assalamualaikum w.b.t
semalam,
aku hulurkan tangan untuk bersalam dgn sorang makcik
waktu aku nak cium tangan dia,
dia tarik aku dalam pelukan
lama, kuat dan erat
Allahuakbar
Tuhan begitu memahami
saat aku perlukan kekuatan
Dia berikan itu dalam hangatnya sebuah pelukan
kerana sememangnya
makcik tu berjaya buat aku terharu
sebab pelukannya persis pelukan
mak aku!
semoga mak aku, makcik tu, dan juga mak orang-orang lain sentiasa berbahagia dunia akhirat sebab bagi aku, pengorbanan seorang ibu tu adalah sesuatu yang kita tak boleh cari ganti walau di mana pun kita dan apa pun yang kita buat.
maka sementara ada masa, bahagiakanlah mak kita
kita pun tak tahu bila kita akan mati, entah esok, entah lusa, entah malam ni.
caranya? ikutlah perintah Allah dan Rasul, insyaAllah...
(nasihat untuk aku)
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). "surah Lukman ayat 14
p/s: kenapa gambar hiasan gambar jambu batu yang sejuk + asam? sebab ni lah makanan kegemaran mak aku hehe meleleh air liur tengok petang2 ni ;p

saya pun rindu mum saya.. eheheh..
ReplyDeletemoga mampu berbakti buat mak kita pula.. di usia ini dengan kesempatan ini.. yg tk smua dpt rasai nya lgi mungkin.. wanita pertama yg terhebat dlm hidup kita dan takkan pernah pudar kasih syng nya. moga kita juga sntiasa sbur kan rasa syg kita.. moga menjadi anak yg solehah syg... =)
hehe terima kasih syg :) insyaAllah saya doakan mak ima sentiasa sihat ye
ReplyDelete