Wednesday, May 14, 2014

Entri Paling Serius

assalamualaikum

beberapa hari ni aku asyik fikirkan tentang gerak kerja aku lepas aku grad nanti, atau dalam bahasa mudahnya lepas aku blah dari perlis ni.

"orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak menfaatnya"
aku faham tu, masalahnya nak amalkan tu, haha faham2 je lah

so aku fikir aku kena berubah
aku terkesan dengan anak muda kat luar negara yang muda2 pun dah ada syarikat sendiri
kat malaysia pun banyak ada

aku ingat nak tubuhkan sebuah ngo
atau syarikat
atau something yang indie
gerak kerjanya: kerja2 sukarelawan lah
atau nak ilmiah sikit, buat macam utam, kelas2 pencerahan

sebenarnya aku dah target nanti aku nak bukak rumah kebajikan, rumah perlindungan haiwan, skim buku percuma bla bla bla
banyak sangat yang aku nak buat tapi aku fikir kesilapan aku,
aku tak tetapkan masa
dan aku pun takda strategi
dan idea tu sering datang tapi aku takmampu nak luahkan jadi realiti buat masa ni

even tadi dalam bas pun aku fikir nak buat PROJEK STOKIN,
bagi stokin free kat student,
aku dah kira bajetnya
kalau starting 50,
then aku perlukan maksimum rm400 ringgit
soalnya, mana nak cari rm 400 tu?
(boleh pulak aku termimpi yg ada hamba Allah bagi rm 1000 kat aku, sedar2 dah sampai wai)



kat universiti, faham2 lah,
selagi wujudnya HEPA...hah sambunglah sendiri ayat tu

sebab tu aku bersabar je selama ni
walaupun semangat anti establishment tu datang
aku sabar dan cuba cari hikmah
sebab universiti bagi aku tempat untuk aku belajar
selok belok manusia,
selok belok sistem.

so bila aku blah dari sini,
ada something yang aku boleh ambik
sebagai panduan bila aku start nanti

sebab tu aku fikir secara serius nak tubuh syarikat sendiri
buat bisnes
sebab keuntungan bisnes tu bole topup untuk dana kebajikan
rotate duit tu insyaAllah boleh
lebih sikit baru bayar gaji staff (perghhh sampai pk stafff kottt hahahaa)

so perkara pertama aku harus buat lepas grad ialah keluar dari kampung aku
dan mengembara
ke tempat yang boleh memenuhi idea-idea yang berkecamuk ni

aku ada cakap kat akak usrah aku
"akak, lepas grad ni saya nak pi merantau lah kak, kat bandar2 besar ke, kat kampung saya macam takda peluang nak realisasikan semua ni"
"ok lah tu anis, bagus"
"tapi saya sorang je, kadang2 rasa takyakin jugak. sorang-sorang nak start life kat bandar besar, sometimes yakin, sometimes kurang"
"jangan risau lah, Allah ada anis"


wahh aku rasa matang sekejap baca balik post ni haha
bukan apa, aku taknak hidup aku sia-sia
yes, perubahan tu memang start dari benda2 kecik
dari benda kecik, jadilah ia benda yg besar
tapi kita kena ada target yang besar
sebab target yang besar
boleh attract crowd yang lebih besar
Rasulullah saw juga pemimpin sebuah negara yang besar kan


aku dah serahkan setiap inci wan anis yasmin
pada Allah swt,
pada ummah

aku nak berbakti pada ummah ni
aku sedar aku ilmu kurang gila kot
dan banyak kelompongan2 lain,
tu aku akan cuba baiki

entahla, kadang2 aku rasa "mampu ke aku realisasikan semua ni"
nak jadi editor buku lah, nak bukak syarikat buku lah, nak bukak yayasan lah, bla bla bla

moga Allah tunjukkan jalan.

insyaAllah.


p/s: tengah demam. so nak atasi rasa lemah, aku harus ingatkan balik tentang semua cita-cita ni. doakan berjaya !!!!!

zzzzzzzzzZZZZzzzz





No comments:

Post a Comment