assalamualaikum
normal lah kan, setiap kali balik dari kampung ke kolej semula, memang penyakit takboleh tidur sampai. Walau di bawah pengaruh ubat-ubatan sekali pun, ia tetap datang. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya sempat lah aku update blog usang ni. haha
fuhh..memang beberapa hari ini betul-betul mencabar bagi aku.
Kemalangan. Satu perkataan yang banyak mengajar aku. Pagi tu memang aku sangat sakit kepala. Pening. Dan sebelum kemalangan tu berlaku, aku hampir-hampir dilanggar kereta dari arah belakang. Berhenti, istighfar, jalan.
Tapi kali kedua ini, memang di luar jangkaan. Entah bagaimana aku boleh terlupa yang di situ ada traffic light. Aku takberhenti dan terus jalan, dan kesannya aku bertembung dengan sebuah kereta. Allahuakbar, sakitnya Tuhan saja yang tahu.
Dengan tangan terketar-ketar menahan darah yang mengalir, aku memohon pada sekumpulan orang asing yang mengelilingi aku waktu tu, "to...long..ba..wa.." Arghh sudah, suara tersekat-sekat dan aku harus kuatkan suara kerana mereka takfaham apa yang aku cuba katakan.
"to..long..ba..wa..sa..sa..ya..pe..gi..hos..hospital" Nak habiskan ayat ni pun cukup seksa. Lalu ada lah seorang insan mulia, menawarkan diri untuk bawakan aku ke hospital. Mungkin kerana penampilan aku, dia teragak-agak untuk memimpin aku ke kereta. Waktu itu, aku bertekad, tak kesahlah, kaki ni patah ke apa, aku harus jalan sendiri, tak boleh dipimpin sebab semua yang ada di situ adalah lelaki. Mulanya mereka melarang aku berjalan, sebab takut kaki aku patah, tapi aku bertegas dan katakan, "tak apa.. kaki...tak...patah..bo..leh...ja..lan.." (sakit2 pun degil, nak buat macam mana huhu).
Maka, dengan kekuatan yang Allah swt masih pinjamkan, aku jalan juga hingga ke pintu kereta. 3 meter terasa seperti 3km. Dalam hati aku sangat bersyukur kerana Allah swt masih jagakan aurat aku di hadapan mereka.
Demi Allah swt, insan mulia ini amat menjaga. Dia lah yang tolong ambilkan barang-barang aku, buka kan pintu, ambilkan kerusi roda ketika di wad kecemasan, jagakan barang-barang aku, tenangkan aku dengan menyuruh aku bersabar dan meminta aku telefon kawan atau ahli keluarga. Setiap setengah jam aku perhatikan dia begitu bimbang dan tanyakan pada dokter tentang keadaan aku. Dan dia di sini ialah orang asing, seorang lelaki yang berusia mungkin lewat 60-an dan aku tak mengenali dia dan dia juga tak mengenali aku.
Orang asing yang dipinjamkan Tuhan seketika untuk membantu aku meredah ujian ini. Allahuakbar, Alhamdulillah.
Pengalaman dalam wad kecemasan agak menakutkan. Di sekeliling aku ramai yang sedang bertarung nyawa. Dan part yang paling aku takut adalah dikenakan suntikan. Itu antara kelemahan aku sebab aku takut jarum. Tapi, tahan kan saja lah.
dan hari ini, 5 hari selepas kejadian itu, alhamdulillah aku sudah makin pulih. Cuma kesannya masih ada, mudah penat dan sesak nafas bila lakukan sesuatu, aku harus segera baring dan berehat. Hatta duduk sahaja menghadap laptop pun boleh membuatkan aku penat. Maka bila terjadi begini, baru lah kita akan menghargai nikmat sihat itu sebenarnya. Alhamdulillah.Alhamdulilah. Alhamdulillah. Banyak yang aku belajar dari kejadian ini.
untuk mak abah, adik, kakak, kawan-kawan dan semua yang mendoakan, aku ucapkan jutaan terima kasih. Allah swt sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian.
"kalau tengok moto dan kereta ni, memang remuk teruk, mujur awak selamat, dik. Satu keajaiban ni" ayat seorang pakcik yang buat aku termenung panjang hingga sekarang.
Tuesday, December 24, 2013
Wednesday, November 27, 2013
Artikel Yang Dipendam
Assalamualaikum, tadi aku belek2 semula folder lama untuk buang mana2 dokumen yang tidak diperlukan, aku terjumpa artikel ni. Lama dah aku tulis ni, untuk satu pertandingan tapi pertandingan itu dibatalkan di saat-saat akhir, maka artikel ini aku simpan saja dan tak pernah kongsikan pada sesiapa pun. Oh ya, artikel ini dalam format kertas kerja.
TAJUK KERTAS KERJA: REKONSTRUKSI PENILAIAN SENI DALAM KALANGAN BELIA
NAMA: WAN ANIS YASMIN BT WAN YUSOFF
PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN
RANGKAIAN KOMPUTER, TAHUN 1, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
TAJUK KERTAS KERJA: REKONSTRUKSI PENILAIAN SENI DALAM KALANGAN BELIA
Golongan belia boleh dikatakan sebagai
golongan yang paling terpengaruh dengan perkataan seni. Sudah menjadi satu
kemestian untuk golongan ini menikmati seni menurut takrifan mereka
tersendiri. Sering terjadi golongan ini
menyamakan seni dengan hiburan semata-mata yang mudah diperoleh di media massa
seperti lagu-lagu, drama –drama terutamanya drama yang menjulang tema cinta
dalam penceritaannya juga melalui trend yang dibawa oleh artis luar negara. Hal
ini seterusnya memiskinkan nilai seni itu sendiri sedangkan pada zaman dahulu
para ilmuwan juga menggunakan seni dalam menyebarkan ilmu mereka contohnya
seperti tokoh pemikir dan penyair Muhammad Iqbal, juga Sheikh Ahmad
al-Fathani dan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin yang turut berjuang dengan mata
pena dan bait-bait puisi indah tetapi menusuk jiwa pembacanya. Tidak dilupakan
para ilmuwan Barat yang turut menggunakan seni dalam menggambarkan kehebatan
ketamadunan mereka. Maka, objektif kertas kerja ini ialah ingin membawa
masyarakat kembali menilai definisi dan konsep seni yang sebenarnya dan kaitan
serta peranan seni dalam melahirkan generasi pemikir yang matang dan berwibawa
dalam menjayakan agenda memajukan bangsa manusia. Bagi mencapai matlamat rekonstruksi
penilaian seni ini, beberapa penelitian terhadap pandangan tokoh-tokoh ilmuan
dan juga pengupasan kritikal telah cuba digarapkan dalam proses penelitian
semula kasus nilai seni yang sebenarnya. Memandangkan seni merupakan satu alat
dan senjata penting dalam memanusiakan kembali manusia agar fungsi dan peranan
manusia itu dalam memakmurkan alam dapat dicapai dengan holistik dan penuh
jaya, maka penilaian semula terhadap penakrifan seni dalam kalangan belia yang
merupakan bakal pemimpin dunia harus dilakukan agar pemahaman yang jelas dapat
dizahirkan pula melalui tindakan dan keperibadian.
Dalam kita memahami apakah
keperluan bagi melakukan satu rekonstruksi minda terhadap seni yang mana subjek
yang difokuskan dalam kasus ini ialah golongan remaja, adalah lebih utama untuk
kita memahami maksud rekonstruksi itu dalam konteks perbincangan ilmiah yang
diutarakan. Rekonstruksi dapatlah difahami sebagai pembinaan semula yakni dalam
skop ini, pencerahan semula tentang apakah nilai seni yang sebenarnya. Pencerahan
yang dimaksudkan ialah pemantapan semula doktrin para belia tentang takrifan
seni yang sebenar agar mereka kelak mampu menjadikan seni sebagai satu wadah
pencerapan ilmu dengan adil dan berwibawa. Dalam hal ini, doktrin atau fahaman
asas yang merujuk tepat kepada cara pemikiran dijadikan langkah pertama kerana seperti
difahami, melalui pemikiran tunjang segala tindakan. Terdapat tiga persoalan
utama yang akan dijawab dalam kertas kerja ini. Pertama, apakah sebenarnya itu
seni dan bagaimanakah seni harus difahami? Kedua, apakah kepentingannya kepada
para belia untuk membetulkan pandangan mereka terhadap seni? Ketiga, seperti
yang seharusnya ditekankan dalam setiap kajian ilmiah secara kritikal,
bagaimana untuk membudayakan penilaian seni yang benar dalam kalangan
masyarakat, tanpa segregasi golongan elit dan golongan marhaen?
Persoalan
pertama yang perlu dikaji, apakah itu seni dan bagaimanakah takrifan
terhadapnya harus dilakukan? Pertamanya, seni itu adalah ilmu. Namun
hakikatnya, apabila kita berbicara mengenai pendefinisian seni, kebanyakan
orang sering merujuk kepada pendapat tokoh-tokoh seni terkemuka tentang
tafsiran seni itu sendiri. Tetapi pada pandangan penulis, setiap insan seharusnya
berani mengemukakan pendefinisian seni yang tersendiri dan tidak terikat kepada
satu pendefinisian semata-mata memandangkan seni merupakan ssesuatu yang
bersifat abstrak dan pengakhiran penilaiannya berada di ufuk infiniti dalam
cakerawala keilmuan. Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat, seni
didefinisikan sebagai karya contohnya sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang
diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Imam Muslim
dalam kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan
konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan
terhadap mesej atau objek yang ditemui. Daripada dua definisi ini, dapatlah
disimpulkan seni itu haruslah didasari dengan ilmu dan diluahkan pula
menggunakan tahap kreativiti dan daya cipta manusia yang berbeza-beza merangkumi
bidang keagamaan, falsafah, politik, sehinggalah kepada pembinaan satu bangsa
manusia secara keseluruhannya memandangkan seni juga satu alat penyatuan selain
berfungsi sebagai alat menyampaikan ilmu.
Sheikh Muhammad al Ghazali dalam
bukunya Warisan Pemikiran Islam telah menegaskan bahawa seseorang itu tidak
dapat digelar seorang manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir. Kata-kata
ini harus kita fahami dalam konteks pencerapan seni dalam membina ketamadunan
manusia. Ironinya hari ini, apabila kita berbicara mengenai seni, sering kita
tempelkan pada muzik yang melalaikan, muzik yang membawa mesej cinta sesama
manusia yang sering telah pun dimurahkan dengan kata-kata rayuan yang tidak
melambangkan kemahalan cinta itu sendiri dan ini seterusnya melemahkan para
belia yang sememangnya berada dalam satu fasa pergolakan jiwa remaja. Secara tidak langsung, keadaan ini menjurus
kepada barah hedonisme yang membawa para remaja kepada lembah kehancuran
apabila keseronokan dijadikan matlamat utama kehidupan mereka. Keadaan ini
merupakan satu ancaman besar kepada pembangunan negara kerana golongan belia
merupakan cerminan keunggulan sesebuah negara. Apakah yang boleh kita harapkan
apabila remaja pada usia muda yang seharusnya dimanfaatkan dengan latihan
pemantapan jati diri dan intelektual, sebaliknya terkulai layu mendokong mazhab
hiburan yang melampau?
Menjawab persoalan seterusnya, apakah yang harus dibudayakan
dalam usaha kita merekonstruksi takrifan seni, yang pertamanya, perlunya
penghapusan sikap prejudis dalam kita menilai seni. Maknanya, seni itu haruslah
ditafsirkan berdasarkan kualiti dan juga kesannya kepada masyarakat dan
kemanusiaan, bukan sekadar daripada indikator publisiti atau populariti
semata-mata. Selain itu, budaya memberi darjat tertentu kepada seni juga
haruslah dibuang hingga ke dasarnya. Mengambil contoh, situasinya hari ini seni
orkestra sering dikaitkan dengan golongan berada dan muzik yang dimainkan di
tepi-tepi jalan sering dianggap tidak mempunyai sebarang nilai atau dalam
bahasa mudahnya, sering sahaja disampahkan pihak tertentu tanpa terlebih dahulu
menghayati atau cuba memahami isi serta nilai yang cuba disampaikan oleh
pengkarya tersebut. Ini adalah satu falasi pemikiran yang sememangnya harus
kita banteras. Jika seni diberikan penarafan, contohnya seni orang kaya dan
seni orang miskin, maka hal ini akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan
manusia itu sendiri sedangkan yang mengangkat darjat seseorang bukanlah harta
tetapi ilmu di dada. Dua jurang yang selari ini harus kita rapatkan dan ini
hanya dapat dicapai apabila masing-masing membuka minda dan berusaha
mempelajari nilai dan pengajaran yang terkandung dalam sesebuah karya seni,
tidak kiralah daripada siapa pun, hatta daripada lagu-lagu ciptaan pemuzik
jalanan sekalipun kerana matlamat seni itu adalah untuk memberi pencerahan
ilmu, bukan sekadar satu pakaian yang akan mengangkat darjat manusia di mata
manusia yang lain.
Sementara itu, ketika zaman revolusi di Eropah, muzik sering
digunakan untuk menaikkan semangat para kaum yang tertindas, maka cadangannya,
pada hari ini pembelajaran sejarah juga harus diselit penggunaan muzik yang dapat membantu para pelajar memahami
erti perjuangan agar mereka tidak lagi menjadi robot yang disumbatkan pelbagai
fakta sejarah untuk dimuntahkan sewaktu peperiksaan dijalankan. Seterusnya, tanpa penghayatan yang kukuh terhadap sejarah,
kebanyakan mereka akan menjadi bandwagon
patriotik sewaktu 31 Ogos menjelma setiap tahun. Seni yang bernilai kenegaraan hanya dicintai ketika musim
menyambut ulangtahun kemerdekaan,dan apabila sudah berlalu, muzik-muzik yang
melalaikan terus mengambil tempat. Bagi
merealisasikan ini, pandangan terhadap muzik punk dan rock haruslah
dineutralkan dan tidak lagi dianggap sesat tanpa berusaha memahami mesej yang
dibawa terlebih dahulu dan bagi mencapai tujuan ini, sikap ‘houlier than thou’
sememangnya harus dimatikan. Hal ini demikian kerana, pembudayaan ilmu itu
tidak akan subur selagi mana para intelektual bersikap sombong untuk cuba
memahami dan membuka ruang dalam minda untuk mengkaji keberkesanan metode kasus
yang berbeza alirannya.
Akhirnya, marilah kita menghayati kata-kata ini dan
carilah perkaitan ilmu dan seni yang terikat teguh sebagai entiti yang saling
berkaitan dan amat penting untuk dinilai dengan tepat dan berkesan:
"Penekanan kepada ilmu sebagai satu kuasa
(knowledge is power) membuat pemimpin dan pentadbir merancang dan melaksanakan
dasar yang boleh mengembangkan ilmu, dan sekali gus mendapat kekuatan baru
dalam hal tersebut. Kuasa Barat yang menjajah negara lain semuanya meletakkan
peranan besar ilmu terutama dari segi memahami bahasa, pemikiran, budaya dan
tradisi jajahan takluknya."
Wan Mohd Nor Wan Daud, Budaya Ilmu: Satu Penjelasan.
Wan Mohd Nor Wan Daud, Budaya Ilmu: Satu Penjelasan.
Tuesday, November 26, 2013
Jauh Dari Itu
gambar sebahagian pelajar di bawah gerakan Students for a Democratic Society and the Southern
Student Organizing Committee (SSOC), gerakan aktivis pelajar pada tahun 1960 di
Georgia, sewaktu mereka protes menentang perang Vietnam
Assalamualaikum.
Dimulakan dengan nama Allah Maha Bijaksana.
Malam semakin larut. Bintang-bintang menyembunyikan diri, sudah tiga malam begitu, aku pun tak tahu mengapa. Aku baru berkira-kira mahu menulis puisi malam ini, tapi tiada pula ilham yang datang. Orang yang tak ada jiwa sastera, beginilah. Aku fikir sasterawan itu adalah orang yang bisa menjangkaui tahap normal pemikiran manusia. Sajak-sajak yang hebat bagi aku adalah sajak yang bisa membuatkan hati aku bergetar dan berkata, “aku terkesan dengan tulisan ini”. Selalunya sajak Wiji Thukul tidak pernah gagal buat aku ke awangan dalam memahami erti kesusahan. Aku kongsikan salah satu puisinya di akhir tulisan ini.
Aku campakkan pen ke atas meja studi yang berselerak dengan nota dan alat tulis. Setelah mengambil wudhuk, solat sunat taubat 2 rakaat lalu aku bergerak menuju ke kamar peraduan. Jam sudah menunjukkan 2 pagi, aku benar-benar ketagihan tidur. Demam yang masih setia mendampingi aku membuatkan mata tidak lagi mahu berkompromi. Tiba-tiba aku teringat janjiku untuk menyiapkan tugasan yakni menyiapkan satu tulisan berkenaan prk. Lalu akal berputar ligat mencari idea untuk diluahkan.

