Monday, December 10, 2012

btnnnn

Assalamualaikum

Ok, sepatutnya sekarang ni aku sibuk study analog sebab minggu depan dah nak test, tapi kejap lah. Take 10minutes  tulis blog haha. Bercakap pasal analog, aku rasa analog satu subjek yg menarik, serius. Sebab analog ni macam satu game. Kalau kita berjaya buat loop dan derive equation yg betul, maka excitement dia memang dapat diraih dengan jayanya. Tapi tu kalau dapat derive lah. Aku bab2 derive ni memang agak malas sikit nak kaji, tunggu mood rajin datang baru aku akan kaji betul2. Anyways, mohon doa agar test 2 ni dapatlah aku buat dengan baik.

orite, stop there pasal analog. Aku baru pegi kem btn. So aku nak mengarut sikit pasal benda ni kat blog usang lagi tak berpengunjung ni. Di pagi hari sabtu, aku naik bas ke pauh, perjalanan lebih kurang 45 minit lah. Sepanjang perjalanan tu aku tido sebab dari hari jumaat tak sihat. Kesan makan ubat membuatkan otak tak berapa nak centre hari tu. Waktu dengar ceramah, untuk memastikan aku tak tertido, aku catatkan segala apa yg penceramah tu cakap dengan harapan nanti kalau balik bolehlah aku baca dan fahami semula. Tapi iyalah, apabila berperang dengan kesan ubat, ada waktunya mata aku terbuka tapi aku sebenarnya tido haha, nasib baik tak ada sebarang sesi soal jawab atau kuiz. Macam2 yang dihidangkan melalui ceramah tu, maksud aku hidangan untuk minda dan aku rasa ini bagus. Soal persoalan yang membuak-buak dalam hati juga bangkangan dalam minda, aku abaikan dulu. Setiap orang ada pendirian dan pandangan masing2 dan seharusnya tiada paksaan dalam dunia pengkajian dan pemikiran. Seterusnya, dibahagikan mengikut kumpulan. Agak menarik, kumpulan aku banyak terdiri daripada abang2 dan kakak2 tahun akhir. Banyak juga ilmu yg fasi kongsikan dan aku hargai setiap daripadanya, tak kisahlah searus ataupun tidak dengan apa yang pegang. Waktu pulang, aku mohon untuk pinjam buku Perlembagaan Negara milik beliau, dan beliau benarkan. Alhamdulillah. (Antara perkara yang paling aku suka ialah apabila dipinjamkan buku oleh orang sebab bagi aku buku itu ilmu dan meminjamkan buku pada seseorang sama lah juga dengan menghadiahkan dia dengan ilmu)

Pulang hari pertama, sedihnya aku tak sempat pun nak kaji Perlembagaan tersebut. Cuma sempat membelek beberapa fasal. Aku akan cuba cari nanti untuk dibeli, in shaa Allah. Tapi malam tu aku ada discussion yg sangat panjang dengan sorang housemate sementara tunggu burger siap. Memang menyeronokkan. Dia kongsi apa yg dia dapat, aku banyak mendengar dengan penuh minat. Berbicara mengenai politik, ekon dan sosial adalah antara perkara yang  menyeronokkan bagi aku sebab waktu tu otak kita akan berfikir sepenuhnya untuk menghadam maklumat atau fakta baru. Maka dari itu semua masalah yg kecil akan hilang sementara otak tengah bertungkus lumus memproses maklumat baru. Dan macam biasa, aku lebih bertindak sebagai tukang tanya soalan untuk lebih memahami. Thanks to her!
J

Esoknya aku rasa semakin sihat dan barulah benar-benar bersedia menghadam fakta yg lain pula. Waktu nak present pasal soalan yg diberi, iaitu kitorang ditugaskan untuk membahagikan 1 billion kepada 3 buah keluarga, agak seronok juga. Disebabkan aku agak rajin malam ni, aku kongsikan apa yg kami decide. Sebenarnya pada pandangan kami berempat, keluarga tu adalah tool atau simulasi, sebenarnya tujuan tugasan ni ialah nak bagi feeling agar kita mampu berfikir bagaimana untuk mengagihkan amanah, macam juga menguruskan sebuah Negara. Berpegang kepada kata-kata “absolute power corrupts absolutely” maka kitorang bahagikan kepada 3 bahagian, ekonomi, politik, sosial. Untuk politik akan ada badan pemantau dan badan eksekutif akan diasingkan daripada badan legislatif. Ini disebabkan pada pandangan aku, apabila 2 badan ini bergabung atau bertindih cara pelaksanaannya, maka penyelewengan akan mudah berlaku. Untuk ekonomi akan ada pelaburan dan timbal balik hasil untung daripada pemodalan yang diberikan kepada setiap keluarga menggunakan konsep pelaburan Islam yang mana untung dan rugi tidak menjadi absolute atau definite responsible kepada pelabur tetapi juga kepada pihak yang melabur. Untuk sosial, lebih kepada penekanan pendidikan dan kerohanian. Waktu bentang di hadapan, aku andaikan macam aku tengah bentang di parlimen untuk satu cadangan rang undang-undang di tahap pertama iaitu pembacaan usul kepada semua ahli parlimen di bawah usul “Malaysia patut Mengasingkan Badan Eksekutif dan Legislatif Menurut Konsep Montesquie” Bab Montesquie aku pun tak kaji habis lagi pasal dia nih, tapi kebanyakan falsafah yg dia bagi aku agak setuju jugaklah. Btw, pembentangan grup lain pun best jugak. Banyak input dan idea yang aku dapat peroleh.

Waktu spontaneous speaking di depan, aku dapat tajuk Mahasiswa Malas dan dikehendaki bercakap untuk 2 min. Kebanyakan masanya aku merasakan aku tengah bercakap depan cermin HAHA. Btw, ada banyak tajuk yang berat tapi menarik macam  pluralisme agama, Islam liberal, MOSSAD dan CIA yang aku harapkan dikupas dengan mendalam oleh fasi tapi masa tak mencukupi. Disebabkan banyak bertanya dan fasi pun menjawab soalan-soalan yang aku berikan menyebabkan sesi Refleksi telah bertukar menjadi sesi soal jawab soalan. Ada pun selepas mendapat jawapan, soalan2 dalam otak aku ni menjadi semakin banyak dan seperti biasa aku masih terkial-kial dalam usaha untuk mengkaji. How I wish someone could explain all this to me =.=

OK bye. Nak study analog pulak *poyo je kan haha*

akhir kata, semoga setiap hari kita semakin dekat dengan Allah.

p/s: kalau korang ada stori pasal btn, sudi2lah share dengan aku. Sharing is caring kan? ;)

No comments:

Post a Comment