Tuesday, April 26, 2011

activate yourself!

salam.alhamdulillah, atas segala nikmat yg telah diberikan ALLAH kepada kita.so, tajuk post ni, activate yourself! pernah rasa lemah, lesu, tak bermaya, letih, serabut n macam2 lagi? ahaa, ni ada satu cara yg sangat mujarab nak hilangkan semua tu. tak payah makan ubat, jamu, makjun o buat exercise payah2 sampai tergeliat urat saraf..ini kaedah paling mudah, paling simple, paling berkesan..dont wori, 1 bukan nak buat silap mata(memang tak reti nak buat pon), hehe, tapi nak ingatkan diri 1 dan sahabat2, as a muslim, kita ada satu kaedah yg sangat berkesan untuk hilangkan semua keluh kesah, tenangkan  jiwa yg gundah gulana, dan caranya?


Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). surah Al Naml (27:62)

Or, Who listens to the (soul) distressed when it calls on Him, and Who relieves its suffering, and makes you (mankind) inheritors of the earth? (Can there be another) god besides Allah. Little it is that ye heed!  
surah Al Naml (27:62)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, doa itu senjata orang mukmin (HR al Hakim)

jawapannya, dengan berdoa.satu bentuk pengharapan yg ikhlas semata-mata kerana Dia yg menciptakan kita sebagai manusia.pernah dengar kan lagu Maher Zain, InsyaALLAH.dalam lagu tu kat part tengah, ada lirik camni
Turn to ALLAH,
He is never far away,
Put your trust in Him, 
Raise your hand and pray.. 

 bila berdoa, secara tersiratnya, menunjukkan satu bentuk pengharapan kita kepada ALLAH, or dalam istilahnya, raja'. pengharapan  atau pergantungan kita sebagai hamba..berdoa, adakah hanya bila kita ada masalah je?hmm, selalunya begitulah. terkadang bila rasa gembira, kita selalu lupa nak berdoa kan? sebab tu lah dalam hidup ni ALLAH berikan kita ujian, supaya kita sentiasa sedar dan sentiasa berharap hanya kepadaNya. nikmat atau musibah, kedua-duanya ujian. ujian sabar dan bersyukur. kalau kita tengok balik lembaran sejarah, berdasarkan kisah-kisah terdahulu, banyak pengajarannya.contoh kisah yg agk famous, Si Tanggang yg lupa diri lepas dikurniakan kekayaan.sesuatu yg berlaku pada insan lain, bukan bertujuan dijadikan bahan kritikan atau kutukan, cukuplah sekadar kita mengambil pengajaran, kerana kita sebagai manusia takkan terlepas daripada membuat sebarang kesilapan, cuma mungkin kesalahan itu berbeza-beza.pepatah Melayu ada mengatakan, yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan, so, moral of the story, kedua-duanya, susah dan senang adalah ujian sebenarnya. begitu jugak dalam hidup kita ni..tak dinafikan, terkadang kita rasa sedih, kadang rasa hepi, tak kiralah apa sebabnya, semua tu ujian.sedih n hepi ada beza dan ada samanya, waktu sedih kita menangis, waktu hepi kita ketawa,that is the difference, tp persamaan, dalam kedua-dua situasi ni ialah kita perlu berdoa.kerana doa itulah senjata yg akan menguatkan kita agar tak hanyut, dengan kesedihan atau kesenangan. trylah baca majalah Solusi, isu no.22, banyak dihuraikan tentang hikmah berdoa.but of course, doa itu perlu disertakan dengan usaha.doa, usaha, doa.dari situ akan hadirnya sifat tawakal.bila berdoa, kita akan rasa tenang lepas usaha melakukan sesuatu.sebab apa2 pun, kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan.7 golongan di mana doa mereka amat mustajab,
  1. doa ibu bapa kepada anak-anak
  2. doa anak soleh yg mentaati kedua-dua ibu bapa
  3. doa orang teraniaya atau yg berada dalam kesusahan
  4. doa seorang sahabat yg mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tak tahu bahawa dia didoakan
  5. doa orang dalam keadaan musafir
  6. doa orang yg berpuasa
  7. doa pemimpin yg adil untuk org di bawahnya.
see, islam sebuah agama yg sangat indah dan apabila dipraktikkan, menjadi sesuatu yg sangat indah pula.selamat beramal sahabat2.(sebuah peringatan untuk saya dan semestinya untuk anda juga, kerana kita semua saudara!)

p/s: jangan lupa daku dalam doamu!=D


Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)? surah Fathir ayat 3

O men! Call to mind the grace of Allah unto you! is there a creator, other than Allah, to give you sustenance from heaven or earth? There is no god but He: how then are ye deluded away from the Truth? 
surah Fathir ayat 3

 

No comments:

Post a Comment