“Faith moves mountains, but only knowledge moves them to the
right place”
Joseph Goebbles
Pandangan aku pasal prk, entah lah, apa yang harus aku katakan
? Aku lihat semuanya hampir sama. Masuk bertanding, berkempen, mengundi dan
ditentukan pemenangnya. Lalu ditubuhkan jawatankuasa dan mereka ini akan
bergerak sebagai satu tim dan memakai gelaran MPP untuk sesi tersebut. Aku
takmampu hurai lebih tentang cabaran seorang MPP itu bagaimana, pengalamannya
apa dan ceritanya seperti apa kerana aku, seperti aku katakan adalah orang yang
tidak layak untuk berbicara mengenai itu kerana aku bukan MPP.
Maka aku akan menjawab sebagai seorang bukan MPP,
menggunakan dua kunci kata; pendidikan politik dan sistem demokrasi.
Tadi aku katakan semuanya hampir sama, bukan semuanya sama
bukan? Ya, bezanya kali ini kecoh tentang isu percaturan. Bila kawan kuliahku
tanyakan pada aku, apa pandangan aku tentang percaturan itu, benarkah ada
percaturan, aku lihat kawan-kawanku juga bercapah pandangan dalam menafsirkan
perkara ini. Aku diam dan perhati. Dalam hati terdetik juga, “hebat juga kawan
aku ni bagi hujah, kalau masuk konfem menang hehehe”
Pendapat aku pula,
isu ini adalah satu kuliah politik secara real untuk mahasiswa. Ya, aku
maksudkan satu pendidikan politik untuk para mahasiswa. Politik sebenar bukan
semudah, aku undi kau, kami undi kau, kau menang majoriti, kau lah pemimpin
terbaik kerana kau yang dipilih
kami. Titik. Tunggu dulu. Tak
semudah itu. Dalam memahami politik, kita tidak boleh terlalu simplistik dalam menentukan
keabsahan tesis.
Sisi lain, bila ada kawan yang katakan “aku malas nak join prk, aku tak
pandai politik ni” maka harus aku nyatakan, politik bukan pertandingan sukaneka tapi satu
pertarungan tinju, dan politik bukan hanya merangkumi PRK semata-mata. PRK
adalah salah satu cabangnya namun bukan semuanya. Mahasiswa yang tidak masuk
bertanding juga sedang bertarung hebat dalam perlawanan ini, ya ini hakikat
yang kita sering lupa. Gelanggangnya adalah sistem pendidikan dan kita sebagai
pelajar, MPP atau bukan, sedang bertarung hebat dalam perlawanan ini.
Dalam pilihanraya, majoriti
hanya lah angka, dan aku tidak menafikan kemungkinan angka boleh diubah. Jika
angka diubah, maka itu satu ketidak adilan pada calon. Itu semua sudah tahu.
Cuba kita berfikir lebih jauh dan luar sedikit dari kekecohan ini. Luar dari
manifesto-manifesto, luar dari respons penonton rapat umum yang angkanya boleh
dikira dengan jari, luar dari kritikan terhadap hegemoni pihak tertentu, luar
dari isu poster tak cukup digantung dan luar dari isu jatuh-menjatuhkan, kerana
itu semua dihidangkan pada kita, cuma bergantung pada kita hendak cakna atau
tidak. ( Ini adalah perisa dan perencah normal dalam pilihanraya walaupun aku
akui, ada kalanya senak perut juga setelah menelannya.)
Yang susahnya adalah untuk berfikir, apa kaitannya semua ini
dan mengapa ini semua terjadi. Apakah objektif kuliah pendidikan politik ini dan
apakah yang dapat kita pelajari daripada semua ini? Lihat dan perhati . Aku
kira penimbulan keraguan terhadap
ketelusan sesuatu sistem, itu satu stimulus atau ignitator untuk kita memahami sistem itu sendiri.
Cuma, jika stimulus itu dihidangkan kepada mereka yang masih malas memahami, maka ignitation itu tidak akan memberi apa-apa erti. Maka aku berminat untuk menulis berkenaan sistem yang memungkinkan hal ini terjadi. Bila disebut pilihanraya, tidak kisahlah di peringkat universiti, negeri, negara mahupun dunia sekalipun, sistem yang digunapakai ialah sistem demokrasi. Sana demokrasi, sini demokrasi.

