul kekuatan.
Aku rasa nak saja cuba lalu aku beli satu, sorok-sorok sebab aku tak minta izin mak abah lagi, hanya nak cuba. Aku takut jugak nak luahkan hasrat ni tapi dalam masa yang sama sifat ingin tahu aku tentang perasaan memakainya di khalayak ramai mendesak aku membuat istikharah sama ada aku harus memberitahu mak atau tidak.

Lalu setelah aku temui kekuatan, aku katakan pada mak tentang perkara ini, dan alhamdullilah mak aku sememangnya sangat positif dan bahkan menggalakkan aku lagi jika aku benar2 ingin istiqamah dalam memakainya.

Lalu, satu hari, aku pakai untuk kali pertama di khalayak ramai. Bila nampak bayang-bayang aku di atas jalan,  aku bagaikan tak percaya aku sedang melakukannya. Sejujurnya, hari itu adalah hari yang paling menenangkan dalam hidup aku. Sememangnya ia membawa sejuta keajaiban, ketenangan yang tak pernah aku rasakan di mana-mana pun. Banyak kali jugak , di sebalik kain itu aku menangis kerana rasa gembira dengan ketenangan yang aku peroleh.

 Hanya waktu aku memakainya sahaja aku merasakan perasaan itu, sebuah nikmat ketenangan yang sememangnya mendamaikan. Ada sahabat aku yang terlihat memberikan sokongan kuat pada aku supaya aku istiqamah dan teruskan. Harapan yang mereka berikan pada aku buat aku rasa benar-benar bersalah bila sekarang aku tidak meneruskan.

Entahlah perasaan aku bercampur baur. Perasaan keliru, takut dan kecewa dengan diri sendiri yang masih tak mampu melakukannya bergolak hebat dalam jiwa. Dan dalam masa yang sama juga aku berperang hebat dalam proses mengukuhkan niat dan tujuan pemakaiannya. Hakikatnya, aku masih mengumpul kekuatan lagi.

 Aku harap kalian maafkanlah aku kerana aku tahu aku telah mengecewakan kalian yang berusaha memotivasikan aku waktu kalian lihat aku memakainya. Tapi aku harap kalian juga faham aku masih dalam proses mencuba. Dan pengalaman seharian memakainya itu takkan aku lupakan sampai bila2. Kerana kesannya aku masih rasakan sampai hari ini.

Orang yang paling aku rasa bersalah ialah mak aku sebab mak akulah yang paling banyak menyokong dan memberi semangat agar aku teruskan hasrat ni. Lalu saat aku tak mampu, aku telefon mak dan aku katakan aku mohon ampun dan maaf, tapi mak aku cakap tak apa, ambil masa lagi untuk bina kekuatan. Mak aku memang sangat memahami.

Sekali lagi, aku mohon ampun, aku mohon maaf sahabat semuanya. Aku benar2 rasa bersalah pada kalian dan aku rasa aku telah mengecewakan harapan yang kalian berikan. Apa pun, aku mohon kalian teruslah doakan aku dalam perjalanan mendekatkan diri pada Tuhan ini.


Dan aku mohon doakanlah, semoga suatu hari nanti, aku akan memakainya sampailah aku mati…(I really wish that day will come, insyaAllah)


Friday, May 24, 2013

Saya Nak Beli Ubat Yakin

sambil dengar lagu Linkin Park -Skin to Bone yang mana aku rasa lagu ni unik dan terselit mesej kematian, (ya, memang ada verse yang dia petik daripada Bible, tapi tu pegangan depa), aku teringat petikan perbualan dengan sorang akak nih.

"saya bukan tak nak terima, saya takut. saya takut kalau satu hari nanti saya gagal mempengaruhi, tapi saya pulak yang dipengaruhi. apa yang saya nak jawab di hadapan Tuhan kelak? "

"akak percaya pada Wan Anis Yasmin"

aku pun tak tahu nak jawab apa dah lepas akak tu smash aku dengan ayat ringkas tapi padat tu.

aku hargai betapa dia banyak bagi aku nasihat dan keyakinan pada aku (dengan izin Allah). masalahnya, aku yang tak percaya lagi pada diri aku.

macam mana nak yakin pada diri sendiri? aku tengah carik jawapan untuk soalan ni...


