Assalamualaikum
aku pernah dengar ayat ni, aku tak pasti di mana dan dari siapa, tapi inilah ayatnya
"seorang pemimpin sebuah persatuan, jika mahu anak buahnya menjalankan apa yang direncanakan dalam misi, bukan hanya harus terus memberi arahan, tetapi wajar juga memikirkan bagaimana keadaan mereka, cukupkah wang mereka, sihatkah tubuh badan mereka dan berbagai lagi sosok peribadi mereka yang mungkin menghalang mereka dari menjalankan tugas yang kamu pecahkan"
aku kira ayat ini ditujukan untuk segala bentuk persatuan atau organisasi di muka bumi ini. Kalau hari ini kamu dilantik jadi pemimpin, maka menjadi tanggungjawab kamu untuk memahami kesusahan dan keperitan orang-orang di bawah kamu. bukan terus mendesak dan mendesak memberi arahan kerana itu persis diktator yang laparkan ketamakan harta setinggi gunung Himalaya, yang mana ketamakan itu akan memakan tuannya satu hari nanti. Akan majukah sebuah organisasi jika sifat keterpaksaan itu terus menjadi doktrin perlaksanaannya? Aku yakin tidak.
kerana pada aku jika kamu mahu berurusan dengan orang, cuba guna hati dan akhlak,
dan jika kamu mahu berurusan dengan diri kamu, cuba guna akal dan ketegasan.
dan cuba lihat perbezaannya. kalau tak nampak perbezaannya, aku kira selepas itu aku akan katakan " laungkan saja arahan2 kamu itu pada gunung" dan terus diam selepas itu. ini bukan rebel, ini pembetulan sebuah kediktatoran terpimpin. cuba-cubalah kurangkan rasa ingin berkuasa, dan cuba-cubalah tingkatkan kesedaran minda- semua manusia itu layak dilayan seperti manusia. mungkin aku juga pernah bersifat seperti itu, ya aku tidaklah sempurna, dan dengan mengetengahkan apa yang aku tulis ini bukanlah bermakna aku sudah sempurna, tidak, jangan nilai begitu. Hanya aku ingin lihat, sistem kasta, kediktatoran, semangat berpuakan tahap melampau sama sekali tidak wujud dalam mana-mana organisasi. dulu waktu kecil, waktu memecahkan tugas sewaktu mahu bermain polis-entry atau main masak-masak, pernahkah kamu bahagikan tugas mengikut segala perbezaan yang kamu semua ada? tidak bukan? kerana kanak-kanak pemikirannya tidak sekompleks manusia dewasa yang mana sudah terdedah kepada sistem pemutarbelitan yang dilakonkan oleh pemain-pemain yang handal.dan aku juga kira pemutarbelitan ini samalah juga dengan pemesongan sistem kapitalis yang Adam Smith asaskan. sama juga seperti pemesongan agama Jaina, sama juga seperti pemesongan agama Feursbach yang mana berpunca dari sikap manusia itu sendiri yang kononnya mahu memodenkan diri dengan menukar apa yang ada pada awalnya. masalahnya, yang kamu tukar itu salah, dan kamu tetap berdegil mahu berkata itu benar. seperti politikus yang berjanji mahu melakukan itu ini, selepas dilantik, ya, dia melakukan itu ini, tapi itu ini bukanlah yang sama seperti sebelum pilihanraya, tapi tetap juga mengatakan, "lihat ini para rakyat jelata, aku sudah lakukan ini dan itu". hakikatnya dalam semua benda dalam dunia ini ada prosesnya. Aku tidak mengharapkan perubahan drastik berlaku dalam sekelip mata, seperti juga dalam era pemerintahan Indonesia, terdapat 3 era yang penting iaitu Zaman Orla, Zaman Orba dan Reformasi. dalam ketiga-tiga zaman ini ada banyak kelebihan dan kita lihat ada penguasaan komunis, diktator dan kemelaratan rakyat. maka dari perkembangan ini, aku lihat, sebarang perubahan memberi kesan dan kesan ini sebenarnya yang akan mengubah lanskap pemikiran manusia. begitu juga aku umpamakan dalam kehidupan, kita ada proses yang kita lalui, maka laluilah proses kematangan diri itu dengan berhemah, dengan akhlak yang mendasari setiap perbuatan kita. bak kata hasmi hashim "orang menganggap politik itu kotor kerana pelaku di dalamnya yang mengotori gelanggang". aku kira ramai pihak menganggap politik itu kotor kerana kurangnya penghujahan yang bersifat membina akal dan akhlak yang mana sistem itu kamu bertanggungjawab tahu dan memahaminya. lupakan dulu soal kebusukkan arena politik jika itu yang kamu fikirkan, cuba kamu sisi positif politik itu sendiri. Tariq bin Ziyad waktu menjadi pemimpin berjaya membakar semangat tenteranya waktu mahu pergi berjuang. Soekarno pula pernah mendefinisikan politik itu seperti panglima. cuba kaji pula kekalahan tentera Amerika kepada tentera Vietnam yang mana ini meningkatkan maruah bangsa Vietnam yang berani menentang penjajahan. Dari kamu sibuk mengatakan politik itu kotor, cuba bersihkan minda dengan menghayati sosok positif politik yang telah tertera, dan jadikan itu pembakar untuk kamu pula lukis satu politik yang kamu inginkan, pada masa hadapan. (masa hadapan itu sudah tidak lama lagi ye kawan-kawan)
maka waktu kamu menjadi pemimpin kelak, aku yakin tidak ada akan melaungkan pada kamu "laungkan arahan kamu pada gunung" jika kamu benar-benar memahami akar budi pemikiran dan kemahuan rakyat/ orang yang kamu pimpin.
No comments:
Post a Comment