Persoalan aku, sistem demokrasi ini memang yang terbaik kah
? Jika ia yang terbaik mengapa masih timbul kelompangan ketika menjalankannya ?
Jawapannya ada dua. Satu, sistem demokrasi kurang sesuai digunakan dalam
kalangan masyarakat yang masih lesu dan letih pemikirannya dan yang masih kuat
dilarut budaya bandwagon. Kerana mereka akan memilih berdasarkan populariti dan
agak malang lagi, memilih sekadar mencukupkan syarat.
Kedua, sistem demokrasi paling tidak sesuai digunakan oleh orang-orang yang berkepentingan kerana ini akan menderhakai konsep demokrasi itu sendiri. Demokrasi adalah foundation atau bedak asas yang menutupi segala cela pada wajah pelakon di pentas politik. Dan, pelakon itu adalah kita semua. Maka untuk melarutkan foundation itu, kita harus punya ilmu dalam menafsirkan setiap langkah yang diambil oleh pihak yang terlibat, dan kembali mengaitkannya dengan pelajaran politik yang kita sedang hadapi ini.

Untuk ini aku
bersetuju dengan Tere Liye, demokrasi tidak semestinya yang terbaik, kerana
yang terbaik adalah menyerahkan sesuatu urusan pada ahlinya. Yakni, “ahlinya” dari pihak yang
menguruskan/admin dan “ahlinya” dari pihak kesemua pelajar sendiri. Contohnya,
jika majoriti memilih A, namun A bukan yang terbaik tetapi yang terbaik adalah
B, tapi kerana sistem demokrasi diguna pakai dan B tidak dapat dipilih kerana
tidak cukup sokongan, B tidak dapat meneruskan ideanya kerana tidak mendapat
sokongan majoriti, maka di sini nampak sudah bukan kelemahan sistem demokrasi
itu ? Sebenarnya, ayat ini salah tetapi kita hari ini dididik untuk
membenarkannya. Kita kadangkala membenarkan sistem meletakkan batasan pada
kemampuan kita sendiri. Benarkah “B tidak dapat meneruskan ideanya kerana tidak
mendapat sokongan majoriti” ? Sejak bila
memperjuangkan kebenaran itu perlukan majoriti baru boleh dimulakan ? Demokrasi
itu cantik, tetapi tetap juga ada kurangnya.
Nelson Mandela waktu memperjuangkan prinsip kebebasan di balik tirai penjara bukan lah dalam sehari dua bisa mengumpulkan penyokong setia sedangkan semua tahu apa yang diperjuangkannya itu adalah benda yang baik, prinsip kebebasan dan kemanusiaan di bawah label menolak Apartheid, namun untungnya beliau tetap juga bertahan walaupun mengambil masa yang lama. Kerana seperti yang aku katakan, demokrasi itu cantik, tapi tetap jua cacat bila ada dua halangan terbesar, satu di pihak orang awam dan satu di pihak atasan. Pernah terfikir mengapa perjuangan Nelson Mandela tidak berjaya dalam sehari dua, sedangkan yang dibawanya bertepatan dengan prinsip moraliti dan kebenaran ? Jawapannya kerana bukan semua manusia melihat lakaran idea itu secara bersih, melainkan ada diselitkan kepentingan, ketidaktahuan, kecelaruan pemikiran dan pelbagai halangan yang tidak memungkinkan perkara baik itu berlaku pantas, dan cengkaman pihak yang lebih berautoriti salah satunya.