Monday, May 20, 2013

When You Can See but You Can't Say

if only you know how much it hurts
to see you in trouble
and I can't do anything to help
and the worst is to pretend
that I don't know

but deep inside
I'll always pray that you'll be strong
and everything gonna be ease for you
and that you'll be the winner in this battle
and that you'll be strong till the time of victory comes (insyaAllah)

Sorry, but
please stay strong !!!


p/s: aku memang bukan kawan yang baik T.T


Saturday, May 18, 2013

Drama Amerika Sarekat dan PBB


Assalamualaikum, sekarang pukul 12.07 a.m.

Sebelum melelapkan mata, mari kita fikirkan jawapan bagi beberapa persoalan...

Kita semua tahu, sekiranya berlaku konflik antara negara2 besar mahupun kecil di dunia ini, maka PBB akan dikatakan sebagai penyelamat ke arah mendaulatkan keamanan.

Dalam mukadimah Piagam PBB telah pun dinyatakan:

“Kami rakyat Persatuan Bangsa-bangsa memutuskan untuk menegaskan kembali keyakinan kami terhadap hak-hak asasi manusia, terhadap martabat dan kelayakan pribadi-pribadi manusia, terhadap hak-hak persamaan antara kaum wanita dan lelaki dan antara bangsa-bangsa, besar atau kecil. Dan juga mengingat akan pengakuan terhadap martabat yang padu dan hak-hak persamaan yang tidak dapat diganggu gugat dari seluruh anggota keluarga umat manusia adalah dasar kebebasan, keadilan dan perdamaian dunia…”

kegiatan PBB pula terangkum kepada 7 perkara iaitu (aku cari kat wiki):

1.Persidangan antarabangsa
2.Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
3.Kawalan dan pelucutan senjata
4.Penjagaan keamanan
5.Hak asasi manusia
6.Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
7.Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.

(harus diingat untuk melaksanakan 7 perkara di atas menelan berjuta-juta wang juga)

dan pada abad ke-20 ini juga kita lihat konflik di Kashmir, konflik etnik di Bosnia-Herzegovina, krisis Selat Taiwan, Perang Vietnam, konflik di Rohingya, Perang Iran-Iraq, pertikaian wilayah Kurile, konflik dan pemisahan Korea, konflik politik di Selatan Thailand, konflik di Ambon, perang Amerika-Iraq dan juga di Syria juga di Gaza.

dan hari ini,
yang kaya tetap kaya, bahkan semakin kaya
yang miskin tetap miskin, bahkan semakin miskin

jadi melihat kepada sejarah sepanjang abad ke-20 ini (ini mungkin agak keras dan tidak dipersetujui), tapi aku fikir PBB dah tak relevan sekarang. aku katakan ini bukan kerana ingin menyalahkan PBB di atas setiap konflik yang berlaku, tetapi di atas dasar berat sebelah PBB dalam menyelesaikan konflik yang berlaku, especially bila konflik Barat dengan negara Islam.

dalam surat khabar banyak aku baca tentang PBB tegur Israel, tapi last2, sama jugak hasilnya.

aku fikir adalah lebih baik keeksklusifan PBB yang sememangnya terang-terangan berat sebelah kepada Barat dimansuhkan agar ia dapat dihentikan daripada hanya jadi topeng malaikat bagi Barat, maknanya PBB boleh didakwa jika mereka terang-terangan berat sebelah contohnya sikap berat sebelah PBB dalam kes sekatan senjata nuklear kepada Iran tetapi memberi pengecualian kepada Israel

tapi, jika PBB boleh didakwa, siapakah yang akan mendakwanya?
dan jika PBB yang berat sebelah itu tiada maka apakah alternatifnya?
apakah mungkin pegangan PBB dapat dineutralkan  dalam erti kata neutral  yang sebenarnya jika tampuk pemerintahannya ditukarganti?


mari kita sama-sama fikir jawapannya.

p/s: mungkin korang tak setuju dengan apa yg aku cakap, tak mengapa, aku pun masih belajar. Just I beg you to try to change my mind if you don't agree with me because by that, we'll together learn.

