Assalamualaikum
w.b.t
makin panas rasanya demam pilihanraya ni. Dan dah beberapa orang kawan2 aku yang membentangkan 'manifesto' parti pilihan masing2 pada aku dan aku seperti biasa tukang dengar dan tukang tanya soalan.
makin panas rasanya demam pilihanraya ni. Dan dah beberapa orang kawan2 aku yang membentangkan 'manifesto' parti pilihan masing2 pada aku dan aku seperti biasa tukang dengar dan tukang tanya soalan.
Somehow
untuk post ini aku nak bagi sedikit pandangan aku tentang apa yg telah
dihujahkan oleh kawan2, insyaAllah
1)Berkenaan arus
baru dan isma, aku kurang setuju sebenarnya penyertaan isma ke dalam politik
kerana dalam politik kita tak boleh pisahkan semangat ‘aku lebih hebat dan kuat
dari kau’. Kini umat Islam akan dipecahkan pula kepada 3 golongan besar, satu
pro ex-gov, satu opp ex-gov, dan parti ketiga. Adalah lebih baik jika pelan
asal isma diteruskan dan mereka ini diberi pilihan untuk memilih menjadi ex-gov
atau pro-gov pada akhirnya. Benda dah ada, kita baikkan saja, kadang2 kita tak
perlu runtuhkan semua dan bina benda baru, improve benda yang dah ada, itu
lebih baik bagi aku. Entah mengapa aku merasakan prinsip menyatukan bangsa Melayu menjadi satu
umat terbaik itu sebenarnya agak ironi dengan pelaksanaannya. Done case 1
2) waktu
cuti haritu, lepas makan nasik lemak yg agak pedas, aku minum secawan kopi. Sambil2
minum tu aku belek akhbar utusan yang ada depan mata aku.muka depan pasal isu
budak kena buli, lepas tu muka surat seterusnya semua cerita pasal politik dan
bila buka satu mukasurat nih, aku tergelak besar. Seorang pemimpin pro ex-gov
(faham-fahamlah yang mana) cakap, hasil perbincangan ulama, mufti dan
jawatankuasa lain, rakyat yang beragama Islam wajib undi parti tettt. baca ini:http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130412/px_02/Melayu-Islam-wajib-undi-BN
bila sampai nak paksa sampai wajib2 kan ni, aku rasa kurang tepat. Bila perkataan wajib digunakan, aku rasa ia benda yg berat. Sebab dalam Islam, bila kita guna perkataan wajib, means kalau kita tak buat, kita sendiri akan rasa berdosa dan bersalah teramat sangat, contoh solat itu wajib, jadi kalaulah kau terlepas solat, atau lewat-lewatkan solat atau tak ambil berat pada solat, mesti kau akan rasa bersalah kan? Same goes here. Penempelan rasa bersalah pada pihak yg tak mengundi parti kau adalah satu falasi sebenarnya. Mengundi sebenarnya tanggungjawab, orang yg akan mengundi harus diberi peluang untuk berfikir baik buruk parti A atau B, bukan diberikan hukuman sebegitu. Pengaruhilah, bukan memaksa. Done case 2

3)aku rasa
PUNDAK cool! Setiap kali baca post2 diorang kat facebook, aku akan tergelak
sendiri hahaha seriously kelakar. But somehow, aku rasa masyarakat harus
dididik bukan dengan lawak dan sindiran semata-mata. Masukkan unsur ilmu atau
fakta2, aku rasa ok juga. Tapi, memandangkan PUNDAK bukan parti, tapi hanya
sebagai penyeri demam pilihanraya ini, aku tak salahkan mereka. Just aku ingin
ingatkan kadang2 bila kita terlalu sarkastik, kita akan tersasar daripada
matlamat sebenar pencerahan masyarakat iaitu membawa mereka kembali kepada
jalan yg benar. Dan masyarakat luar sedang memerhati dan menilai dan pada aku
jika ingin menilai kematangan sesebuah masyarakat, lihat pada jenakanya kerana salah
satu cara untuk menilai kematangan pemikiran seseorang ialah melalui
lawak/jenaka yang dibuat. Make a joke, but makes people think what’s the
message behind it. Done case 3
4)psm? psm bagi aku sesuatu yg baru, aku kurang bagi perhatian sebelum ni bahkan aku baru tahu tahun lepas yang psm adalah sebuah parti yang bertanding dalam pilihanraya. ok pandangan aku, psm ada satu parti yang mempunyai mesej kemanusiaan yang baik, prinsipnya ke arah kesejahteraan masyarakat, membenci penindasan, tapi aku punya begitu banyak pertanyaan berkenaan dasarnya. ya, dasarnya, sejarahnya dan sebagainya..mungkin aku masih belum memahami sepenuhnya. doakan aku berjaya menghadam perjuangan psm ini satu hari nanti, insyaAllah. Case 4 still undone :P
No comments:
Post a Comment