"Every political system is
based on some code of ethics. The dominant ethics of mankind’s history were
variants of the altruist-collectivist doctrine which subordinated the
individual to some higher authority, either mystical or social. Consequently,
most political systems were variants of the same statist tyranny, differing
only in degree, not in basic principle, limited only by the accidents of
tradition, of chaos, of bloody strife and periodic collapse. Under all such
systems, morality was a code applicable to the individual, but not to society."
Ayn Rand, Man’s Right
article
Maka di sini ianya berbalik pada setiap individu itu
sendiri. Maknanya di sini, jika anda bukan MPP, maka tugas mencerahkan masyarakat
masih lagi di atas bahu anda, tidak berkurang seinci pun. Aku anggapkan kita
semua sekarang dalam kuliah politik bertajuk prk. Rugi lah orang yang tidak
mahu menghadiri kuliah ini, yakni langsung tidak mahu ambil tahu tentang
pelajaran ini. Dan pemberatan kerugian yang sama pada mereka yang ambil tahu
tapi tidak mengambil pelajaran dari semua ini. Politik pada hari ini bagi aku
adalah satu bisnes. Kita jual idea dan fikiran, jika majoriti percaya, maka
bisnes itu berpihak pada kita. Cuma, apabila cagarannya adalah kepercayaan
orang, maka kita harus berhati-hati. Jika anda bukan MPP, anda masih juga
terlibat dalam politik ini, sebenarnya selagi dinamakan manusia maka selagi itu
lah kita berpolitik.
Maka kesimpulan dari prk di universiti, aku fikir
calon-calonnya hebat belaka. Jika seorang manusia boleh membuatkan manusia lain
berfikir, maka itu sudah aku gelar hebat. Aku lebih bimbangkan tentang isu
ketelusan sebenarnya, namun aku doakan semoga semuanya berjalan baik. Kuliah
politik kali ini membuatkan aku semakin fikirkan dua perkara, satu tentang
prinsip moraliti dalam demokrasi dan kedua, sejauh mana ilmu darinya berjaya
aku kutip.
Dan, seperti yang dijanjikan :
Dan, seperti yang dijanjikan :
PERINGATAN
Jika rakyat pergi
Ketika penguasa pidato
Kita harus hati-hati
Barangkali mereka putus asa
Kalau rakyat bersembunyi
Dan berbisik-bisik
Ketika membicarakan masalahnya sendiri
Penguasa harus waspada dan belajar mendengar
Bila rakyat berani mengeluh
Itu artinya sudah gawat
Dan bila omongan penguasa
Tidak boleh dibantah
Kebenaran pasti terancam
Apabila usul ditolak tanpa ditimbang
Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan
Dituduh subversif dan mengganggu keamanan
Maka hanya ada satu kata: lawan!.
(Wiji Thukul, 1986)
*penulis memohon ampun dan maaf jika kurang bernas dalam berhujah, menulis dalam keadaan jasad dan jiwa yang bercelaru beginilah jadinya. Moga Allah mengampunkan kesalahan penulis dan kita semua, ameen*
Sunday, November 3, 2013
Butterfingers Cool Beb !
Assalamualaikum wbt
kali ni aku nak bercerita mengenai satu band yg aku kagum dan respek.
Selepas
semua lagunya aku dengar dan kaji, aku rasa Butterfingers memang satu band yang
menarik dan genius.
special thanks lah pada insan yang perkenalkan aku pada
band nih. sampai mati akan aku kenang jasa beliau.
memang kebiasaan aku bawak moto sambil layan mp3 sebab kalau tak aku akan rasa bosan, jadi ada lah satu hari ni kat traffic light kat kangar, aku first time dengar lagu Mendaki Menara Condong.
Perghhh best, lirik lagu ini mampu membuatkan kita berfikir
"Peristiwa
berlaku dengan sebab
Terus mara ke depan
Pancaroba sememang lumrah hidup
Jangan cuba "gostan"
" -Mendaki Menara Condong
Terus mara ke depan
Pancaroba sememang lumrah hidup
Jangan cuba "gostan"
" -Mendaki Menara Condong
kalau dari susunan muzik, aku prefer lagu Faculty of Minds, 1000 Tahun, No One Else, Merdeka, Cuai, Bebas dan banyak lagi lah. nak senarai panjang pulak rasanya.
lagu Tentang
Tentang mempunyai mesej yg mendalam maknanya,
"saya ini pun bukan sempurna
tapi saya tahu
dosa dan pahalaku Tuhan saja
Tuhan saja yang tahu
dosa dan pahalaku Tuhan saja
Tuhan saja yang tahu"
tapi saya tahu
dosa dan pahalaku Tuhan saja
Tuhan saja yang tahu
dosa dan pahalaku Tuhan saja
Tuhan saja yang tahu"
Akhirul kalam, aku respek orang yg mampu berhujah dan membuka minda manusia melalui muzik dan seni. Butterfingers cool !
Wednesday, October 30, 2013
Hujankan lah Aku Dengan Nasihat
nasihat
p/s: kalaulah setiap rintik hujan yang turun itu diibaratkan seperti sebuah nasihat, aku mahu mandi hujan sampai kecut seluruh urat....
semua orang perlukan nasihat,
panjang lebar aku dinasihati seorang dokter semalam,
membuatkan aku sedar satu perkara
biarlah siapa pun yg menasihati kita
bergembira lah
bergembira lah
kerana itu tanda Tuhan sayangkan kita
:)
:)
p/s: kalaulah setiap rintik hujan yang turun itu diibaratkan seperti sebuah nasihat, aku mahu mandi hujan sampai kecut seluruh urat....
Thursday, October 17, 2013
Semoga Semua Ini KeranaMu, Tuhan
“awak mampu ke ? “
“saya cuba….”
“kalau nak surrender, surrender lah awal-awal, jangan tengah-tengah nak tarik diri, sementara awal-awal ni fikirkan betul-betul, nanti susah….”
istighfar panjang aku.
“saya cuba….”
“kalau nak surrender, surrender lah awal-awal, jangan tengah-tengah nak tarik diri, sementara awal-awal ni fikirkan betul-betul, nanti susah….”
istighfar panjang aku.
ya, kalau nak cakap
pasal mampu, aku memang tak mampu.
jika Allah tak beri kemampuan itu, even nak angkat habuk pun aku takkan mampu. Apatah lagi nak
tunaikan apa yang mereka harapkan, aku ulang, aku tak mampu.
aku lah manusia yang helpless, hopeless, loser, dan apa-apa
jelah yang anda nak senaraikan.
tapi, entah mengapa rasa sedih di hati bila dihadiahkan ayat
tu setelah kita cuba beri yang terbaik. betul, aku sudah cuba.
bergenang sekejap airmata
tapi macam biasa, aku cuma mampu diam.
Allah sedang uji
keikhlasan aku.
dan setelah lama aku fikirkan, aku rasa bersyukur kerana
diberi ayat itu.
ya, aku benar-benar bersyukur. kerana ia membuatkan aku teringat
kata-kata seorang insan yang aku hormati.
lama sudah ayat ini tapi aku ingat
kerana amat bererti bagi aku. Begini ayatnya:
“ Dalam hidup ni, kita buat saja yang
terbaik. Kalau kita buat kebaikan itu kerana Allah, maka ia pasti akan bertahan, tak kisahlah kalau orang meragui kemampuan kita pun”
kak shah
because people, after all :
because people, after all :
p/s: mungkin aku
ni manja sangat kot, ayat macam tu pun nak touching, ape la haih.
tu pun
berangan nak hadam lagu-lagu marjinal, carburetor dung, propagandhi, nirvana……..=_=
Saturday, October 12, 2013
Sengih Seharian
harini adalah hari yang menggembirakan
alhamdulillah yang pertama, aku sudah punya kenderaan untuk merempit, eh tak, maksud aku menunggang selepas ini
dan yang kedua, jika aku mati dalam masa terdekat ini, aku akan rasa tenang dan gembira kerana jumaat lalu, mak sudah merestui hasratku untuk membenarkan beberapa organku tetap 'hidup' dalam tubuh manusia lain selepas ketiadaanku. terima kasih pada insan hebat yg menunjukkan jalan.
alhamdulillah gerakan meyakinkan mak beberapa bulan yang lalu telah berjaya!
syukur ya Allah :)

Friday, October 4, 2013
Dengan Izin Tuhan
"setiap hari aku mesej dan tanyakan keadaan dia dan setiap hari juga aku nyatakan betapa aku bangga punya adik seperti dia".
ada kawan yg tanya, aku ni rapat kah dengan adik sebab nampak aku sangat risau pasal adik. Sebenarnya adik aku adalah kawan baik aku, sejak aku sekolah rendah, zaman matriks, dan juga zaman universiti.
memandangkan waktu sekolah aku tak punya kawan lelaki , sebab dulu sekolah rendah aku sekolah perempuan dan sekolah menengah ramai kawan non Muslim dalam kelas, tak silap aku, cuma ada sorang lelaki Melayu dalam kelas, so aku memang tak cakap sangat dengan mereka. dan sebenarnya aku juga tak punya banyak kawan perempuan, jadi kawan baik aku memang adik aku lah dari dulu.
Semua masalah dan cerita yang berlaku di sekolah aku selalu ceritakan pada hero aku ni lah. Dia ni walaupun muda 5 tahun dari aku, tapi dia sangat matang. dan pandai buat lawak. Skill buat lawak ni aku tak tahu dia belajar dari mana, memang betul2 berbakat bab buat lawak, even dia di hospital pun, masih sempat buat aku ketawa. Walhal aku sedar, bila dah tak ada orang, dia akan banyak termenung dan fikirkan sesuatu. Allah betapa kuatnya dia. Bayangkanlah, aku berada dengan dia sejak hari kemalangan hinggalah hari selepas selesai dua pembedahan, aku lihat dia sangat sangat tabah dan ini buat aku kagum dengan dia. Dia cuma pernah menangis sekali, dan pernah sekali dia tanyakan pada aku dengan mata yg bergenang, "min, ayeh ni kuat tak? min rasa ayeh mampu tak hadapi semua ni". Apa yg patut aku jawab, aku cuma angguk dan berperang hebat untuk tahan dari menangis.
Aku perasan ada juga kawan2 aku yang tanyakan perihal dia. Setiap kali mereka tanyakan, aku akan mohon mereka turut doakan dia, insyaAllah.
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada kawan2 yang ambil berat dan prihatin untuk tanyakan berkenaan adik aku. Aku sangat2 terharu dan hargai setiap doa yang kalian sudi berikan untuk dia. Terima kasih sebab tanyakan dia. Doakanlah dia cepat sembuh. InsyaAllah dalam masa 4 hari lagi, getah besi yang diikat pada keseluruhan gusinya akan ditanggalkan. Ini untuk menyokong kepingan-kepingan besi yang ditanam dari tulang pipi ke bawah dagu. Aku harap semuanya akan baik sahaja, insyaAllah.
Juga, pada kawan-kawan, aku juga ingin mohon maaf jika semester ini aku banyak mendiamkan diri dengan kalian. Bila kalian tanyakan apa masalah aku, aku banyak diam sebab aku takut aku menangis di hadapan kalian. Sebetulnya aku takmahu membebankan kalian dengan pergolakan yang aku hadapi. Maafkan aku. Terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat yang kalian berikan. Contohnya ayat ni yang buat aku termenung panjang waktu bersendirian di masjid terapung pada suatu malam...
"hang ni tak mau makan, tak tidur, tau tak hang menzalimi diri hang sendiri ! Janganla menzalimi diri lagi. Tak bagus macam tu"
Terima kasih semua. Aku banyak belajar dari ujian ini.
Wan Muhammad Hariz, seorang adik dan seorang kawan yang baik, semoga Tuhan membantumu setiap waktu.
InsyaAllah
p/s: di hospital aku ada jumpa seorang wanita yg masih muda, siang malam dia menjaga suaminya yang disahkan kanser tahap akhir. Aku kagum dengan kekuatan wanita itu. Moga aku mampu mencontohi ketabahannya, insyaAllah. Kuasa cinta mengagumkan hamba yang lemah seperti aku...

Wednesday, September 25, 2013
Fikirkan Kuat Rupanya Tidak
aku fikirkan dalam banyak-banyak hari yang aku sudah lalui, hari yang paling aku takuti adalah hari di mana adik dalam icu, ibu berkemungkinan dibedah dan nenek meninggal dunia pada hari yang sama.
tapi rupanya tidak.
kerana hari yang paling aku takuti ialah apabila aku mula terfikir untuk tidur, buat selama-lamanya....
Moga hari itu tak kembali lagi.
Tuhan ampunkanlah aku.....
tapi rupanya tidak.
kerana hari yang paling aku takuti ialah apabila aku mula terfikir untuk tidur, buat selama-lamanya....
Moga hari itu tak kembali lagi.
Tuhan ampunkanlah aku.....
Sunday, September 22, 2013
Tafsiran
"pandangan aku mungkin berbeza tetapi itu bukanlah petanda aku membenci perjuanganmu apatah lagi dirimu"
dua malam ini aku berdiskusi dengan sahabat2 tentang pandangan mereka tentang jemaah. lalu aku teringatkan suatu ketika dulu, aku pernah disalahanggap kerana cara pemikiranku tentang jemaah yang mungkin agak...entahla. sampai hari ini aku rasa bersalah, bukan kerana menyatakan pandangan sedemikian, aku rasa bersalah kerana mungkin cara penyampaianku masih belum cukup berhikmah hingga difikirkan aku meremehkan perjuangan mereka. Allah...

yang aku nyatakan, seharusnya apa2 jua yang kita gerakkan, biarlah menjadi perangsang untuk manusia-manusia sekeliling kita untuk berani berfikir, merancakkan perkongsian pendapat dan pandangan tentang sesuatu yang berat dan oleh itu bahan yang kita jadikan silibus juga haruslah dikaji semula.
Maksudku, penafsiran terhadap Islam yang harus diubah, bukan Islam itu sendiri kerana kadang-kadang manusia begitu mudah kerangkakan sesuatu itu atas nama Islam dan akhirnya itu hanya menempek fitnah pada jalan yang syumul ini.

