Sunday, July 28, 2013

Tak Mengapalah Apa Pun Jawapannya

bila aku dah nobatkan kau sebagai sahabat
itu maknanya
aku dah letakkan kau
di tempat yang tinggi 
dalam hati



apa? setinggi awan?
bukan, lebih lagi.



dan kedudukan yang tinggi itu
tidak akan tergugat oleh siapa pun kau
dulu, sekarang atau masa depan; aku terima



cuma terkadang aku tertanya
bolehkah kau juga begitu, sahabatku?
bila terserlah di mata kau
dulu, sekarang atau masa depan
miskin, busuk, bodoh dan hodohnya aku
letaknya di bawah dan tak punya apa-apa
bolehkah kau menerima aku?
bolehkah kau menerima aku?



biarlah apa pun jawapannya
aku tak pernah peduli lagi
kerana aku sudah serahkan kau
dibalut doa dan harapan
yang tinggi pada Tuhan




apa? setinggi awan?
bukan, lebih lagi.


No comments:

Post a Comment