Thursday, May 16, 2013

bapak-bapak penguasa

inilah senarai kabinet lepas PRU13. yang ada di atas tetap sama. hurmm..apa pun, menegakkan Islam harus bermula dari kita sendiri (pesanan untuk aku)

Perdana Menteri  


Najib Tun Razak [kekal]

Timbalan Perdana Menteri 


Muhyiddin Yassin [kekal]

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 

 
Jamil Khir [kekal]

Abdul Wahid Omar [Senator]
Idris Jala [Senator]
Shahidan Kassim [Naik taraf]
Nancy Shukri 
Joseph Entulu
Razali Ibrahim
Paul Low Seng Kwan (Senator)
TIMBALAN MENTERI di JPM : Razali Ibrahim
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (Senator) 


Menteri Kewangan.
 
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan Menteri Kewangan.

 
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN [naik taraf] 


Menteri Pertahanan


Hishammuddin Hussien Onn [bertukar]
Timbalan : Rahim Bakri

Menteri Pertanian Industri Tani.

Ismail Sabri [bertukar portfolio]
Timbalan : Tajuddin Bin Abdul Rahman

Menteri Pengangkutan

Tiada.

Dipangku oleh Hishammuddin Hussien.  
Timbalan : Aziz Kaprawi.

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi [Gabungan 2 kementerian]


Muhyiddin Yassin [kekal]
Idris Jusoh ( II ) [baru]

Timbalan Menteri PPT : DATUK MARY YAP KAIN CHING [baru] 

P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN [baru]



Menteri Dalam Negeri [KDN]
 
Zahid Hamidi [bertukar portfolio]

Timbalan : Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan


Nazri Aziz [Naik taraf]
Timbalan : Joseph Salang Anak Gandum

Menteri Luar Negeri

 
Anifah Aman [kekal]

Timbalan : Hamzah Bin Zainuddin

Menteri Kerja Raya 


Fadillah Yusof
Timbalan : Rosnah Binti Abdul Rashid  

Menteri Kesihatan 


Subramanian
Timbalan : Hilmi Bin Yahya
 
Menteri Belia Dan Sukan 


Khairy Jamaluddin  [baru]
Timbalan : Datuk M.Saravanan 

Menteri Sumber Manusia 

 Datuk Richard Riot  [baru] 
Timbalan : Ismail Bin Mutalib

Menteri Perdagangan Dan Industri [MITI]

 
Mustafa Mohammed [bertukar]

Timbalan : Hamim Bin Samuri  
 

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 

Ewon Ibin 
Timbalan : Abu Bakar Bin Mohd Diah 

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 

 
G. Palanivel
Timbalan : James Dawot Mamit


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air 

 
Maximus Ongkili [kekal]

Timbalan : Mahdzir Bin Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 

 
Shafie Afdal [kekal]

Timbalan : Alexander Nanta Linggi

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 

 
Douglas Unggah [baru]

Timbalan : Noriah Binti Kasnon

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga


Rohani Bin Abdul Karim
Timbalan : Azizah Binti Mohd Dun  
 
Menteri Komunikasi Multimedia [ganti kementerian penerangan]

 
Ahmad Sabery Cheek [bertukar]

Timbalan : Jailani Bin Johari. 

Menteri Wilayah Persekutuan

 
Adnan Tengku Mansor [naiktaraf]

Timbalan : DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (Senator)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 

 
Abdul Rahman Dahlan

Timbalan : Halimah Bin Mohd Saddique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Hasan Bin Malek
Timbalan : Ahmad Bashah Bin Mohd Hanipah 


p/s: teringat aku dulu time sekolah, semua pembahas wajib hafal senarai penuh kabinet sebelum pertandingan =.='

Monday, May 13, 2013

blessed by Him


Assalamualaikum

semakin hari aku merasakan manusia-manusia di sekeliling aku sememangnya baik di tahap terlalu baik untuk aku. Sampai aku merasakan aku tak layak dilayan baik sebegitu sebab aku bukanlah orang yang baik. Aku pun tak tahu sama ada umur aku panjang atau tidak untuk membalas kesemua budi baik mereka.  Beberapa minggu yang lalu, entah dari mana keberanian merasuk aku untuk membuat satu pembaharuan. 

