Thursday, October 17, 2013

Semoga Semua Ini KeranaMu, Tuhan


“awak mampu ke ? “
“saya cuba….”
“kalau nak surrender, surrender lah awal-awal, jangan tengah-tengah nak tarik diri, sementara awal-awal ni fikirkan betul-betul, nanti susah….”


istighfar panjang aku.

ya, kalau nak cakap pasal mampu, aku memang tak mampu.

jika Allah tak beri kemampuan itu, even nak angkat habuk pun aku takkan mampu. Apatah lagi nak tunaikan apa yang mereka harapkan, aku ulang, aku tak mampu.

aku lah manusia yang helpless, hopeless, loser, dan apa-apa jelah yang anda nak senaraikan.
  
tapi, entah mengapa rasa sedih di hati bila dihadiahkan ayat tu setelah kita cuba beri yang terbaik. betul, aku sudah cuba.

bergenang sekejap airmata tapi macam biasa, aku cuma mampu diam. 

Allah sedang uji keikhlasan aku.

dan setelah lama aku fikirkan, aku rasa bersyukur kerana diberi ayat itu.

ya, aku benar-benar bersyukur. kerana ia membuatkan aku teringat kata-kata seorang insan yang aku hormati.

lama sudah ayat ini tapi aku ingat kerana amat bererti bagi aku. Begini ayatnya:

“ Dalam hidup ni, kita buat saja yang terbaik. Kalau kita buat kebaikan itu kerana Allah, maka ia pasti akan bertahan, tak kisahlah kalau orang meragui kemampuan kita pun” kak shah




because people, after all :



absolutely nothing.




p/s: mungkin aku ni manja sangat kot, ayat macam tu pun nak touching, ape la haih.
tu pun berangan nak hadam lagu-lagu marjinal, carburetor dung, propagandhi, nirvana……..=_=




No comments:

Post a Comment