Assalamualaikum
Wohoo lama aku tak menulis kat blog ni. Blog yang takda
orang baca pun haha tapi tak kesahlah. Aku tulis bukan untuk orang baca, tapi
sebab aku minat menulis. Beberapa minggu ni aku rasa hidup aku tunggang terbalik.
Tapi ada lah part2 yang buat aku rasa sangat gembira dan bersyukur sangat,
iaitu bila mak, abah, adik dengan kakak aku buat kejutan datang melawat aku kat
sini. Beberapa hari dalam minggu ni mimpi-mimpi buruk tu makin kerap datang.
Kalau biasanya aku mimpi kemalangan, kali ini aku siap nampak kepala orang
terputus kot. Tu tak termasuk waktu aku tengah sedar. Dalam kelas pun aku boleh terbayang-bayang semuanya. Dalam
kelas kalau aku bosan(especially engineering society) aku akan lukis balik
kejadian tu kat atas kertas, lepas tu ketawa tengok lukisan aku buruk benar
haha, kereta tak serupa kereta kot. Kalau budak darjah 1 lukis lagi cantik dari aku rasanya hahaha. At least boleh lah hilangkan tekanan sikit.
Bila lalu tempat kejadian tu lagi lah kan. Allah swt sahaja yang tahu bagaimana
aku nak menempuhi benda ni. Takboleh ke kalau kampus tetap pindah buat kat
tempat lain, so that aku takpayah la pegi pauh setiap hari huhu. Tapi tak
apalah, sabar. Dulu masa kecik2 mak pernah pesan, kalau Tuhan sayang kita,
Tuhan akan uji kita banyak-banyak. InsyaAllah moga Tuhan sayang aku
banyak-banyak J
Berbalik pada kejutan, aku saja cakap dekat adik malam tu,
waktu tu sangat stress sebab test takboleh jawab haha, aku cakap, “dik, maila
sini, min teringin nak makan mak masak ayam kicap. Lama min tak makan”. Pastu tiba-tiba
esok tu mak aku kol cakap free tak hujung minggu, mak abah adik dgn kakak nak
datang. Perasaan dia, macam negeri yang bertahun-tahun kemarau lepas tu hujan
lebat. Allah bersyukur dan hepinya aku rasa. Petang tu aku rasa sangat hepi
tengok diorang semua hepi. Mak masak dan kami makan ramai-ramai. Walaupun
sekejap je jumpa, serius aku rasa sangat bahagia. Aku tahan je rasa nak nangis
dalam hati bila tengok muka semua orang. Lepas makan, nak balik abah singgah
pegi masjid terapung solat asar. Mak first time tengok pemandangan kat masjid
terapung, mak cakap cantik sangat. Aku cakap kat mak nanti kalau ada masa mak
datang la lagi, kita makan kat sini pulak. Pastu mak senyum je kat aku. Tahu
tak, senyuman mak tu satu keajaiban. Aku rasa tenang sangat bila tengok mak
senyum. Kalau kat rumah memang tabiat aku suka tengok muka mak time mak tertidur. :) Kat masjid aku ajak kakak tengok tudung pastu beli baju kat situ, aku
cakap nanti pakai ingatlah kat aku haha. Masa balik , aku peluk mak kuat-kuat.
Aku tahan air mata. Sungguh aku berperang dengan diri sendiri. Aku mintak mak
doakan aku kat sini. Mak angguk lepastu suruh aku jaga makan, jangan makan tak
tentu masa. Lepas tu mereka pulang. Aku iringi pemergian mereka dengan satu
harapan,
“Tuhan, kalau aku mati nanti, jangan lah buat mereka sedih
terlalu lama. Jagakan mereka sebaiknya dan berikan lah mereka syurgaMu. Aku
bukan manusia yang baik, tapi Tuhan terlalu baik pada aku dengan meminjamkan
mereka pada aku. Moga Allah swt memelihara mereka sentiasa, dan sentiasa buat
mereka gembira, walaupun aku dah takda nanti.”
Satu petang yang terlalu indah itupun berlalu pergi. dan segalanya kembali seperti biasa. segalanya yang menyakitkan.
Satu petang yang terlalu indah itupun berlalu pergi. dan segalanya kembali seperti biasa. segalanya yang menyakitkan.
No comments:
Post a Comment