Walaupun sebenarnya aku langsung tak yakin tentang apa yg ada dalam otak aku, tapi aku redah saja. Aku fikir, kalau aku tak buat sekarang, bila lagi? Hidup ni pun tak lama, bila2 saja kematian boleh menjemput. Dan Alhamdulillah, feedback yang aku dapat sangat menyenangkan.  Aku dapat satu private message daripada pengurus debat aku untuk berjumpa dengan dia, memandangkan dia ni selalu sibuk, maka bila dia cadangkan satu tarikh, aku terima saja walaupun terpaksa ponteng kelas dan Alhamdulillah seorang kawan bersetuju nak ikut ponteng dengan aku sebab nak bagi sokongan katanya.

 Hasil perbincangan, pengurus aku banyak bagi kata-kata semangat dan terangkan pada aku apa yg aku bakal buat ini bukanlah satu benda yang mudah kerana ia satu amanah yang  berat tapi dia cakap dengan senyuman manis dia cakap dia akan bagi sokongan insyaAllah. 

 Maka petang tu sambil2 minum teh ais aku katakan pada kawan aku, “macam mana sekarang, nak terus ke tak?” lalu dia cakap ” kalau aku teruskan, dia pun teruskan” lalu aku decide, terus sampai habis.

Alhamdulillah, maka tugasnya selepas itu aku harus mencari orang-orang untuk dimasukkan ke dalam pasukan untuk merealisasikan hasrat ini. Maka aku hubungi manusia-manusia yang aku benar-benar percaya dan kagumi kewibawaan, kematangan dan kehebatan mereka tersendiri sepanjang aku kenali di universiti aku, dan Alhamdulillah dalam 10 orang yang aku hubungi dan nyatakan pelawaan untuk bersama-sama aku dalam misi ini, kesemua mereka bersetuju dan tidak ada seorang yang menolak. Allahuakbar kuasa Allah. Aku langsung tak menyimpan harapan yang tinggi sebab benda ini pun masih samar-samar lagi, dan aku ni pun bukanlah seseorang yang hebat untuk diberi kepercayaan sebegitu, bahkan aku sendiri merasakan perkara ini mungkin tak berjaya tapi apabila mereka semua memberikan sokongan menyatakan kesudian untuk bersama-sama membantu, maka aku merasakan satu nikmat yang sangat besar daripada Allah. 

Syukur pada Allah kerana memudahkan jalan, aku kira selepas ini jika pun perkara ini tidak menjadi, aku sudah merasa begitu terharu kerana adanya insan-insan yang sudi membantu. Dalam keadaan mak aku yang kurang sihat membuatkan akal aku kurang fokus dan mudah hilang semangat sejak kebelakangan ini, tapi sedikit sebanyak dengan apa yang berlaku membuatkan aku rasa sangat bersyukur dan bersemangat.

Dan hari ini, Alhamdulillah, sekali lagi Allah hadirkan insan yang sangat baik hatinya. Aku sebenarnya telah memohon satu biasiswa untuk satu program dan tarikh tutupnya adalah hari ini, tapi yang menjadi masalahnya apabila aku harus ke pejabat pentadbiran dan terus ke kangar untuk menyelesaikan urusan. Pada mulanya akal jahat aku menyuruh aku untuk bawak je moto kawan aku (walaupun aku tak ada lesen) memandangkan ini hal yang terdesak dan disebabkan tiada bas untuk ke kangar, tapi bila aku fikir balik, kalau lah aku mati tengah-tengah jalan, tak ke menyusahkan orang, dah lah tak ada lesen, jadi aku putuskan untuk lepaskan saja tawaran tu. Tak mengapa, tak ada rezeki. 