Jika kita memasukkan seseorang ke dalam kotak dan menutup kotak tersebut, maka dari mana udara segar dapat kita hirup ? dan lebih menyedihkan jika kamu memaksa orang lain untuk ikut masuk ke dalam kotak itu.
tanya aku: kenapa perlu pilih A atau B? kenapa tidak kita berada di tengah dan cuba memahami kelebihan A dan kelebihan B?
jawab mereka: dalam hidup ni kamu takboleh di tengah-tengah, ibarat syurga dan neraka, bolehkah kamu pilih kamu di tengah-tengahnya?
aku mungkin salah, tafsiran-tafsiran aku tentang Islam mungkin masih tumpul tapi yang aku pasti, ketaasuban harus segera nyah dari pemikiran saudara-saudaraku!
p/s: walaupun seminggu ini aku sudah semacam zombi kerana hanya tidur 2 jam sehari, mujurlah ada diskusi sebegini yang mampu menaikkan semangat untuk terus mengkaji....

Monday, September 16, 2013
Catatan Hujung Ahmad Lutfi
Ahmad Lutfi Othman adalah seorang penulis. Dalam koleksi aku ada 3 buku tulisannya, Detik Utopia, Catatan Hujung 1, Catatan Hujung 2.
Kupasannya menarik, bahasanya berani, cubalah baca dan kaji.
Kupasannya menarik, bahasanya berani, cubalah baca dan kaji.
Semangat Yang Hilang
assalamualaikum, sekarang di kampung wai, pukul 2 pagi lebih, dan mata masih tidak menunjukkan tanda2 untuk berehat sejak pulang ke perlis.
ada dua kesukaran yang aku hadapi sampailah saat ini, tidur dan makan.
hendak tidur aku terfikirkan bagaimana adik yang tidurnya asyik terganggu sejak kejadian itu. hendak makan aku terfikirkan keadaan adik yang sudah 3 minggu tidak menjamah nasi, hanya minum air.
saat ini semangat melayang entah ke mana
mujurlah, entah apa yang masih membuatkan aku bertahan di depan kawan-kawan
tolonglah Tuhan,
menangkanlah aku dalam peperangan ini....

Friday, September 13, 2013
Tarbiyah Allah
assalamualaikum.
beberapa minggu di hospital sebagai penjaga memberikan pelbagai pengalaman dan pengajaran buat aku. hospital: satu tempat yang penuh dengan suka dan duka.
untuk setiap kesulitan, Allah sertakan dengan kemudahan, alhamdulillah. saat-saat sukar itu takkan mampu aku lalui tanpa Dia.
p/s: ahad ni baru balik u. moga ujian ini membuatkan aku lebih matang untuk meneruskan perjuangan insyaAllah.

sambil menunggu di depan dewan bedah, beberapa orang bayi yang baru dilahirkan dibawa keluar oleh jururawat untuk ditunjukkan kepada kepada bapa si bayi dan ahli keluarga yang lain. Perasaan takut dan risau yang menggunung dalam hati aku ditenangkan seketika apabila melihat riak wajah si bapa dan ahli keluarga yang lain apabila melihat bayi-bayi itu. semuanya gembira dan teruja.
dan bilik solat juga mengajar aku beberapa perkara.ada yang menangis dalam solatnya, ada yang berwajah muram tetapi masih mampu tersenyum apabila aku senyum padanya. beberapa kerat dialog yang aku dengar cukup menginsafkan jiwa
"anak perempuan saya nak kena operate malam ni, doktor cakap kena potong kaki. dia baru 14 tahun."
"sabar ye kak, anak lelaki saya pun kena potong kaki. umur dah 30 dia tu, tapi tak kawen lagi"
"entahla, suami saya dah kritikal. semua organ penting tak berfungsi..."
dalam wad juga tak kurang hebat tarbiyahnya. ahli keluarga pesakit yang lain yang aku temui sangat baik dan peramah. banyak yang aku belajar dari mereka. alhamdulillah

moga adik cepat sembuh, pinjaman Allah pada aku ini seorang yang kuat semangat dan tabah! Moga Allah terus membantunya. fighting bro!!!!!
dan dari semua ini, haruslah diingat, semua milik Allah dan manusia tidak boleh berputus asa kerana pertolonganNya sentiasa ada.
dan dari semua ini, haruslah diingat, semua milik Allah dan manusia tidak boleh berputus asa kerana pertolonganNya sentiasa ada.
p/s: ahad ni baru balik u. moga ujian ini membuatkan aku lebih matang untuk meneruskan perjuangan insyaAllah.
Wednesday, August 28, 2013
Berlari Semula Ke Belakang
Petang tadi hujan baru reda tapi masih rintik-rintik. Aku
keluar menunggang motosikal adikku untuk ke suatu destinasi. Mungkin kerana
mengejar masa, entah bagaimana aku terlupa untuk ikat tali topi keledar.
Selepas 20 minit perjalanan, dengan kelajuan 100 km/j, tiba-tiba, topi keledar
terkeluar dan terpelanting ke jalan. Hujan pula semakin lebat dan angin kuat. Dengan
kelajuan begitu aku tidak sempat untuk brek mengejut, maka aku terpaksa biarkan
topi itu terjatuh, terhempas dengan kuat dan terus tergolek ke tengah jalan.
Dan seterusnya aku segera memberhentikan motosikal di bahu jalan dan berlari
semula ke belakang mencari topi tersebut. Di tengah hujan, di tengah-tengah
jalanraya aku berlari mengejar topi keledar milik adikku. Fuhh, mujurlah tidak
ada kenderaan pada waktu itu kerana jika ada, besar kemungkinan arwahlah aku sekarang. Akhirnya aku dapat kembali topi keledar itu, sudah
calar-balar dengan teruk dan cermin di hadapannya sedikit retak. Aku beritahu
adik keadaan topi keledarnya, meminta maaf atas kecuaian aku dan sambil
tersenyum dia memaafkan aku.
Maka ceritanya hari ini, atas kesilapan yang aku lakukan pada awalnya, Tuhan beri aku kesempatan untuk membetulkan keadaan walaupun keadaan sudah tidak sama seperti awalnya.
Maka ceritanya hari ini, atas kesilapan yang aku lakukan pada awalnya, Tuhan beri aku kesempatan untuk membetulkan keadaan walaupun keadaan sudah tidak sama seperti awalnya.
Lalu aku terfikir, entah bagaimana dengan
kesalahan-kesalahan aku yang lain ?
Hati-hati yang aku sakitkan ?
Insan-insan
yang aku susahkan ?
Amanah-amanah yang belum sempurna aku lunaskan ?
Sedangkan masa semakin kurang untuk aku berlari semula ke
belakang……….
Sunday, August 11, 2013
Kassim Ahmad dan Dik Syah
Aku mulakan tulisan kali ini dengan setitis rasa keinsafan yang Tuhan telah campakkan ke dalam hatiku dalam memahami pelbagai sikap dan sifat manusia di sekelilingku, tidak kiralah yang pernah aku jumpa atau pun hanya aku baca tulisan dan pemikirannya. Setitis rasa itu meresap ke dalam hati lalu merebak ke seluruh anggota, jasad dan rohani lalu membisikkan kepadaku tentang betapa kerdil dan hinanya diri ini.
Seperti biasa, sewaktu suasana sunyi apabila malam menjelma, aku hadapkan akalku kepada persoalan-persoalan yang semakin bertambah. Setiap persoalan adalah hadiah daripada Tuhan, sebagaimana Dia menghadiahkan akal kepada ciptaan bernama manusia.
Buku Universiti Kedua tulisan Kassim Ahmad telah mengajarkan aku beberapa perkara, yang aku masih dalam proses memahami dan berfikir aktif tentangnya.Sosok yang bernama Kassim Ahmad ini bagi aku hebat pemikirannya dan memiliki keperibadian yang sangat baik dan mulia. Wanginya bunga akhlak beliau aku hidu kuat lewat ku baca tulisannya. Sabar. Tenang. Optimis.
Tulisan yang menggambarkan pengalamannya sewaktu ditahan ISA, juga pandangannya terhadap beberapa sisi Islam. Islam yang aku sanjung, walaupun masih ada beberapa sudut yang masih belum aku fahami sepenuhnya kerana kelemahan-kelemahanku dalam memahami ilmuNya.
Dan bukunya ini membuatkan aku tergerak untuk mencari lagi karyanya, alhamdulillah setelah ku cari dalam ribuan file yang diberikan oleh seorang sosok yang juga aku hormat keperibadiannya, aku jumpa satu karya Kassim Ahmad yang sudah diterjemah ke Bahasa Inggeris. Syukur. Moga Tuhan Yang Maha Pemurah menemukan lagi aku dengan karya-karya Kassim Ahmad yang lain.
Dan Dik Syah merupakan sosok yang membuatkan hatiku tersenyum sampailah saat ini. Comel. Bijak. Manis. Itulah dia, sepupuku yang berusia 8 tahun, sangat suka tersenyum. Nama penuhnya Aisyah, tapi aku panggil Dik Syah sahaja. Setiap kali aku tanyakan soalan padanya, dia akan menjawab sambil tersenyum. Aku tanyakan pada dia adakah dia suka membaca buku dan jawabnya cukup menyenangkanku. "Ya, suka kak" Lalu aku bawa dia ke almari buku dan dia nampak sangat gembira. Aku tunjukkan dua buku, komik sebenarnya tapi komik tentang hadis Rasulullah dan satu lagi komik kompilasi ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dan aku juga tunjukkan beberapa buah buku yang lain, kerana aku ingin memberikan dia kebebasan membuat pilihan walaupun dalam perkiraanku dia pasti akan memilih komik hadis. Dalam fikiranku, kanak-kanak seusia Dik Syah pasti lebih tertarik dengan komik yang mempunyai illustrasi yang menarik. Dan syukur tepat tekaanku. Setelah melihat beberapa buah buku, Dik Syah katakan dia ingin membaca buku komik hadis itu.
Dik Syah begitu teruja dan membacakan cerita-cerita dalam komik itu kepadaku. Perasaannya sangat menggembirakan apabila melihat dan mendengar dia bercerita kepadaku. Dik Syah memang seorang kanak-kanak yang pintar dan petah berkata-kata. Aku banyak bertanya kepada Dik Syah tentang persekolahannya, tentang kawan-kawannya dan semuanya dia jawab dengan tenang dan dengan senyuman. Moga Tuhan terus memilih dia menjadi seorang muslimah yang baik dan menetapkannya di jalanNya yang lurus dan suci.
Dalam hari-hari yang berlalu ini, moga Tuhan sentiasa bersamaku dan terus menunjukkan aku kebenaran dalam pelbagai cara yang tak pernah aku duga. Moga-moga, insyaAllah.

