Sunday, April 7, 2013

cerita-cerita undi siri 1


Assalamualaikum w.b.t



Tok guru aku bagi satu esainmen untuk disiapkan. Tajuknya; pendapat aku tentang pilihanraya Malaysia yang bakal menjelang. Untuk berhujah mengenai politik dalam keadaan kebanyakkan orang tengah demam politik adalah sesuatu yg sukar sebenarnya. Kerana saat ini, satu perkataan sahaja boleh ditafsirkan berbaur politik dan menyebelahi satu pihak atau parti, maka aku cuba kupaskan tajuk ini menurut sisi minda aku yg paling liberal, tanpa memihak kepada mana-mana parti tetapi lebih kepada perkongsian idea tentang apakah signifikasi pilihanraya dan politik pada pandangan aku, agar penilaiannya nanti juga liberal insyaAllah. oh ya, aku tidak berhajat untuk membentangkan manifesto mana-mana pihak dalam post ini, itu sudah banyak kita boleh lihat di kaca tv, suratkhabar mahupun laman sosial. mari kita lihat juzuk lain cerita undi dan pilihanraya...


Saat pilihanraya menjelang adalah saat yg paling dinantikan oleh semua. Makcik jual kuih tepi jalan, abang jual mee goreng kat simpang tiga, para “pengipas” dan “penyapu” di jabatan-jabatan besar, para elitis, para usahawan, para peniaga, para pekerja kerajaan, swasta, mahasiswa mahupun pemuzik jalanan, semuanya menantikan pilihanraya. Dan apabila kita berbicara mengenai pilihanraya, ada semacam aura yang kita akan rasa; yakni aura harapan tentang masa depan. 


Manusia dalam hidupnya memerlukan harapan atau penghujahan yg yakin tentang harapan. Bagi akulah, parti yang akan menang dalam mana-mana pilihanraya, maksud aku mungkin pilihanraya Amerika, Rusia, Kanada mahupun Togo adalah parti yg berjaya meyakinkan rakyat dan memberi harapan yang paling utuh tentang masa depan. Saat ini segala jenis aspek akan digunakan untuk melengkapkan teks manifesto yang bernama harapan. Mantera jenis apa pun akan digunapakai agar pada akhirnya tujuan memenangi hati golongan marhein mahupun korporat atasan dapat diraih dengan jayanya.


Adapun bagi aku, parti yang bijak akan menggunakan subjek ekonomi, or to be specific if we talk about Malaysia, parti yg bijak adalah parti yang boleh meyakinkan rakyat bagaimana kita dapat meningkatkan KDNK negara daripada 5.2% pada tahun 2012 kepada nilai yg lebih tinggi dan tinggi dan tinggi, tapi tanpa elemen rasuah dan segala elemen lain yang merosakkan akal budi manusia kerana fitrah manusia mahukan kesaksamaan. Ni contoh sahaja, aku tak maksudkan mana-mana parti. Juga berkenaan paras hutang negara sekarang,   ketika ini hutang negara kita mencecah RM456.1 billion, dan ini mencapai 54% daripada KDNK. MOF tetapkan sampai paras 55% sahaja. Jadi, perbezaan sekarang, 1% sahaja. Strateginya di sini, aku kira parti yg bijak membaca kenyataan ini harus push up balik keyakinan rakyat tentang isu ini. 


Let us be fair here, you cannot say you know about politic if you spit out the economic element. Ekonomi satu senjata yg kuat, negara2 dunia berperang kerana apa? Ya, kerana ekonomi.Jika tidak, Antonio de Brito takkan merendahkan maruahnya menandatangani perjanjian dengan Sultan Ternete, Ambon jika bukan kerana perdagangan rempah yg berkait rapat dengan ekonomi waktu itu (btw, sejarah Ambon amat menyayat hati dan penuh dengan unsur pengajaran, cuba kaji). Politik ini umpama permainan catur, siapa yang bijak mengatur startegi, dia yg menang.  Back to topic, awan-awan harapan ini akan ditiup sehingga benar-benar berat dan dilihat mampu memayungi segala permasalahan masyarakat. Tapi bagi aku, awan itu sebenarnya hanya belon yang jika kita cucuk dengan jarum, booommm, pecah!