Kawan aku yang tahu pasal benda ni  tanyakan pada aku kenapa tak pergi hantar borang, aku katakan aku dah lepaskan dah benda tu. Lalu dia cakap pada aku “takpe anis, nanti lepas habis kelas saya bawak anis, kita ke pauh k”. Allahuakbar, aku waktu tu speechless, aku tak rapat sangat dengan dia, seriously, dalam kelas pun tak duduk sekali tapi dia boleh pelawa aku sampai macam tu sekali, Allah Allah Allah. Aku katakan pada dia, malulah, nanti menyusahkan dia, pastu dia cakap, takpe anis, takpe, saya boleh bawakkan. Aku cakap, tak apalah, nanti saya bagitau macam mana, terima kasih, terima kasih *nampak tak betapa  wan anis yasmin banyak menyusahkan manusia di sekelilingnya :’(

Lalu, kami ke pauh, dan dalam perjalanan tu aku banyak mendengar dia bercerita mengenai keluarganya, hobinya, minatnya dan sebagainya, dan aku jadi senang mendengar ceritanya. Aku nampak sisi lain dariapda dia yang aku kenali selama ini, seorang gadis yang kelakar dan baik hati. Sampai di pauh, nak dijadikan cerita borang aku tu masih belum dapat pengesahan, dan disebabkan aku bimbang kawan aku tu menunggu lama lagi, aku cakapkan pada pihak pejabat, tak apalah, saya tarik diri dari mohon biasiswa ni. Memang betul2 tak ada rezeki, tak mengapa . 

Lalu kami singgah sebentar ke kangar sebab ada urusan lain, maka alang-alang tu kami ke compuland untuk check hard disk aku yang tiba-tiba tak boleh berfungsi dua hari ini, dan aku dapat berita sedih, segala maklumat dalam hard disk aku sudah tidak dapat diselamatkan lagi, semuanya hilang, ya semuanya. Segala koleksi puisi dan cerpen yang aku hasilkan dan save dalam hard disk tu, video, ceramah, ebook, lagu, nota-nota kuliah, kertas kerja dan maklumat yang lain semuanya hilang, dan aku tidak mempunyai sebarang salinan lain kerana semuanya sudah disimpan dalam hard disk itu. Dalam masa yang sama juga, printer aku yang rosak juga tidak dapat diselamatkan lagi.

tak mengapalah, mujur hard disk dan printer yang rosak, bukan iman dan akal aku yang rosak (moga dijauhkan Allah). 


Apa pun, aku dapat berita baik harini, mak aku dah sembuh, yeayyy!! bila aku telefon, suara mak ceria saja, Alhamdulillah..sejak tahu mak sakit, aku kerap kali telefon untuk dengar suara mak, dan setiap kali dengar aku akan betul-betul kaji suara mak untuk buat perbandingan sama ada makin bersemangat atau tak, alhamdulillah setakat ni makin bertambah semangatnya dan tadi waktu aku tanya, mak cakap mak dah betul-betul ok sambil ketawa, alhamdulillah  (aku benar-benar harap mak betul-betul sembuh)

Maka selepas tahu keadaan mak sekarang, segala kesedihan tadi sudah terpadam dengan sendirinya. Benarlah, setiap kesulitan itu ada kemudahannya. Alhamdulillah syukur pada Allah atas segalanya ..Allah Maha Penyayang, walaupun pada hamba yang terlalu banyak dosa dan khilaf seperti aku…



Hadis Nabi S.A.W: 
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”. 
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)


:)

Friday, May 10, 2013

Cabaran Seorang Kawan

assalamualaikum

hari ni aku terima cabaran daripada sorang kawan, dia ni pandai main alat muzik, walaupun perempuan tapi dia terer main dram! aku cakaplah kat dia yang aku minat gak nak main alat muzik, iaitu gitar. Dah lama aku pendamkan saja minat ni sebab aku gitar pun tak ada. Nak beli satu, macam tak cukup bajet ja so aku abaikan dulu hasrat ni.