Monday, July 29, 2013
Kisar
koyak akhbar
tembak tv
biar bisu, biar mati
aku tak faham bagaimana
tembak tv
biar bisu, biar mati
aku tak faham bagaimana
konsep syukur boleh dikisarkan
dengan konsep penindasan dan penipuan
aku sungguh sungguh tak faham.
satu suci, satu tahi
mana boleh dikisar sesuka hati???
ramuannya;
wang mereka yang kau sapu
wang mereka yang kau sapu
hak mereka yang kau kebas
dicampur khutbah syukur yang kau perah
disimbah ludahan maruah
lalu jadinya apa?
sampah!
kau buat aku mual
bila agama pun kau mahu jual
beliak mata,
hati pedihbeliak mata,
tengok dunia,
cukup letih
koyak akhbar
tembak tv
biar mati, benci takkan terhenti!
p/s: penulis sedang menahan dua kesakitan yang dikisar; satu sakit hati kerana penindasan yang semakin menjadi-jadi, satu sakit perut kerana keracunan makanan. Ternyata sakit yang pertama amat menyesakkan jiwa.

Sunday, July 28, 2013
Tak Mengapalah Apa Pun Jawapannya
bila aku dah nobatkan kau sebagai sahabat
itu maknanya
aku dah letakkan kau
di tempat yang tinggi
dalam hati
apa? setinggi awan?
bukan, lebih lagi.
apa? setinggi awan?
bukan, lebih lagi.
dan kedudukan yang tinggi itu
tidak akan tergugat oleh siapa pun kau
dulu, sekarang atau masa depan; aku terima
cuma terkadang aku tertanya
bolehkah kau juga begitu, sahabatku?
bila terserlah di mata kau
dulu, sekarang atau masa depan
miskin, busuk, bodoh dan hodohnya aku
letaknya di bawah dan tak punya apa-apa
bolehkah kau menerima aku?
bolehkah kau menerima aku?
biarlah apa pun jawapannya
aku tak pernah peduli lagi
kerana aku sudah serahkan kauaku tak pernah peduli lagi
dibalut doa dan harapan
yang tinggi pada Tuhan
apa? setinggi awan?
bukan, lebih lagi.
Ikan Pekasam
Aku suka ikan pekasam. Ikan pekasam memang menyelerakan,
dari mula-mula dibungkus kemas dalam plastik, ditukar dengan wang tiga ringgit,
dibalut lagi dalam plastik dan digenggam erat tangan untuk dibawa pulang. Waktu
diceraikan daripada bungkusnya, ikan pekasam semakin galak menggoda ruang
rongga hidung dan mata. Tumis bawang dengan minyak panas dan campakkan ikan itu
hingga masak lalu angkat dan letak kemas-kemas atas pinggan. Mahu ratah begitu
saja atau makan dengan nasi putih panas-panas tambah sambal belacan ; ikut
suka. Aku selalu ratah ikan pekasam
macam budak-budak makan Twisties atau Cikedis, Ah, nikmat! Aku suka pekasam
bukan saja kerana rasa atau harga, tapi kerana nilai abstrak yang ikan pekasam
ada. Ikan pekasam ni asalnya ikan sungai [selalunya ikan lampam], ikan sungai rasanya tawar jadi memang tak sedap kalau
mahu dibuat gulai, digoreng dengan kunyit atau dimasak cabai. Ikan gulai, ikan goreng
dan ikan masak cabai; memang ini tiga menu biasa bagi ikan tapi ikan sungai yang
dibuat pekasam memang tak sesuai untuk dimasak melalui ketiga-tiga cara ini. sebab apa? Macam yang aku cakap tadilah,
rasanya tawar, tak ‘kick’ kalau dimasak sebegitu rupa . Jadi, takkan mahu
dibuang saja? Maka ikan itu diperam dan jadilah ikan pekasam. Tapi ada juga jenis
ikan sungai yang boleh dibakar macam ikan terubok yang banyak tulang tu. Cuba
kau fikir, kalau orang tua dulu-dulu terus buang ikan ini dan tak terfikir
untuk ‘cipta’ ikan pekasam, dah hilang satu nikmat kan? Macam itu lah kita
sebagai manusia, tak semestinya hari ini kita ‘fail’ dalam satu bidang, kita
juga akan ‘fail’ dalam bidang yang lain. Mungkin di bidang yang kita gagal itu
bukan keistimewaan kita tapi keistimewaan kita Tuhan bagi pada tempat lain yang
orang lain pun tak dapat keistimewaan itu. Kau faham kan apa yang aku cakap ni?
Ke kau nak contoh? Ok, contoh, ikan keli; kau nak buat ikan pekasam, alamatnya,
hampeh. Tapi kalau keli kau gulai, goreng atau cabai, memang superb. Bila namanya manusia, keistimewaannya berbeza-beza
tapi datang dari Dia yang sama. Jadi jangan putus asa kalau kau fail dalam satu
perkara. Mana tahu kau akan beraksi dengan superb dalam perkara seterusnya yang
kau cuba. Atau kau perlu tambahkan lagi usaha untuk capai apa yang kau mahu,
ikan pekasam pun perlu diperam dalam satu tempoh yang agak lama, kalau tak
cukup tempoh, tak sedap lah jadinya. Kuncinya : Jangan berhenti mencuba dan satu
hari nanti kau akan terpesona dengan apa yang kau jumpa. Kesimpulannya, aku ulang, aku
memang suka ikan pekasam. Sekian terima kasih.
Sunday, July 7, 2013
Gerakan Feminisme vs Gerakan Islamik ?
Assalamualaikum w.b.t
apa khabar semua? harap sihat dan semakin bertambah iman serta amal, insyaAllah
apa khabar semua? harap sihat dan semakin bertambah iman serta amal, insyaAllah
tadi aku terjumpa artikel bertajuk Gerakan Feminisme di
Malaysia yang boleh dibaca di sini:
http://pembina.com.my/gerakan-feminisme-di-malaysia/
dari ayat pertama hingga ayat terakhir, hujah pengarang
banyak memfokuskan pada 'dasar' atau 'akar pemikiran' yang mencetuskan gerakan
feminisme ini dan mengapa kita seharusnya tidak menyetujui fahaman atau gerakan
ini disebabkan pendiriannya yang inginkan hak kebersamaan atau equality bagi
wanita dan lelaki. aku petik sedikit:
Gerakan feminisme lahir lewat
abad ke 18 di Barat. Memperjuangkan isu-isu seperti hak reproduktif, keganasan
rumah tangga, cuti bersalin, gaji yang sama rata, hak mengundi wanita, gangguan
seksual, dan seksual keganasan, semua yang jatuh di bawah label feminisme.
Gerakan feminisme ini juga dikenali sebagai Women’s Movement, Women’s
Liberation, atau Women’s Lib.
Kalian boleh baca sendiri untuk mendapatkan gambaran kasar
dan juga fahaman awal berkenaan feminisme, yang mana pengarang membingkaikan
penghujahan yang jelas bagaimana apa yang diperjuangkan SIS ini bertentangan
dengan syariat Islam.
"Sister in Islam (SIS), satu nama yang tidak asing lagi bagi kita. Sebuah gerakan yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Parahnya apabila hak kesamarataan yang mereka teriakkan itu terang-terang melanggar syariat Illahi"

Sekadar maklumat tambahan, feminisme ini dapatlah
dibahagikan kepada beberapa jenis, dan tiga jenis utamanya ialah sosialis,
radikal dan reformis. Di kesempatan ni aku kongsikan apa itu maksud feminis
reformis (merujuk kepada artikel Feminism 101)
“Reformist feminists believe that gender inequality can be eliminated through legislative or electoral reforms without the need to alter the capitalist system itself. Groups such as the National Organization for Women and NARAL/Pro-Choice America typify reformist feminism. Because they limit their efforts to what can be achieved within the current system, they orient primarily to more privileged white, middleclass women many of whose needs can be at least partially or temporarily ameliorated by reforms. Their approach is single-issue and aimed at swaying politicians and donors.”
adapun yang aku ingin highlightkan dalam post ini bukanlah mengenai feminism, sebab jika ingin berhujah panjang mengenai apa itu feminisme, aku rasa lebih baik kita merujuk terus kepada bahan bacaan yang sebenar berkenaan teori dan konsepnya.

