Assalamualaikum
pernah dengar apa itu occupy?
tak payah pegi jauh2, kita tengok di Malaysia sendiri[lupakan dulu Occupy Wall Street], kita ada Occupy Dataran
http://en.wikipedia.org/wiki/Occupy_Dataran, kaji ini dulu.
seriusly, aku teringin nak join, boleh tambah ilmu, boleh tanya banyak benda. tapi keadaan aku yg jauh di utara tidak memungkinkan hasrat ini. hasrat untuk bersama para aktivis dalam Occupy Dataran maksud aku.
jika kita ingin memaknakan occupy tu rasanya di setiap inci, setiap sudut di dunia ni kita boleh lakukan jika mahu.
post ni pendek je, aku cuma nak memperkenalkan apa itu occupy.
---------------------------------------------------------------
aku kadang2 terfikir jugak kenapa tak ada pendedahan meluas kepada generasi muda pasal kebangkitan mahasiswa masa tahun 60 an dulu. setahu aku, pada waktu tu, kesedaran anak2 muda memang bagus, contoh, diorang tahu siapa Che Guevara, dan perjuangannya.btw, haritu masa jalan2 pegi kedai buku, nak habiskan baucer yg diberi, aku terjumpak buku biografi Che Guevara. kulitnya warna hitam-merah, smart! tapi, aku tak beli pun sebab malas nak beratur, ramai sangat orang waktu, dan sekarang aku menyesal sebab tak beli. dah cuba cari di kedai2 buku lain, tak berjaya. memang boleh je kita search di internet kan, tapi rasanya ada buku lagi best.
apa pun, mengetahui sejarah perjuangan komunis tak bermakna kita menyokong seratus peratus komunis, jangan silap. tak semestinya kita sokong mazhab A, kita tak boleh mengetahui apa mazhab B, C, D. Penilaian itu bagus, supaya kita tak secara membuta tuli menyokong mana2 perjuangan. Aku nyatakan benda ni sebab ada yang beranggapan kalau aku tanya, "komunis tu sebenarnya buat apakah?" kadang2 dijawab " dah kenapa? nak jadi komunis pulak?" tak semestinya kan?
macam kata naqibah aku, tak salah orang Islam kaji Bible.
post ni agak bercampur baur, aku cuma nak sampaikan satu mesej:
jika kebenaran itu ada,
kenapa takut hendak mendedahkan rupanya??
fikir-fikirkanlah-

No comments:
Post a Comment