Ada pun, kalau aku pandai main gitar, ada satu lagu yang aku betul2 nak main, Permata Untuk Isteri- Kopratasa. Kawan aku gelakkan aku cakap aku jiwang sangat. tapi aku suka lagu ni sebab selain mesejnya, melodinya begitu indah.

Lalu kawan aku ni suruh aku bawak balik gitar dia time cuti nanti pastu suruh aku belajar main.

tengoklah macam mana, aku mampu ke tak belajar...


p/s: cabaran diri sendiri untuk aku habiskan mengkaji buku-buku yang ada pun aku tak mampu nak laksanakan sepenuhnya lagi....

Monday, May 6, 2013

Kehilangan

Dalam dingin kepekatan malam, kelihatan seorang tua menghadap jendela. Si tua itu merenung tajam ke jendela dan renungannya itu seolah-olahnya mampu menembusi cermin tingkap itu. Lama-kelamaan, renungannya menjadi layu dan semakin layu. Jika dibandingkan dengan sekuntum mawar yang sudah seminggu berada dalam pasu di atas meja buruknya itu, layu lagi pandangan si tua itu. Sekuntum mawar pemberian seorang anak muda yang datang melawatnya minggu lalu.

 Si tua itu sudah kehilangan isteri dan anaknya, mereka meninggal dunia dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya yang sangat tragis. Dan lebih tragis apabila memikirkan yang menyebabkan kemalangan itu adalah dia. Sejak kemalangan itu, si tua itu kerap menyalahkan dirinya, merasakan betapa dia telah gagal sama sekali dalam menjadi pelindung kepada keluarganya, betapa dia telah memusnahkan sendiri iktikadnya pada hari pernikahan mereka; untuk melindungi keluarganya walaupun nyawanya yang tergadai.

Walaupun kemalangan itu adalah kemalangan semata-mata, tetapi dia masih terus-menerus menyalahkan dirinya, lalu usianya selama 10 tahun terbuang dengan menyalahkan dirinya semata. Setiap hari si tua itu melawat kubur anak dan isterinya, selepas selesai tugasnya sebagai seorang Cikgu Sejarah di sebuah sekolah di pinggir bandar itu.

Orang-orang kampung menggelarnya Cikgu Mat. Jika sebelum kemalangan itu, mereka memanggilnya dengan gelaran Cikgu Mat Senyum, tapi sejak tragedi itu, panggilan senyum itu seolah-olah sudah tidak memberi apa-apa makna lagi. Sebenarnya si tua masih belum tua, baru berumur 50 tahun, tapi dia yang menjadikan dirinya tua dengan kasus menyalahkan diri atas sesuatu yang dia sendiri tak mampu kawal dan kuasai hanya kerana kehilangan insan-insan yang dia sangat sayang.

Suatu hari, seorang anak muda menghantar sepucuk surat kepadanya.

Assalamualaikum

ke hadapan Cikgu Mat yang dihormati,

cikgu, saya lah  Hakim (atau kawan-kawan gelarkan saya Mat Teng kerana saya kerap ponteng), anak murid cikgu yang paling nakal sekali, jika cikgu masih ingat. Waktu persekolahan dahulu saya pernah digantung dua minggu kerana ditangkap merokok. Dan saya masih ingat  satu petang, cikgu datang ke rumah saya dan perbualan kita petang itu merubah segalanya.

Cikgu, petang itu, dengan air mata berlinangan, saya curahkan segalanya pada cikgu. Tentang kisah penceraian mak bapak saya, tentang masalah kesihatan ibu saya, tentang pergolakan yang saya alami dan segala masalah yang saya simpan dan pendam selama ini.

Cikgu menjadi orang pertama melihat air mata jantan saya gugur, kerana selama ini, saya tidak pernah menangis di hadapan sesiapa pun, apatah lagi di hadapan mak dan bapak saya, juga di hadapan adik-adik saya. Sebagai anak sulong, saya harus kuat dan sejak itu saya pendam semuanya.