Cuma aku ingin fokuskan pada komen di bawah artikel di laman
web Pembina itu. Ya, soalan ini:
Satu sisi pandang yang menarik mengenai gerakan feminisme di Malaysia. Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa persatuan/NGO yang membela nasib wanita seperti SIS lebih kehadapan dan lebih dominan suaranya dalam memperjuangkan nasib wanita meski ideologi dan konsep mereka mengenai wanita di dalam al-Quran adalah tidak benar sama sekali.

persoalannnya, bagaimana
gerakan Islam pd hari ini khususnya Sayap Wanita memainkan peranan dalam
membela nasib wanita apatah lg setiap hari semakin banyak kes dera (domestic
violence), pengabaian nafkah, gantung tidak bertali dsb (cuma menyebut beberapa
contoh)
soalan ini mengatakan walaupun
SIS memang membawa konsep songsang dalam isu kebebasan dan hak wanita,
bertentangan tentang apa yang telah Islam utarakan, tetapi dalam soalan ini
dikatakan bahawa mereka ini lebih terkedepan dalam mempertahankan isu-isu dan
masalah penindasan kaum wanita. Jadi, di mana peranan dan keberkesanan bagi
gerakan yang benar2 memperjuangkan konsep kebebasan seperti yang disyariatkan?
Berbalik kepada persoalan, apabila hanya manifestasi subjek diserang, maka ianya akan
menyempitkan ruang perbincangan kepada apakah usaha gerakan Islam, dan apakah
usaha ini sudah cukup sedangkan topic perbincangan asal adalah apakah kelemahan
dalam aspek keberkesanan feminism hingga ianya ditolak oleh Islam? [sebab
tu tajuk post ini ialah “Gerakan” bukanlah Feminisme dan Islam semata-mata.] dan satu persoalan untuk kita fikirkan, apakah SIS itu benar2 menggunakan sepenuhnya konsep feminisme atau sudah ada pembaharuan atau pengubahsuaian dalam pelaksanaannya ? tapi memandangkan penulis artikel ini menjadikan SIS sebagai subjek utama, aku anggap mungkin SIS sememangnya bayangan paling dekat apabila kita berbicara berkenaan gerakan feminisme di Malaysia.
Walau pun falasi, aku kira persoalan
ini menarik dan harus diberi pencerahan dengan penuh hikmah. InsyaAllah aku
cuba buat kajian lebih mendalam dulu. Nanti bila sudah cukup, kita jumpa lagi
di siri 2. Sementara tu, kalau ada cadangan atau mungkin ada yg sudah ada
jawapan, mohon kongsi ye.
p/s: bagi aku yg menonjolkan sifat feminin wanita itu bukanlah alat make-up, pakaian, wangian atau cara percakapan yang manja (baca: mengada-ngada) tetapi keyakinan dan keberanian menyatakan kebenaran. just my opinion---
Tuesday, June 4, 2013
Semoga Kau dan Aku menjadi Alat Pembebasan
Assalamualaikum.
“Waduh waduh waduh, pening kepala gue…banyak giler tak cover lagi…”
saat ini aku sangat sangat mengantuk tapi terpaksa menahan rasa itu kerana....erm, takpelah tak payahlah nak share kat sini..
Maka aku capai laptop dan sedang menaip sekarang. Bukan nak luahkan
perasaan, aku nak sampaikan pesanan..(ini juga adalah nasihat untuk diri aku).. Begini bunyinya:
dalam kita sibuk menghafal fakta atau mengulangkaji pelajaran,
dalam kita sibuk menghafal fakta atau mengulangkaji pelajaran,
jangan kita lupakan Tuhan
jangan lewatkan solat,
jangan tinggal ibadat2 sunat,
jangan tinggalkan Quran,
jangan gadaikan prinsip dan pegangan,
jangan lupa tanya khabar mak abah
jangan berhenti jadi seorang radikalis
jangan berhenti jadi seorang yang berjiwa seni
jangan matikan hati
jangan abaikan kesihatan diri
jangan rasa rendah diri
jangan hilang harapan
jangan rasa down
jangan fikir negatif
jangan fikir bukan-bukan
jangan putus asa
jangan lupa doa
kerana kita belajar ini
adalah agar bila kita sudah grad nanti,
kita akan jadi alat pembebasan untuk umat manusia
kita akan jadi pejuang kebenaran untuk mereka yang ditindas penguasa
durjana
kita akan melawan kuat alat-alat penindasan yang lain
ya, kita akan menentang habis-habisan semua penipuan
ya, kita, kita, kita
maka untuk itu
kau dan aku tidak boleh jatuh sekarang
dan kita juga tidak boleh jatuh bila-bila pun
dan kalau pun kita jatuh
kita takkan jatuh lama
kerana kita ada matlamat, tanggungjawab dan tujuan
kita ada Tuhan
dan kalau pun kita jatuh
kita takkan jatuh lama
kerana kita ada matlamat, tanggungjawab dan tujuan
kita ada Tuhan
kita usaha dan usaha
sampai kita berjaya, ya?
*ini adalah percobaan menyeru kembali segala roh dan semangat kesusasteraan dalam jiwa aku untuk
mengatasi gelombang ganas subjek kejuruteraan. Allah Allah Allah, mudahkanlah segalanya.....*
Friday, May 31, 2013
Aku Mintak Maaf
Assalamualaikum
minggu lepas adalah minggu yang benar-benar mencatat sejarah. Mungkin kalian yang baca ni akan rasa aku pelik atau apa sahajalah, terpulanglah. Salahkan sifat ingin tahu aku yang mendesak aku untuk membuat perkara ini
sebenarnya benda ni aku dah fikir lama, dah lama aku ada persoalan ini. Ada ahli keluarga aku yang terdekat juga memakainya membuatkan aku terfikir, “apa perasaannya kalau pakai?”, tapi aku tak berani nak tanya orang, macam biasa apa2 yang aku tak berani nak tanya, aku pendam dan kaji dulu. Masuk universiti, kawan baik aku juga pakai benda ni. Aku selalu berbual dengan dia tapi tentang persoalan ini aku tak berani nak tanyakan pada dia, takut menyinggung perasaan.

Lalu aku buat kajian sendiri, melalui internet, melalui
buku2 juga melalui sesi terjah menerjah(walaupun sesi terjah menerjah tapi
ianya masih dalam keadaan terkawal dan dilakukan dengan penuh sopan hahaha) dengan
mereka yang lain yang memakainya. Sifat ingin tahu tentang kenapa mereka
memakainya ialah kerana timbulnya perasaan tenang melihat mereka. Dulu aku
fikirkan ianya hanya untuk perempuan cantik, dan aku rasa aku tak cantik pun,
so aku tak pernah lah ambik berat sangat tentang pemakaian ini, tapi bila aku
baca satu artikel yang mengatakan tujuan lain memakainya, aku jadi tertarik.
Antaranya ialah untuk mendekatkan diri pada Allah dan juga melindungi wanita
itu sendiri.
Boleh dikatakan 100%
yang aku tanya jawab, mereka memperoleh ketenangan di sebalik secebis kain itu
dan keajaibannya apabila ianya memotivasikan mereka lagi untuk lebih
mendekatkan diri pada Allah. Lagilah aku meronta-ronta nak cuba.Setiap kali
lihat mereka yang pakai, aku sering terfikir, bilalah turn aku pulak, bila?? Sering
juga aku menyalahkan diri kerana sampai saat itu masih belum berjaya kumpul
kekuatan.
Aku rasa nak saja cuba lalu aku beli satu, sorok-sorok sebab
aku tak minta izin mak abah lagi, hanya nak cuba. Aku takut jugak nak luahkan
hasrat ni tapi dalam masa yang sama sifat ingin tahu aku tentang perasaan
memakainya di khalayak ramai mendesak aku membuat istikharah sama ada aku harus
memberitahu mak atau tidak.
Lalu setelah aku temui kekuatan, aku katakan pada mak tentang
perkara ini, dan alhamdullilah mak aku sememangnya sangat positif dan bahkan
menggalakkan aku lagi jika aku benar2 ingin istiqamah dalam memakainya.
Lalu, satu hari, aku pakai untuk kali pertama di khalayak ramai. Bila nampak bayang-bayang aku di atas jalan, aku bagaikan tak percaya aku sedang melakukannya. Sejujurnya, hari itu adalah hari yang paling menenangkan dalam hidup aku. Sememangnya ia membawa sejuta keajaiban, ketenangan yang tak pernah aku rasakan di mana-mana pun. Banyak kali jugak , di sebalik kain itu aku menangis kerana rasa gembira dengan ketenangan yang aku peroleh.

Hanya waktu aku
memakainya sahaja aku merasakan perasaan itu, sebuah nikmat ketenangan yang
sememangnya mendamaikan. Ada sahabat aku yang terlihat memberikan sokongan kuat
pada aku supaya aku istiqamah dan teruskan. Harapan yang mereka berikan pada
aku buat aku rasa benar-benar bersalah bila sekarang aku tidak meneruskan.
Entahlah perasaan aku bercampur baur. Perasaan keliru, takut dan kecewa dengan diri sendiri yang masih tak mampu melakukannya bergolak hebat dalam jiwa. Dan dalam masa yang sama juga aku berperang hebat dalam proses mengukuhkan niat dan tujuan pemakaiannya. Hakikatnya, aku masih mengumpul kekuatan lagi.

