media: televisyen, radio, suratkhabar, tabloid dan seangkatan dengannya adalah senjata politisi hari ini. Politisi yang aku maksudkan politik secara luas dan juga politik ke-parti-an. Banyak berita-berita yang ironi dengan kenyataan disumbat ke mata-mata yang membaca. Aku cuma harap sumbatan ini juga dibalas dengan pencerahan oleh pihak yang mengetahui kebenaran.
Realitinya, antara golongan yang menipu dan ditipu, yang lebih parah, adalah golongan yang tidak mahu ambil tahu, tidak mahu ambil peduli, tidak kisah apa yang terjadi atau dalam bahasa paling mudah "lantaklah apa nak jadi"
Mengambil tahu itu perlu. Menilai apa yang kamu tahu lebih perlu. Aku sekarang dalam proses mengkaji apakah peranan media terutamanya dalam mempengaruhi sistem politik dunia dan bagaimana kesan ini kepada peradaban dunia. dan sepanjang kajian aku yang masih seciput, aku dapati media amat berperanan dalam menentukan berita yang sampai kepada pembaca. Jika pembaca memilih sumber yang bersih, maka kebenaran itu tidak akan kabur, tetapi jika pembaca tersilap pilih, maka akan berlakulah proses pemutarbelitan fakta yang mana ini amat berperanan besar menentukan haluan manusia itu dalam memilih doktrin politisi yang diyakini.
setiap berita yang diluluskan sememangnya ada unsur politik, jika kita definisikan politik itu hubungan sesama manusia. Maka manusia yang berpolitik itu harus bijak menentukan kesahihannya
pesanan akhir aku, apa-apa yang kamu sampaikan, sama ada kamu sampaikan yang benar atau kamu putarbelitkan 360 darjah, itu semua akan dipersoal di akhirat kelak. (kamu itu juga termasuklah yang menaip ni)
aku rasa dalam apa juga institusi pun pasti adanya politik ini sama ada kita sedar atau tidak. :)
ReplyDeleteyes, u r definitely right hana.. aku lihat pada masa sekarang perkataan politik tu dah macam satu benda yang menakutkan, tapi pada aku sebenarnya tak..tanggapan seperti 'politik kotor' maka orang2 yang menganggap diri mereka 'bersih' mengambil jalan untuk tidak terlibat dengan politik kotor ini dan aku rasa ini perlu dibetulkan. mengetahui tak semestinya melibatkan diri kan? penilaian itu penting, macam mana nak menilai kalau tak tahu? and here it comes the big role from media. :)
ReplyDelete