Sehinggalah cikgu datang dan kita berbual panjang. Cikgu katakan pada saya satu kata-kata agung yang saya masih ingat dan semat sehinggalah kini,

 "Hakim, kamu sebagai manusia tidak selamanya harus memendam perasaan, menipu rasa sakit, menipu rasa marah dan menipu rasa benci yang kamu ada dalam hati. Tidak, tidak seharusnya begitu. Jika kamu ingin menangis, maka menangislah, jika perlu luahkan, luahkanlah. Jika pun kamu tak punya seorang pun untuk kamu luahkan segala ketidakpuasan itu, luahkanlah pada Yang Mencipta kamu kerana Dia yang ciptakan kamu, maka Dia takkan pernah tinggalkan kamu. Jangan pendam semuanya dalam hati dan pura-pura rasa sakit itu tak pernah ada tanpa luahkan pada manusia atau pada Tuhan, kelak rasa sakit itu akan bertukar menjadi lebih parah, iaitu perasaan yang akan merosakkan seorang manusia iaitu dendam. Fikirkanlah"

Lepas itu, cikgu tepuk bahu saya dan pergi.

Cikgu, petang itu cikgu bukakan mata saya pada satu cinta yang saya lupa selama ini, iaitu cinta pada Tuhan.

Dan sejak itu, segala apa pun yang datang, saya serahkan pada Dia, dan saya rasa makin tenang. Benarlah, pada Tuhan juga segala pengharapan.

Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada cikgu. 


Saya harap cikgu hidup dan mati dalam kasih sayang Tuhan. 

anak muridmu,
Mat Teng @ Muadz al-Hakim bin Saifullah Adam



"Saya harap cikgu hidup dan mati dalam kasih sayang Tuhan"

Ayat itu yang paling kerap dia fikirkan sejak surat itu berada dalam tangannya yang sudah berkedut itu. Dan juga sekuntum mawar merah yang dikirimkan bersama surat itu diletakkan rapi dalam sebuah pasu di dalam biliknya.

Dia faham, Hakim mengirimkan mawar merah itu bukan sekadar mawar untuk dihidu wanginya, atau sekadar perhiasan di dalam pasu, tetapi untuk mengingatkannya tentang putaran waktu seorang manusia. Seperti mawar yang sudah mati itu, yang mana yang tinggal hanyalah debu-debu yang dia sengaja biarkan bersemadi dalam pasu itu, begitulah manusia yang satu hari nanti bakal mati dan pergi tanpa sebarang pesan.

Lalu malam itu, si tua kembali sedar, betapa dia selama ini sudah lama tidak benar-benar cuba memahami kasih sayang Tuhan. Seperti mawar yang sudah tinggal debu, itulah manusia tanpa hati yang sentiasa disuburi rasa rindu untuk berbicara dengan Tuhannya....

Terima kasih Hakim, kerana mengembalikan Cikgu yang hilang kerana sebuah sebuah kehilangan.



p/s: Ini sekadar cerita rekaan, tiada kaitan dengan penulis atau manusia lain, hidup atau mati. Penulis menulis cerpen ini dalam keadaan semangat yang hilang, ironi dengan mesej dan jalan cerita tapi itulah hakikatnya.....





Wednesday, May 1, 2013

Satu Tugasan dan Falsafah yang Aku Pelajari

assalamualaikum w.b.t

sem lepas aku ambik subjek english university. woahhh subjek ni agak susah bagi aku. Sebabnya yang diuji ialah skil technical writing dan speaking. Dalam mempelajari bahasa, yang paling sukar ialah technical writing kerana kita harus menguasai tatabahasa, penggunaan perkataan yang tepat dan juga kegramatisan ayat harus dijaga agar mesej yang hendak disampaikan sampai kepada pembaca.

 Dalam banyak2 kelas, ada satu hari ni, Miss Loo yang sporting dan baik hati berikan kami satu tugasan berkenaan transitional words. Ada lebih kurang enam atau tujuh (maaf, aku lupa) yang Miss berikan, dan dalam masa 15 minit kami harus bentukkan satu cerita pendek, tajuknya bebas.