Aku harap
kalian maafkanlah aku kerana aku tahu aku telah mengecewakan kalian yang
berusaha memotivasikan aku waktu kalian lihat aku memakainya. Tapi aku harap
kalian juga faham aku masih dalam proses mencuba. Dan pengalaman seharian memakainya
itu takkan aku lupakan sampai bila2. Kerana kesannya aku masih rasakan sampai
hari ini.
Orang yang paling aku rasa bersalah ialah mak aku sebab mak akulah yang paling banyak menyokong dan memberi semangat agar aku teruskan hasrat ni. Lalu saat aku tak mampu, aku telefon mak dan aku katakan aku mohon ampun dan maaf, tapi mak aku cakap tak apa, ambil masa lagi untuk bina kekuatan. Mak aku memang sangat memahami.
Sekali lagi, aku mohon ampun, aku mohon maaf sahabat semuanya. Aku benar2 rasa bersalah pada kalian dan aku rasa aku telah mengecewakan harapan yang kalian berikan. Apa pun, aku mohon kalian teruslah doakan aku dalam perjalanan mendekatkan diri pada Tuhan ini.

Dan aku mohon doakanlah, semoga suatu hari nanti, aku akan
memakainya sampailah aku mati…(I really wish that day will come, insyaAllah)
Friday, May 24, 2013
Saya Nak Beli Ubat Yakin
sambil dengar lagu Linkin Park -Skin to Bone yang mana aku rasa lagu ni unik dan terselit mesej kematian, (ya, memang ada verse yang dia petik daripada Bible, tapi tu pegangan depa), aku teringat petikan perbualan dengan sorang akak nih.
"saya bukan tak nak terima, saya takut. saya takut kalau satu hari nanti saya gagal mempengaruhi, tapi saya pulak yang dipengaruhi. apa yang saya nak jawab di hadapan Tuhan kelak? "
"akak percaya pada Wan Anis Yasmin"
aku pun tak tahu nak jawab apa dah lepas akak tu smash aku dengan ayat ringkas tapi padat tu.
aku hargai betapa dia banyak bagi aku nasihat dan keyakinan pada aku (dengan izin Allah). masalahnya, aku yang tak percaya lagi pada diri aku.
macam mana nak yakin pada diri sendiri? aku tengah carik jawapan untuk soalan ni...

Monday, May 20, 2013
When You Can See but You Can't Say
if only you know how much it hurts
to see you in trouble
and I can't do anything to help
and the worst is to pretend
that I don't know
but deep inside
I'll always pray that you'll be strong
and everything gonna be ease for you
and that you'll be the winner in this battle
and that you'll be strong till the time of victory comes (insyaAllah)
Sorry, but
please stay strong !!!
p/s: aku memang bukan kawan yang baik T.T

Saturday, May 18, 2013
Drama Amerika Sarekat dan PBB
Assalamualaikum, sekarang pukul 12.07 a.m.
Sebelum melelapkan mata, mari kita fikirkan jawapan bagi beberapa persoalan...
Kita semua tahu, sekiranya berlaku konflik antara negara2 besar mahupun kecil di dunia ini, maka PBB akan dikatakan sebagai penyelamat ke arah mendaulatkan keamanan.
Dalam mukadimah Piagam PBB telah pun dinyatakan:
“Kami rakyat Persatuan Bangsa-bangsa memutuskan untuk menegaskan kembali keyakinan kami terhadap hak-hak asasi manusia, terhadap martabat dan kelayakan pribadi-pribadi manusia, terhadap hak-hak persamaan antara kaum wanita dan lelaki dan antara bangsa-bangsa, besar atau kecil. Dan juga mengingat akan pengakuan terhadap martabat yang padu dan hak-hak persamaan yang tidak dapat diganggu gugat dari seluruh anggota keluarga umat manusia adalah dasar kebebasan, keadilan dan perdamaian dunia…”
kegiatan PBB pula terangkum kepada 7 perkara iaitu (aku cari kat wiki):
1.Persidangan antarabangsa
2.Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
3.Kawalan dan pelucutan senjata
4.Penjagaan keamanan
5.Hak asasi manusia
6.Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
7.Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
(harus diingat untuk melaksanakan 7 perkara di atas menelan berjuta-juta wang juga)
dan pada abad ke-20 ini juga kita lihat konflik di Kashmir, konflik etnik di Bosnia-Herzegovina, krisis Selat Taiwan, Perang Vietnam, konflik di Rohingya, Perang Iran-Iraq, pertikaian wilayah Kurile, konflik dan pemisahan Korea, konflik politik di Selatan Thailand, konflik di Ambon, perang Amerika-Iraq dan juga di Syria juga di Gaza.
dan hari ini,
yang kaya tetap kaya, bahkan semakin kaya
yang miskin tetap miskin, bahkan semakin miskin
jadi melihat kepada sejarah sepanjang abad ke-20 ini (ini mungkin agak keras dan tidak dipersetujui), tapi aku fikir PBB dah tak relevan sekarang. aku katakan ini bukan kerana ingin menyalahkan PBB di atas setiap konflik yang berlaku, tetapi di atas dasar berat sebelah PBB dalam menyelesaikan konflik yang berlaku, especially bila konflik Barat dengan negara Islam.
dalam surat khabar banyak aku baca tentang PBB tegur Israel, tapi last2, sama jugak hasilnya.
aku fikir adalah lebih baik keeksklusifan PBB yang sememangnya terang-terangan berat sebelah kepada Barat dimansuhkan agar ia dapat dihentikan daripada hanya jadi topeng malaikat bagi Barat, maknanya PBB boleh didakwa jika mereka terang-terangan berat sebelah contohnya sikap berat sebelah PBB dalam kes sekatan senjata nuklear kepada Iran tetapi memberi pengecualian kepada Israel
tapi, jika PBB boleh didakwa, siapakah yang akan mendakwanya?
dan jika PBB yang berat sebelah itu tiada maka apakah alternatifnya?
apakah mungkin pegangan PBB dapat dineutralkan dalam erti kata neutral yang sebenarnya jika tampuk pemerintahannya ditukarganti?
mari kita sama-sama fikir jawapannya.
p/s: mungkin korang tak setuju dengan apa yg aku cakap, tak mengapa, aku pun masih belajar. Just I beg you to try to change my mind if you don't agree with me because by that, we'll together learn.
Thursday, May 16, 2013
bapak-bapak penguasa
inilah senarai kabinet lepas PRU13. yang ada di atas tetap sama. hurmm..apa pun, menegakkan Islam harus bermula dari kita sendiri (pesanan untuk aku)
Perdana Menteri
Najib Tun Razak [kekal]
Timbalan Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin [kekal]
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Jamil Khir [kekal]
Abdul Wahid Omar [Senator]
Idris Jala [Senator]
Shahidan Kassim [Naik taraf]
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Razali Ibrahim
Paul Low Seng Kwan (Senator)
TIMBALAN MENTERI di JPM : Razali Ibrahim
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (Senator)
Menteri Kewangan.
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan Menteri Kewangan.
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN [naik taraf]
Menteri Pertahanan
Hishammuddin Hussien Onn [bertukar]
Timbalan : Rahim Bakri
Menteri Pertanian Industri Tani.
Ismail Sabri [bertukar portfolio]
Timbalan : Tajuddin Bin Abdul Rahman
Menteri Pengangkutan
Tiada.
Dipangku oleh Hishammuddin Hussien.
Timbalan : Aziz Kaprawi.
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi [Gabungan 2 kementerian]
Muhyiddin Yassin [kekal]
Idris Jusoh ( II ) [baru]
Menteri Dalam Negeri [KDN]
Zahid Hamidi [bertukar portfolio]
Timbalan : Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Nazri Aziz [Naik taraf]
Timbalan : Joseph Salang Anak Gandum
Menteri Luar Negeri
Anifah Aman [kekal]
Timbalan : Hamzah Bin Zainuddin
Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof
Timbalan : Rosnah Binti Abdul Rashid
Menteri Kesihatan
Subramanian
Timbalan : Hilmi Bin Yahya
Menteri Belia Dan Sukan
Khairy Jamaluddin [baru]
Timbalan : Datuk M.Saravanan
Menteri Sumber Manusia
Datuk Richard Riot [baru]
Timbalan : Ismail Bin Mutalib
Menteri Perdagangan Dan Industri [MITI]
Mustafa Mohammed [bertukar]
Timbalan : Hamim Bin Samuri
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Ewon Ibin
Timbalan : Abu Bakar Bin Mohd Diah
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
G. Palanivel
Timbalan : James Dawot Mamit
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Maximus Ongkili [kekal]
Timbalan : Mahdzir Bin Khalid
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Shafie Afdal [kekal]
Timbalan : Alexander Nanta Linggi
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Douglas Unggah [baru]
Timbalan : Noriah Binti Kasnon
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Rohani Bin Abdul Karim
Timbalan : Azizah Binti Mohd Dun
Menteri Komunikasi Multimedia [ganti kementerian penerangan]
Ahmad Sabery Cheek [bertukar]
Timbalan : Jailani Bin Johari.
Menteri Wilayah Persekutuan
Adnan Tengku Mansor [naiktaraf]
Timbalan : DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (Senator)
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Abdul Rahman Dahlan
Timbalan : Halimah Bin Mohd Saddique
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Hasan Bin Malek
Timbalan : Ahmad Bashah Bin Mohd Hanipah
p/s: teringat aku dulu time sekolah, semua pembahas wajib hafal senarai penuh kabinet sebelum pertandingan =.='

Timbalan Menteri PPT : DATUK MARY YAP KAIN CHING [baru]
P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN [baru]

Subscribe to:
Posts (Atom)