Apa pun, kita hidup dalam masyarakat pasca DEB. Kita hidup dalam masyarakat yang tinggi nilai patriaki. Kita hidup dalam masyarakat pasca Renaissance di mana imej-imej kejayaan dan imej-imej ketinggian penghidupan itu disandarkan pada kekayaan. Kerana itu masyarakat dunia masih memilih Barrack Obama walaupun selepas kali pertama menang, manifesto beliau tentang Palestin dan tentang Guantanamo dicampakkan ke tong sampah. Aku rasa masyarakat dunia tahu mereka diperbodohkan, tapi entah mengapakah mereka memberi lagi peluang untuk berada di bawah kekuasaan dia.Mungkin kerana calon parti sebelah sana lebih mengecewakan? Ya, mungkin. Dan aku masih memikirkan kenapa perjumpaan Barrack Obama dengan Presiden Hamid Karzai dilakukan dalam keadaan malam yg gelap. Dan bagaimana pesawat Air Force One berjaya merahsiakan perjumpaan Obama dengan tentera US di Iraq untuk meraikan Thanksgiving. Jawapan yg aku ada buat masa sekarang; masing-masing mahu menjaga kedudukan masing-masing. Kenapa aku banyak bercakap mengenai Amerika adalah kerana para pemimpin Amerika adalah Leader of The Free World di mana kekuasaan dan pengaruh mereka adalah yg terkuat di dunia saat ini dan setiap percaturan POTUS akan memberi efek besar kepada perjalanan politik negara2 lain termasuklah negara Asia. Aku akui, aku lebih mendalami dan memerhati proses pilihanraya Amerika suatu waktu dahulu berbanding di Malaysia sendiri sekarang kerana model dual parti yg Amerika praktikkan sering dijadikan trendsetter dan seolah-olah merebak ke seluruh dunia. Malaysia juga kita lihat sejak selepas merdeka cuba-cuba mengikut jejak Amerika dan klimaksnya kita lihat pada pilihanraya terdahulu, di mana Barisan Nasional gagal mendapat 2/3 majoriti, maknanya pengaruh pembangkang semakin kuat dan sistem dual parti ini semakin menampakkan potensinya, tapi itu sebelum adanya arus baru, sebelum auku diubah dan sebelum gerakan mahasiswa semakin menampakkan kegarangannya tapi aku rasa gelombang doktrinnya masih sama. Apa pun, expect the unexpected, itulah seni percaturan kekuasaan.


Sejak kejatuhan Ottoman, para imperialis Barat memecahbelahkan masyarakat dunia dan bahkan ada pihak yg percaya usaha mereka ini ditaja oleh konspirasi-konspirasi ghaib yang turut menumpang sama memerintah dunia. Sejak itu, imej kekuasaan dan keunggulan dibingkaikan kepada Amerika dan sekutunya. Pernah sewaktu aku menghadiri satu kem, aku ditanya satu soalan dalam sesi macam pidato spontan “pada pandangan anda, bilakah Malaysia akan menjadi maju seperti Amerika?” Persoalan aku kembali, Amerika itu majukah? Kebobrokan nilai moral, keruntuhan akhlak dan pencerobohan sistem akal budi, itukah kemajuan yang kita ingin kejarkan? Tapi aku tak salahkan yang bertanya. Apabila masyarakat memandang Amerika itu maju dan hebat, maknanya tanggungjawab untuk mencerahkan pemikiran masyarakat tergalas di bahu aku juga untuk membuatkan mereka berfikir secara fikrah semula. Dan aku merasakan ini juga tanggungjawab parti-parti yg bertanding untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu mengubati penyakit sosial ini. Kita berada dalam satu kitaran, aku kira pihak2 yg berada di atas faham benar tentang kitaran ini, kitaran normal sosial; yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Aku tak maksudkan kekayaan harta semata-mata tapi kekayaan ilmu, nilai dan peribadi ulul albab, itu yg aku maksudkan. Jika ada parti yang mampu memecahkan kitaran ini daripada terus bergerak laju, aku kira itu sudah satu pencapaian yang hebat.