Lalu ketika pembentangan, ada dua cerita yang paling aku ingat, bukan ingat keseluruhan ayat, tapi aku ingat mesejnya kerana aku rasakan dua cerita ini penuh nilai falsafah dan kemanusiaan.

cerita #1
cerita pasal kucing. sorang gadis terjumpa kucing di tepi jalan, kucing tu basah dan kotor. lepas tu gadis yang baik tu bagi kucing tu makan, bela ia sampai kucing tu sihat. jujur, aku tertarik dengan cerita ni. begitu sarat dengan nilai kemanusiaan. haiwan juga adalah makhluk Allah dan mereka tidak diciptakan sia-sia. Bahkan, dengan wujudnya mereka maka manusia mendapat peluang untuk menambah pahala untuk dicukupkan amalan ke syurga kelak. Dulu masa di sekolah, kawan aku, seorang gadis, minat sangat dengan kucing. Bahkan dia sanggup ponteng kelas sebab nak pegi beli air susu kat kantin untuk bagi anak kucing tu minum. aku jadi rindukan kawan aku tu bila dengar cerita ni. Oh ya, Rasulullah juga cintakan kucing. maka kita juga harus sayangkan kucing..meowww  :)

cerita#2
cerita mengenai seorang lelaki, dia selalu melalui satu jalan yang panjang. satu hari dia buat keputusan untuk melalui satu jalan yang lebih singkat jaraknya, tapi akhirnya dia bertemu dengan satu musibah. Konklusinya, memilih jalan yang panjang tapi selamat adalah lebih baik daripada memilih jalan singkat tapi berakhir dengan  impak yang buruk. Bila dengar cerita ini, aku jadi teringatkan kisah sejarah dahulu, para sarjana sanggup meluangkan masa berpuluh-puluh tahun untuk mengkaji sesuatu ilmu sebelum mengeluarkan pandangan. Berpuluh-puluh kitab mereka kaji untuk menambahkan lagi ilmu dan menajamkan lagi pemikiran. Mereka melakukan ini dengan penuh kesabaran dan kesungguhan.

Juga aku terfikirkan, kita manusia kadang2 terlalu inginkan kesenangan yang singkat lalu tega memilih jalan yang mudah sedangkan dalam kehidupan, kita harus belajar bersabar dan menunggu untuk mendapatkan sesuatu kerana "ibu segala ilmu ialah sifat sabar".


begitulah. dalam 2 cerita yang disampaikan dalam masa tak sampai 5 minit oleh mereka, aku mendapat satu pelajaran yang amat berharga. jujur aku harapkan aku dapat full version cerita pendek mereka, tapi aku terlupa nak mintak lepas habis kelas hari tu. hmmm

Apa pun, benarlah, ahli-ahli falsafah itu bukan hanya mereka yang menulis kitab-kitab hebat, ada di antara mereka sebenarnya adalah manusia-manusia yang kita jumpa, antaranya mereka inilah, orang-orang yang banyak membaca dan banyak pengalaman di dada. Aku? haha baca pun malas, pengalaman pun kurang huhu.

ni aku selitkan lagu dari Wani Ardy, Belajar.
mohon doakan agar aku tak malas2 lagi dalam belajar dan mengkaji :)




Kata
mudah
murah
percuma
Kelat
lidah
kita
merasa
Bukan mempersoal- melangut cuma
Aku manusia biasa, kadang lupa
Jangan
buta
pada
yang ada
Rangkul
aku
waktu
hancur
Minta nyawa dan asa
Aku manusia biasa, kadang sia
Melihat hujan sebagai rahmat; biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari sayang di dalam benci; merendah diri, membuka hati
Melihat gelas separuh penuh; yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
Sukarnya namun aku belajar
Melihat hujan sebagai rahmat; biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari helai daun yang hijau, dalam terbentang luas kemarau
Melihat gelas separuh penuh; yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
Sukarnya namun aku belajar
Sukarnya namun aku belajar
Sukarnya namun aku belajar
…dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
Sukarnya namun aku belajar