Sunday, July 7, 2013

Gerakan Feminisme vs Gerakan Islamik ?

Assalamualaikum w.b.t

apa khabar semua? harap sihat dan semakin bertambah iman serta amal, insyaAllah

tadi aku terjumpa artikel bertajuk Gerakan Feminisme di Malaysia yang boleh dibaca di sini: http://pembina.com.my/gerakan-feminisme-di-malaysia/

dari ayat pertama hingga ayat terakhir, hujah pengarang banyak memfokuskan pada 'dasar' atau 'akar pemikiran' yang mencetuskan gerakan feminisme ini dan mengapa kita seharusnya tidak menyetujui fahaman atau gerakan ini disebabkan pendiriannya yang inginkan hak kebersamaan atau equality bagi wanita dan lelaki. aku petik sedikit:

Gerakan feminisme lahir lewat abad ke 18 di Barat. Memperjuangkan isu-isu seperti hak reproduktif, keganasan rumah tangga, cuti bersalin, gaji yang sama rata, hak mengundi wanita, gangguan seksual, dan seksual keganasan, semua yang jatuh di bawah label feminisme. Gerakan feminisme ini juga dikenali sebagai Women’s Movement, Women’s Liberation, atau Women’s Lib.

Kalian boleh baca sendiri untuk mendapatkan gambaran kasar dan juga fahaman awal berkenaan feminisme, yang mana pengarang membingkaikan penghujahan yang jelas bagaimana apa yang diperjuangkan SIS ini bertentangan dengan syariat Islam.

"Sister in Islam (SIS), satu nama yang tidak asing lagi bagi kita. Sebuah gerakan yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Parahnya apabila hak kesamarataan yang mereka teriakkan itu terang-terang melanggar syariat Illahi"

Sekadar maklumat tambahan, feminisme ini dapatlah dibahagikan kepada beberapa jenis, dan tiga jenis utamanya ialah sosialis, radikal dan reformis. Di kesempatan ni aku kongsikan apa itu maksud feminis reformis (merujuk kepada artikel Feminism 101)

“Reformist feminists believe that gender inequality can be eliminated through legislative or electoral reforms without the need to alter the capitalist system itself. Groups such as the National Organization for Women and NARAL/Pro-Choice America typify reformist feminism. Because they limit their efforts to what can be achieved within the current system, they orient primarily to more privileged white, middleclass women many of whose needs can be at least partially or temporarily ameliorated by reforms. Their approach is single-issue and aimed at swaying politicians and donors.”

adapun yang aku ingin highlightkan dalam post ini bukanlah mengenai feminism, sebab jika ingin berhujah panjang mengenai apa itu feminisme, aku rasa lebih baik kita merujuk terus kepada bahan bacaan yang sebenar berkenaan teori dan konsepnya.


Cuma aku ingin fokuskan pada komen di bawah artikel di laman web Pembina itu. Ya, soalan ini:

Satu sisi pandang yang menarik mengenai gerakan feminisme di Malaysia. Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa persatuan/NGO yang membela nasib wanita seperti SIS lebih kehadapan dan lebih dominan suaranya dalam memperjuangkan nasib wanita meski ideologi dan konsep mereka mengenai wanita di dalam al-Quran adalah tidak benar sama sekali.
persoalannnya, bagaimana gerakan Islam pd hari ini khususnya Sayap Wanita memainkan peranan dalam membela nasib wanita apatah lg setiap hari semakin banyak kes dera (domestic violence), pengabaian nafkah, gantung tidak bertali dsb (cuma menyebut beberapa contoh)

soalan ini mengatakan walaupun SIS memang membawa konsep songsang dalam isu kebebasan dan hak wanita, bertentangan tentang apa yang telah Islam utarakan, tetapi dalam soalan ini dikatakan bahawa mereka ini lebih terkedepan dalam mempertahankan isu-isu dan masalah penindasan kaum wanita. Jadi, di mana peranan dan keberkesanan bagi gerakan yang benar2 memperjuangkan konsep kebebasan seperti yang disyariatkan?


 Penanya soalan ini menggunakan falasi jenis Burden of Proof, yakni beliau meletakkan beban bukti kepada pihak gerakan Islam, yakni dalam konteks ini kepada Pembina untuk membuktikan keberkesanan gerakan yang tidak menyokong gagasan feminism ini. Agak tidak adil di situ kerana yg diserang adalah ‘manifestasi pembawa subjek’ bukan ‘subjek absolutely’. sekadar perkongsian, kalau dalam debate, jika pihak lawan tidak mampu menjawab burden of proof, maka hujah pihak lawan boleh dipertikaikan dan selalunya kelemahan ini akan digunakan habis-habisan dalam sesi penggulungan.


Berbalik kepada persoalan, apabila hanya manifestasi subjek diserang, maka ianya akan menyempitkan ruang perbincangan kepada apakah usaha gerakan Islam, dan apakah usaha ini sudah cukup sedangkan topic perbincangan asal adalah apakah kelemahan  dalam aspek keberkesanan feminism hingga ianya ditolak oleh Islam? [sebab tu tajuk post ini ialah “Gerakan” bukanlah Feminisme dan Islam semata-mata.] dan satu persoalan untuk kita fikirkan, apakah SIS itu benar2 menggunakan sepenuhnya konsep feminisme atau sudah ada pembaharuan atau pengubahsuaian dalam pelaksanaannya ? tapi memandangkan penulis artikel ini menjadikan SIS sebagai subjek utama, aku anggap mungkin SIS sememangnya bayangan paling dekat apabila kita berbicara berkenaan gerakan feminisme di Malaysia.



Walau pun falasi, aku kira persoalan ini menarik dan harus diberi pencerahan dengan penuh hikmah. InsyaAllah aku cuba buat kajian lebih mendalam dulu. Nanti bila sudah cukup, kita jumpa lagi di siri 2. Sementara tu, kalau ada cadangan atau mungkin ada yg sudah ada jawapan, mohon kongsi ye.


p/s: bagi aku yg menonjolkan sifat feminin wanita itu bukanlah alat make-up, pakaian, wangian atau cara percakapan yang manja (baca: mengada-ngada) tetapi keyakinan dan keberanian menyatakan kebenaran. just my opinion---

No comments:

Post a Comment