Aku tak mengharapkan wujudnya satu utopia daripada mana-mana parti yang bertanding kerana utopia itu jauh. Yang dekat adalah pemanifestasian kata-kata yang ditaburkan kepada masyarakat. Sekurang-kurang kalau kau berjanji, kau cuba untuk tunaikan mengikut landasan yang benar. Aku tak pandai bercakap pasal politik, setakat suka membaca buku2 berkenaan politik dan falsafah dan setakat buku yg aku baca berkenaan politik, aku paling suka buku Himpunan Risalah Imam Hasan al Banna terbitan Pustaka Salam. Aku kira semua orang harus baca buku ini, tak kiralah pembangkang, kerajaan, anarki atau golongan atas pagar sekalipun. Jika mahu berpolitik, kita berpolitiklah dengan matang. Zaman sekarang penghujahan berasaskan fakta amat diharapkan, tidak sekadar character assassination semata-mata.


Soalan cepu mas, aku sering juga ditanya oleh kawan2, apa pegangan politik aku? Mungkin disebabkan penampilan aku, ramai yang menganggap aku menyokong parti sekian sekian. Kebiasaannya aku akan senyum sahaja dan biarkan persoalan itu tergantung sendiri. Sejujurnya aku masih dalam proses penilaian, pemerhatian, pengkajian dan masih dalam proses berfikir. Aku mahu saat aku boleh mengundi nanti, which is 5 years ahead, aku mengundi atas satu kesedaran dan bukannya menjadi bandwagon yang mengundi atas dasar popularis semata-mata kerana tidak dinafikan undi itu adalah satu alat yg berkuasa walaupun saat ini aku merasakan perlimen yg kosong itu sebenarnya lebih telus dan lebih kuat melindungi berbanding parlimen yang penuh. Buat masa sekarang, jika kau tanyakan aku pasal mengundi, jawapan aku mudah saja:

“tuhan demokrasi sudah hilang daripada kebanyakan penganutnya, maka apakah kegunaan undi itu sendiri?”

wallahua’lam



p/s: mungkin kalau aku ada idea yang lebih baik untuk aku mengarut lagi, aku akan sambung ke siri 2, insyaAllah. apa pun,  maaf jika kurang tepat, aku cuma Melayu pasca DEB yang masih hijau dalam berhujah mengenai politik. Ini hanya pandangan peribadi yang sudah aku cuba tinggikan tahap kejujuran dalam penghujahan dan amat diharapkan tidak menyinggung mana-mana pihak. kalau tersinggung jugak, nanti aku belanja roti bakar telur kat ppk bahan tempat aku belajar sekarang, sedap kot, gerenti tak tersinggung dah....ok dah merapu. bye.



"Darah rakyat masih berjalan

Menderita sakit dan miskin

Padanya datang pembalasan

Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim"







2 comments:

  1. adakah anda penyokong psm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha anda rasa bagaimana? :D

      generally, psm adalah satu topik yg menarik untuk dikaji sebenarnya. untuk mengetahui akar umbi psm dan bagaimana ianya diasimilasikan dalam politik Malaysia juga menarik untuk dipelajari eventhough aku masih terkial-kial nak faham.

      beginilah, anggaplah aku masih dalam proses mengkaji ya....

      anda pula yg bertanya ini, penyokong psm kah? hehehe

      Delete